wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Surah A'basa

Total questions: 15

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud عَبَسَ ?

a)

Bermasam muka

b)

Berpaling

c)

Kerana telah datang

d)

Orang Buta

2.

Siapakah yang bermasam muka di dalam ayat 1 Surah A'basa?

a)

Ibnu Ummu Maktum

b)

Khadijah

c)

Rasulullah s.a.w

d)

Nabi Nuh a.s

3.

Apakah status bagi Surah عَبَشَ ?

a)

Makkiyah

b)

Madaniyyah

4.

Nyatakan 3 ciri-ciri Makkiyyah.

a)

Ada ayat: "Wahai manusia sekalian."

b)

Kebanyakan ayat atau surah yang pendek.

c)

Membahas golongan Munafiqin

d)

Membahas Tauhid dan Qiyamah

5.

Pilih kronologi turunnya Surah A'basa yang betul:


i) Suatu hari Ibnu Ummu Maktum datang berjumba Baginda s.a.w.


ii) Lalu turunlah ayat 1-10


iii) Ibnu Ummu Maktum berkata: "Wahai Rasulullah s.a.w berikan aku nasihat"


iv) Baginda s.a.w ketika itu sedang menerima kehadiran Pembesar Quraisy


v) Baginda memalingkan muka.

a)

i,ii,iii,iv dan v.

b)

i,iv,iii,v, dan ii

c)

i,v,iv,iii dan ii

d)

v,iv,iii,ii, dan i

6.

Siapakah orang buta yang disebutkan di dalam Surah A'basa ayat 2?

a)

Rasulullah s.a.w

b)

Khadijah bt Khuwailid

c)

Ibnu Ummu Maktum

d)

Ummu Aiman

7.

Apakah terjemahan تَصَدَّى ?

a)

Kamu berikan perhatian

b)

Kamu abaikan

c)

Kamu berikan makan

d)

Kamu bersedih

8.

"Adapun orang merasa diri serba cukup.."


Ayat di atas merujuk kepada golongan.....?

a)

Pembesar-pembesar Madinah

b)

Sahabat Rasulullah s.a.w

c)

Miskin

d)

Pembesar-pembesar Quraisy yang kafir

9.

Kepada siapakah Al-Quran menjadi peringatan dan pengajaran ? Nyatakan dalil.

a)

فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُ

b)

أَن جَآءَ الأَعْمَى

c)

فَأَنتَ عَنْهُ تَلَهَّى

d)

فَأَنتَ لَهُ تَصَدَّى

10.

Nyatakan sifat dan keadaan Ibnu Ummu Maktum ketika datang berjumpa Rasulullah s.a.w.

a)

أَمَّا مَنِ اسْتَغْنَى

b)

وَأَمَّا مَن جَآءَكَ يَسْعَى وَهُوَ يَخْشَى

c)

فَأَنتَ لَهُ تَصَدَّى

d)

فَأَنتَ عَنْهُ تَلَهَّى

11.

وَمَا عَلَيْكَ أَلّا يَزَّكَّى

Apakah tafsiran yang sesuai bagai ayat di atas?

a)

Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan segera

b)

Padahal tidak ada (cela) atasmu kalau dia tidak menyucikan diri (beriman)

c)

Engkau malah mengabaikannya

d)

Padahal dia tiada apa-apa

12.

Perbezaan antara Ibnu Ummu Maktum dan Kafir Quraisy adalah dari segi penglihatan.


Ibnu Ummu Maktum walaupun buta tetapi hatinya celik, orang kafir pula............

a)

Celik mata celik hati

b)

Buta mata buta hati

c)

Celik mata buta hati

d)

Buta mata celik hati

13.

Kita wajib melayani semua orang dari segi 3 perkara tidak kira miskin atau kaya. Nyatakan 3 perkara tersebut.

a)

Memberikan ilmu

b)

Memberi zakat

c)

Memberi pengajaran

d)

Dakwah

14.

Berapakah ayat yang terkandung di dalam Surah عَبَسَ ?

a)

42

b)

43

c)

44

d)

45

15.

Berdasarkan susunan Surah di dalam Juz A'mma, Surah عَبَسَ adalah surah yang ke berapa?

a)

78

b)

79

c)

80

d)

81