NEW
Font size
WorksheetsKata Hubung
Total questions: 20
Worksheet time: 8mins
Rosli menunggang basikal dengan berhati-hati ________ jalan itu sangat licin.
A . tetapi
B. bahawa
C.supaya
D. kerana
Kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal ________sebuah lori.
A. atau
B. hingga
C. dan
D. kecuali
Encik Hilary berbual-bual dengan rakan sekerja ______ menanti kedatangan ketuanya untuk bermesyuarat.
A. sementara
B. manakala
C. jika
D. kerana
Kakinya bengkak ________ disengat oleh seekor lebah.
A. kerana
B. agar
C. tetapi
D. kalau
Aiman menutup suis komputer ______ keluar dari makmal komputer.
A. dan
B. serta
C. lalu
D. sambil
Dania membaca majalah kesukaannya __________ mendengar radio.
A. sambil
B. manakala
C. atau
D. hingga
Saya tidak akan menyertai perkhemahan itu ___________ ibu bapa tidak memberi kebenaran.
A. jika
B. tetapi
C. walaupun
D. meskipun
Noraini mendapat 92 markah dalam peperiksaan Matematik _________dia masih tidak berpuas hati.
A. tetapi
B. kerana
C. kalau
D. malahan
Tangan kita perlu sentiasa dicuci __________ tidak dijangkiti kuman.
A. jikalau
B. ketika
C. lalu
D. agar
Banjir ______ gempa bumi merupakan bencana alam yang sering berlaku di sesetengah negara.
A. seraya
B. dan
C. hingga
D. kecuali
Syaziq membuat laporan polis __________ mendapati kad pengenalannya hilang.
A. sebelum
B. setelah
C. sungguhpun
D.. kecuali
Puan Laila bukan sahaja tekun bekerja ___________dia juga seorang suri rumah tangga yang baik.
A. malahan
B. dan
C. bahawa
D. kerana
Klinik itu beroperasi 18 jam setiap hari ________ hari Ahad.
A. selepas
B. kecuali
C. atau
D. dan
Amiliya minum empat gelas air _______ terlalu dahaga.
A. meskipun
B. tetapi
C. kerana
D. supaya
__________ Emon miskin, namun demikian dia tetap berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai cita-citanya.
A. Selepas
B. Sekiranya
C. Sungguhpun
D. Ketika
Ad Deen sekeluarga tidak dapat keluar dari tempat letak kereta itu ________ mereka belum menjelaskan tiket bayaran.
A. selagi
B. lalu
C. selepas
D. atau
Pokok itu tumbang _____ hujan turun dengan lebat.
A .melainkan
B. semasa
C. seraya
.D agar
Linda berasa gembira ______ dia berjaya menjawab semua soalan kuiz itu dengan tepat.
A. jika
B. kerana
C. agar
D. kecuali
Ibu tidak membenarkan Dania keluar bermain ______ dia enggan mengemas biliknya.
A. selagi
B. kecuali
C. supaya
D. sementara
Noraini tergamam ______ dia disapa oleh pemuda yang tampan itu.
A. lalu
B. kecuali
C. apabila
D. supaya
