WorksheetsPenjodoh bilangan Tahun 2
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Ibu Fatimah membeli se_______ baju kurung untuk Fatimah.
helai
buah
pasang
utas
Datuk berjalan dengan menggunakan se_________ tongkat rotan.
batang
buah
keping
biji
Tiga ________ rumah telah terbakar dalam kejadian kebakaran semalam.
biji
buah
kuntum
ekor
Ayah membeli sepuluh ________ limau di pasar malam.
buah
bilah
biji
batang
Seramai lima ________ doktor terlibat dalam operasi menyelamat mangsa kemalangan jalan raya itu.
biji
pasang
buah
orang
Kakak membeli dua ________ kemeja untuk ayah sempena ulang tahun kelahirannya.
helai
pasang
biji
buah
Adik membawa se________ payung ke kedai.
batang
utas
kaki
buah
Su Lin memelihara beberapa ________ ikan di akuarium.
biji
buah
ekor
keping
Pak Ahmad membaca se________ majalah.
buah
keping
naskhah
buku
Suzana mempunyai se_________ abang yang tinggal di Kuala Lumpur.
orang
utas
buah
biji
Se__________ tembikai itu berharga RM6.00.
bakul
biji
buah
kaki
Jolin ternampak beberapa _________ burung hinggap di atas pokok kelapa.
biji
naskhah
batang
ekor
Se________ kasut sukan Adidas berhargaRM200.00.
biji
buah
pasang
keping
Puan Ros membeli lima ______ apam balik dari gerai itu.
buah
biji
keping
pasang
Se________ bunga kenanga terselit pada sanggul Sofia
buah
batang
utas
kuntum
Pemuda itu membeli se__________ surat khabar mingguan di kedai Ali.
buah
helai
naskhah
pasang
Beberapa __________ cendawan yang aneh ditemui oleh dua orang pencinta alam sekitar di Hutan Lipur Sekayu.
batang
pasang
biji
kaki
Puan Laila menghidangkan beberapa _________ kuih untuk tetamu.
biji
utas
keping
pasang
Pak Abu menambat lembunya di tepi bendang dengan se_________ tali.
buah
helai
kuntum
utas
Kakak membeli __________ rantai mutiara dan __________ cincin di kedai itu.
seutas ..... sebiji
seutas ..... sebentuk
sebentuk ..... sebentuk
sebentuk ..... sebuah
