NEW
Font size
WorksheetsTing. 4 - Modul 1 (Set 1)
Total questions: 40
Worksheet time: 1hrs 20mins
Bilakah berakhirnya tempoh perakaunan (satu tahun) Pusat Borong Bayi 'AA' sekiranya perniagaan berkenaan memulakan perniagaan pada 1 Mac 2004?
1 Feb 2003
28 Feb 2003
1 Feb 2005
28 Feb 2005
Simpan kira merupakan proses
Merekod urus niaga dalam dua akaun yang berbeza
Mengelas, merekod, mentafsir, melapor dan menganalisis maklumat kewangan
Merekod urusniaga perniagaan secara tepat dan sistematik berasaskan system catatan bergu
Menyediakan maklumat kewangan untuk membuat keputusan, perbandingan dan perancangan.
Apakah proses yang menunjukkan turutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam satu tempoh perakaunan?
Sistem perakaunan
Konsep perakaunan
Kitaran perakaunan
Prinsip perakaunan
Pernyataan manakah menerangkan ciri yang betul bagi Klinik Dr Shuib dan Rakan-rakan?
Liabiliti tidak terhad
Bilangan minimum ahli 50 orang
Agihan keuntungan dalam bentuk dividen
Sumber modal daripada penjualan saham
Maklumat berikut merujuk kepada perniagaan Encik Ahmad. Memulakan perniagaan menjual alat ganti kereta pada 1 Mac 2005. Tempoh perakaunan perniagaannya berakhir setiap enam bulan. Antara berikut, yang manakah tempoh perakaunan perniagaan Encik Ahmad?
1 Mac 2005 hingga 1 Ogos 2005
1 Mac 2005 hingga 31 Ogos 2005
1 Mac 2005 hingga 1 September 2005
1 Mac 2005 hingga 30 September 2005
Apakah yang dimaksud dengan Perakaunan?
Perekodan sistematik
Aktiviti simpan kira dari menyusun sehingga melapor
Perekodan sistematik di dalam sesebuah organisasi termasuk menganalisis, mentafsir, merancang, menilai dan merumus
Perekodan yang tdak sistematik
Di dalam Kitaran Perakaunan, apakah proses seterusnya selepas penyediaan Buku Catatan Pertama?
Penyata Kewangan
Pelarasan
Lejar
Dokumen Sumber
Yang manakah bukan Sub Bidang Perakaunan ?
Penstoran
Pengauditan
Perakaunan Pengurusan
Percukaian
Apakah fungsi Juruaudit ?
Melaporkan maklumat perakaunan untuk pengguna luaran dan dalaman
Mentaksir cukai syarikat berdasarkan penyata kewangan yang diaudit
Memeriksa secara menyeluruh dan membuat pengesahan rekod perakaunan adalah betul dan tepat
Menyediakan maklumat perakaunan untuk pengguna dalaman
Apakah yang dimaksudkan dengan profesional?
Tiada kepakaran dalam sesuatu bidang
Tiada akauntabiliti dalam tugasan yang diberikan
Ada kepakaran dalam bidang tertentu tetapi tiada kredibiliti
Ada kepakaran dalam bidang tertentu dan menunjukkan minat yang mendalam.
Apakah fungsi badan perakaunan di atas?
Memberi pendedahan peraturan dan undang-undang
Mengkaji dan menangani perubahan semasa dalam perniagaan
Memajukan profession perakaunan
Menggubal dan menerbitkan piawaian perakaunan
Yang manakah sesuai dengan maksud ketekalan?
Ahmad merekod aset pada harga belian
Ahmad menggunakan satu kaedah sahaja dalam mengira susut nilai
Ahmad meniaga selama 12 bulan
Ahmad menggunakan wang ringgit Malaysia sebagai asas tukaran
Syafiqah berniaga selama 12 bulan bermula 1 September 2017. Pada tarikh apakah Syafiqah akan menutup akaunnya?
30 September 2017
31 Ogos 2018
30 September 2018
31 Ogos 2017
Auni membeli sebuah perabot bernilai RM 5000 pada 1 Januari 2019. Pada 1 januari 2020, harga perabot tersebut telah menurun sebanyak RM 500, dan perabot tersebut bernilai RM4500.
Berapakah nilai yang perlu Auni rekod di dalam akaunnya?
RM 500
RM 4500
RM 5000
Tidak perlu direkod
Berapakah jumlah keahlian biasa bagi sebuah perkongsian?
2 - tiada had
50 - tiada had
2-50 orang
2-20 orang
Siapakah manusia yang menemukan Sistem Catatan Bergu?
Luke Skywalker
Theiry Henry
Luca Pacioli
Roberto Carlos
Berapakah keahlian bagi sesebuah koperasi?
2 - 20 orang
2 - 50 orang
2- tiada had
50 - tiada had
Apakah sumbangan Luca Pacioli dalam bidang perakaunan?
Menerbitkan pelbagai karya perakaunan
Memperkenalkan sistem catatan bergu dalam proses perakaunan
Mencipta kaedah Venice
Menubuhkan badan-badan perakaunan di seluruh dunia
Pada tahun kewangan 2016, Kedai Bunga Sharifah masih merekod komputer pejabat pada harga belian iaitu RM3 000 walaupun harga pasaran ialah RM1 700.
Apakah prinsip perakaunan yang terlibat?
Ketekalan
Prinsip kos
Tempoh perakaunan
Wang sebagai ukuran
Perniagaan Juliza telah merekodkan promosi RM500 dalam penyata kewangan termasuk promosi belum dijelaskan sebanyak RM80.
Apakah prinsip perakaunan yang dipatuhi?
Ketekalan
Usaha berterusan
Entiti berasingan
Pengiktirafan hasil dan belanja
Cik Zalina, seorang peniaga telah merekodkan ambilan tunai yang digunakan oleh keluarganya sebagai ambilan.
Apakah andaian perakaunan yang telah diambil oleh Cik Zalina?
Ketekalan
Prinsip Kos
Entiti Berasingan
Usaha Berterusan
Antara yang berikut, manakah merupakan sumber modal Syarikat Berhad?
Sumbangan daripada pekongsi-pekongsi
Subsidi daripada kerajaan
Pinjaman daripada institusi kewangan
Terbitan saham kepada orang awam
Rajah 1 menunjukkan persamaan antara simpan kira dan perakaunan.
Apakah X?
Menilai
Merumus
Menyimpan
Menganalisis
Puan Zaharah mengendalikan restoran yang baru dibukanya akan terus beroperasi bagi suatu jangka masa yang tidak terbatas.
Apakah andaian perakaunan tersebut?
Entiti berasingan
Usaha berterusan
Tempoh perakaunan
Wang sebagai ukuran
Pada 1 Julai 20X2, Syarikat Juara Sdn Bhd telah membeli sebidang tanah berharga RM200,000. Penilaian yang dibuat pada tahun 20X9 menunjukkan nilai pasaran tanah tersebut adalah RM350,000.
Berapakah nilai tanah yang dicatatkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan?
RM150,000
RM200,000
RM350,000
RM550,000
Perniagaan Katrina telah menetapkan susut nilai 10% setahun atas kos bagi kenderaan perniagaannya. Tempoh perakaunannya berakhir pada 30 Jun setiap tahun.
Apakah andaian dan prinsip perakaunan yang menerangkan penyataan di atas?
I Ketekalan
II Prinsip Kos
III Usaha berterusan
IV Tempoh perakaunan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Sewa bagi tahun hadapan telah diterima pada tahun ini dan perniagaan telah mencatatkannya sebagai hasil tahun ini.
Tindakan di atas bercanggah dengan prinsip ...
Ketekalan
Prinsip Kos
Wang sebagai ukuran
Pengiktirafan hasil dan belanja
Siapakah merupakan pengguna dalaman Penyata Kewangan?
Pembekal
Pihak Bank
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Pihak Pengurusan
Kaedah yang sama dan konsisten digunakan untuk merekod dan memproses data. Amalan ini berasaskan prinsip...
ketekalan
usaha berterusan
pengiktirafan hasil dan belanja
wang sebagai ukuran
Perniagaan dianggap mempunyai hayat yang berterusan dan tidak dibubarkan dalam jangka pendek. Pernyataan ini merujuk kepada andaian perakaunan..
ketekalan
entiti berasingan
usaha berterusan
tempoh perakaunan
Encik Roslan, seorang peniaga telah merekodkan perabot peribadi yang telah dibawa masuk ke dalam perniagaan sebagai modal tambahan. Apakah andaian perakaunan yang diamalkan oleh Encik Roslan?
Ketekalan
Prinsip Kos
Usaha berterusan
Entiti berasingan
Puan Rohani memulakan perniagaan Kedai Barangan Kosmetik pada 1 Mei 2016. Tempoh perakaunan perniagaannya berakhir setiap enam bulan. Manakah tempoh perakaunan perniagaan tersebut?
1 Mei 2016 hingga 31 Oktober 2016
1 Mei 2016 hingga 30 November 2016
1 Mei 2016 hingga 30 April 2017
1 Mei 2016 hingga 30 April 2017
Seorang akauntan perlu bersikap jujur dan telus dalam hubungan profesional dengan pihak lain supaya tidak berlaku kekeliruan dan pemalsuan kenyataan.
Apakah ciri etika profesion perakaunan yang dimaksudkan?
Integriti
Objektiviti
Kerahsian
Kompetensi
Ciri kualitatif tertingkat Penyata Kewangan terdiri daripada
I Pemasaan
II Kerelevanan
III Perwakilan benar
IV Kebolehfahaman
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Butik Amira telah membeli 24 helai baju kebaya bernilai RM3 400. Dalam buku perakaunannya, pemilik merekodkan nilai sebanyak RM3 400 dan bukannya bilangan helai baju kebaya yang dibeli.
Apakah prinsip yang dipatuhi oleh Butik Amira?
Pengiktirafan hasil dan belanja
Prinsip kos
Entiti berasingan
Wang sebagai ukuran
Puan Hasmah telah merekodkan hasil jualan perabot peribadinya ke dalam Akaun Modal perniagaan. Konsep perakaunan manakah yang tidak dipatuhi oleh Puan Hasmah?
Ketekalan
Pengiktirafan hasil dan belanja
Wang sebagai ukuran
Entiti berasingan
Perniagaan Jawa menggunakan kaedah garis lurus apabila mengira peruntukan susut nilai aset bukan semasanya pada setiap tahun kewangan. Pernyataan tersebut menerangkan konsep ?
Ketekalan
Prinsip kos
Entiti berasingan
Usaha berterusan
