NEW
Font size
WorksheetsGLOBALISASI TING.5 EKONOMI
Total questions: 15
Worksheet time: 11mins
1.Rajah di atas berkaitan dengan ciri- ciri globalisasi. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan X?
A. Lebih cepat dan murah seperti teknologi maklumat da n rantaian pengangkutan
B.Wujud pelbagai syarikat multinasional , blok perdagangan
C.Menggalakkan penswastaan dan liberalisasi perdagangan, perjanjian terhadap alam sekitar global dan perjanjian pelbagai hala
D.Wujud perkembangan pasaran global seperti pengangkutan dan perhubungan,perkhidmatan perbankan dan insurans
2.Pernyataan manakah yang menggambarkan ciri- ciri globalisasi?
I Perkembangan pasaran di peringkat Global
II Kaedah berkomunikasi yang kurang cekap dan lambat
III Blok perdagangan tidak digalakkan
IV Liberalisasi perdagangan semakin digalakkan
A. I dan II
B.I dan IV
C.II dan III
D. III dan IV
3.Apakah faktor yang menggalakkan globalisasi?
I Kawasan perdagangan bebas
II Sekatan perdagangan antarabangsa
III Kemajuan internet dan ekonomi digital
IV Rangkaian pengangkutan yang cekap
A. I, II dan III
B.I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
4.Antara yang berikut, tindakan kerajaan Malaysia manakah yang bertujuan untuk menggalakkan globalisasi?
I Mengadakan perjanjian dua hala antara Malaysia dan
Thailand
II Memulaukan barang import dari negara asing
III Membatalkan pemberian visa kepada pelancong dari
Israel
IV Mewujudkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ)
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D.III dan IV
5.Maklumat yang berikut berkaitan dengan salah satu ciri globalisasi
Pertubuhan Perdagangan Sedunia(WTO) Kesatuan Eropah(EU) Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara( NAFTA)
Apakah ciri tersebut?
A. Pasaran baharu
B. Peserta baharu
C.Kaedah komunikasi
D.Peraturan dan norma baharu
6.Antara yang berikut, manakah yang merupakan sebab firma beroperasi di luar negara?
I Harga input pengeluaran yang relatif lebih mahal di
luar negara
II Saiz pasaran dalam negara terhad
III Firma menikmati perlindungan perdagangan di luar
negara
IV Jarak yang lebih jauh dapat menurunkan kos
pengeluaran
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
7.Mengapakah Malaysia menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN( AFTA)
I Peluasan pasaran
II Barang dikenakan sekatan perdagangan yang lebih
tinggi
III Peningkatan kos pengeluaran
IV Negara ahli boleh mengenakan tarif terhadap negara
bukan ahli?
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
8.Apakah faktor yang menggalakkan pelancong asing datang ke Malaysia?
A. Kos pengangkutan udara yang mahal
B.Perkembangan teknologi maklumat dan pengangkutan
C. Pengurangan pemberian visa kepada pelajar asing
D.Peningkatan nilai ringgit malaysia berbanding dengan mata wang asing
9.Manakah yang bukan faktor penggalak globalisasi?
A. Dasar ekonomi terbuka yang dilaksanakan oleh kerajaan
B.Infrastruktur pengangkutan yang baik
C.Pemberian galakan dan insentif untuk sektor pelancongan
D.Infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi yang lemah
10.Manakah contoh syarikat multinasional Malaysia?
A. Samsung Group
B.Celcom Berhad
C.Sime Darby Berhad
D.Toshiba Medical System
11.Plilih ciri syarikat multinasional
I Firma bersaiz kecil tetapi mempunyai beberapa
cawangan di luar negara
II Pemindahan teknologi antara cawangan di peringkat
global
III Firma induk akan mengawal semua cawangan di
negara yang berbeza
IV Memiliki modal yang sederhana besar untuk perkembangan firma
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
12.Pernyataan manakah yang berkaitan dengan syarikat Multinasional?
A. Firma yang dimiliki oleh kerajaan
B. Firma monopoli yang menguasai pasaran tempatan
C. Firma bersaiz besar yang beroperasi dalam sebuah negara tertentu
D. Firma induk di negara asal mengwal semua cawangan di negara yang berbeza
13.Apakah risiko yang dihadapi oleh syarikat Multinasional?
A.Peningkatan modal insan
B. Peningkatan eksternaliti negatif
C.Kelonggaran hantar balik dividen
D.Pembangunan dalam infrastruktur digital
14.Pernyataan manakah yang berkaitan dengan pelaburan langsung asing?
A. Pembelian aset perniagaan dari negara lain untuk tujuan memulakan perniagaan
B.Penjualan aset perniagaan dari negara lain untuk tujuan memulakan perniagaan
C. Pelaburan dari negara lain yang melabur di sesebuah negara dengan memulakan perniagaan
D.Pelaburan dalam bidang pembinaan di negara lain untuk menghasilkan keuntungan
15.Pilih cara pelaburan langsung asing?
I Membuka cawangan
II Membina kemudahan pengeluaran
III Mewujudkan syarikat usahasama dengan syarikat tempatan
IV Menghantar pekerja tempatan menjalani latihan di luar negara
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I , III dan IV
D. II, III dan IV
