Font size
WorksheetsPenjodoh Bilangan
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Nenek melontar ____________ pasir ke arah kambing yang sedang makan daun sirihnya.
segenggam
segugus
Vivian terjumpa ________rambut di dalam nasi gorengnya.
seuntai
seurat
Zainab mengarang beberapa ________pantun untuk dikirimkan ke ruangan "Mari Berpantun".
rangkap
patah
Abang menghadiahkan emak se__________selendang sempena Hari Raya Aidilfitri.
pasang
helai
Encik Amir membeli ____________surat khabar untuk dibaca semasa bersarapan nanti.
senaskah
sehelai
Pelajar lelaki itu tidak menjawab walau ____________kata pun ketika dimarahi guru kelasnya.
sebaris
sepatah
Dua_________ jentera bomba sedang bertungkus lumusmemadamkan kebakaran di kedai itu.
buah
pasukan
Juana membeli ___________ buah nanas di kedai buah-buahan itu.
sebiji
seulas
Mak Cik Limah membawa pulang se____________ daun sirih dari kebunnya.
gugus
cekak
Azlan menemui parang itu di bawah se__________ buluh di belakang rumahnya.
rumpun
tandan
