WorksheetsTATABAHASA BM
Total questions: 24
Worksheet time: 11mins
Mak Cik Khatijah _____ 2 buah bakul yang berisi sayur untuk dijual di pasar.
menjunjung
mengandar
membimbit
menggalas
Setiap hari Jaasvinesh dan Harish ____ beg ke sekolah.
menggalas
menjinjing
menjunjung
membimbit
Pak Man ____ setandan pisang ke pasar untuk dijual.
membimbit
menggalas
menjunjung
memikul
Ibu ____ dulang yang berisi makanan kepada tetamu.
membawa
menatang
memegang
memapah
Doktor sedang _____ pesakit yang disyaki menghidap jangkitan Influenza A.
memeriksa
mencari
menunjuk
menguji
Yati pandai ____ roti canai sehingga menarik perhatian para pelanggan di kedai makannya...
membaling
menebar
menghayun
mengguling
Seorang lelaki muda sedang _____ basikal kerana tayar basikalnya pancit.
menolak
menuntun
mengayuh
menunggang
Perempuan yang jelita itu _____ biola untuk lagu "Cindai Malam".
menggeser
menarik
menggesek
menekan
Pak Mat _____ semak - samun di belakang rumahnya.
menebang
memotong
menebas
menetak
Penebar roti canai itu _____ tepung untuk hari esok.
menebar
menguli
mengguling
memicit
Seorang ibu _____ bayi di sebuah pusat beli belah.
mendukung
mengangkat
menjunjung
menjinjing
Abang sedang _____ ikan kerapu di atas bara api.
membakar
memanggang
memasak
mereneh
Ibu _____ air untuk membancuh kopi.
memasak
menjerang
menanak
membakar
Guru ____ hadiah kepada murid.
memberikan
menerima
menyampaikan
mengambil
Pegawai itu sedang ___ pingat ke atas seorang pemenang.
mengalungkan
membubuh
memberi
menyampaikan
Pak Mat sedang _____ ikan di tepi sungai dengan menggunakan joran.
memancing
menangkap
menjaring
menebar
