NEW
Font size
WorksheetsPeribahasa Melayu
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
Maksud peribahasa ialah...
ungkapan yg terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna tertentu.
bidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yang tetap susunannya dan mempunyai maksud tertentu.
peribahasa yang berupa perbandingan dengan sesuatu yang lain dan umumnya berisi pengajaran.
susunan kata yang tertentu dan mempunyai erti yang khusus
Nenek Milah tidak pernah membaca surat khabar ataupun majalah kerana dia _______________.
buta hati
buta kayu
buta huruf
buta gaji
Semasa menaiki pesawat ke Sabah, lelaki itu tidak henti-henti berbual kerana dia ___________________.
otak cair
otak udang
mulut tempayan
mulut murai
Aziz dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka tiba, jamuan sudah mula dihidang.
langkah kanan
langkah bendul
langkah seribu
langkah kiri
Farhana dan Firas ____________________________ kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.
bagai ayam disambar helang
bagai katak di bawah tempurung
bagai anjing dengan kucing
bagai melepaskan batuk di tangga
Adham dianggap ________________________ kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat walaupun sudah 5 tahun menetap di sini.
seperti lipas kudung
seperti ayam berak kapur
seperti bulan penuh purnama
seperti kera sumbang
Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Badrul dan adik-adiknya _________________________________ .
bagai pahat dengan penukul
bagai wau putus tali
bagai ayam mengeram telur
bagai mendukung biawak hidup
Lim Mei tidak berputus asa untuk mengulang kaji pelajarannya kerana dia yakin ___________________________ .
lain di mulut lain di hati
indah khabar daripada rupa
belakang parang diasah lagikan tajam
tepuk dada tanya selera
Para pekerja binaan itu berasa cemas dan bimbang ketika musim hujan kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja ____________________.
bagai gergaji dua mata
bagai pahat dengan penukul
bagai kucing kehilangan anak
bagai telur di hujung tanduk
Sungguhpun Aliah dan Malisa merupakan sahabat rapat, namun ada ketikanya mereka tidak sependapat seperti ___________________.
sambil menyelam minum air
ukur baju di badan sendiri
rambut sama hitam, hati lain-lain
tepuk dada tanya selera
Pembahagian daging korban kepada penduduk kampung itu dibuat secara sama banyak dan adil. Situasi ini dapat digambarkan melalui peribahasa...
bukit sama didaki, lurah sama dituruni
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Izwan telah menolak tawaran bekerja di Kuala Lumpur kerana menunggu tawaran daripada sebuah syarikat di Johor. Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah...
gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
harapkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga
Penat lelah Mak Kiah membersarkan anaknya selama ini berbayar kerana semua anaknya telah berjawatan tinggi. Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah...
kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya
bagaimana acuan begitulah kuihnya
berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat
Lelaki itu tiba-tiba berasa resah dan berpeluh-peluh apabila mendapat tahu bahawa pihak polis sedang menjejaki suspek utama kes rompakan itu.
siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya
sekali air bah sekali pantai berubah
terapung sama hanyut, terendam sama basah
berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
Salman memastikan semua anaknya mendapat didikan ilmu agama yang mencukupi sejak kecil kerana baginya _____________________ .
tepuk dada tanya selera
segan bertanya sesat jalan
melentur buluh biarlah daripada rebungnya
sambil menyelam minum air
Kami bersusah payah menyiapkan tugasan yang diberikan, tetapi Sarah yang tidak menyumbang apa-apa pula yang mendapat nama. Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah...
orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
rambut sama hitam, hati lain-lain
ringan tulang berat perut
lembu punya susu, sapi dapat nama
Semua murid __________________ untuk mendengar taklimat Program Hari Kokurikulum yang akan diadakan di Hutan Lipur Ulu Licin, Beruas pada minggu depan.
pasang badan
pasang telinga
ambil berat
ambil hati
Emak menjadi _________________ ketika memilih kain yang beraneka corak dan warna di kedai itu.
rambang mata
serkap jarang
lipas kudung
lupa daratan
Kamal ______________________ kerana tidak tahu menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.
seperti mencurah garam ke laut
seperti kera mendapat bunga
seperti Belanda diberi tanah
seperti hujan jatuh ke pasir
Azril tidak mengamalkan sikap __________________ ketika mencari rumah rakannya di Melaka
buang yang keruh ambil yang jernih
segan bertanya sesat jalan
sambil menyelam minum air
bagaimana acuan begitulah kuihnya
