WorksheetsFizik T5 : 5.4 Tenaga Nuklear
Total questions: 14
Worksheet time: 20mins
Apabila satu sampel Radium-226 mereput, tenaga yang dibebaskan ialah 7.81 × 10-13 J. Berapakah cacat jisim?
[Diberi c = 3 x 108 m s-1]
Rumus : E = mc2
8.68 × 10-30 kg
2.60 × 10-21 kg
3.84 × 1020 kg
1.15 × 1029 kg
Dalam sebuah reaktor nuklear, kadar tindakbalas berantai dikawal oleh
rod-rod uranium
rod-rod boron
teras grafit
pengadang konkrit
Proses pembelahan satu nukleus yang lebih berat untuk membentuk dua nukleus yang lebih ringan dikenali sebagai
pelakuran nukleus
pembelahan nukleus
tindak balas berantai
pereputan radioaktif
Bekas yang digunakan untuk menyimpan sisa bahan radioaktif mestilah diperbuat daripada
plumbum
kayu
plastik
aluminium
Berdasarkan persamaan, berapakah jisim yang ditukarkan kepada tenaga?
0.0025 uja
0.0050 uja
0.0060 uja
0.0075 uja
Proses pereputan Radium-226 telah menghasilkan cacat jisim sebanyak
8.68 x 10-30 kg.
Berapakah tenaga yang dibebaskan?
[Diberi halaju cahaya, c = 3 x 108 m s-1]
Rumus : E = mc2
9.64 × 10-47 J
2.89 × 10-38 J
2.60 × 10-21 J
7.81 × 10-13 J
Antara tindak balas nuklear berikut, yang manakah contoh pelakuran nukleus?
Plumbum dan konkrit adalah sesuai digunakan sebagai bekas sisa radioaktif kerana
Mudah didapati
Mempunyai takat lebur yang tinggi
Dapat menahan sinaran radioaktif
Mempunyai setengah hayat yang panjang
Pendedahan kepada pancaran radioaktif boleh dikurangkan dengan semua berikut kecuali
Memakai lencana filem
Meningkatkan jarak dari sumber radioaktif
Mengurangkan masa berhampiran dengan sumber radioaktif
Menyediakan pelindung antara diri anda dengan sumber radioaktif
Seorang ahli bomba sedang mengesan sinar radioaktif melalui dinding plumbum bilik stor menyimpan bahan radioaktif. Sinar apakah yang dapat dikesan?
zarah alfa
zarah beta
sinar gama
sinar-X
Dalam suatu tindak balas nuklear,
5.265 x 10-10 J tenaga dibebaskan. Berapakah cacat jisim bagi tindak balas ini?
[Diberi c = 3 x 108 m s-1]
Rumus : E = mc2
4.74 x 107 kg
1.58 x 10-2 kg
1.76 x 10-18 kg
5.85 x 10-27 kg
Pelakuran nuklear adalah
kehilangan jisim dalam tindak balas nuklear
kehilangan tenaga dalam tindak balas nuklear
penggabungan dua nukleus ringan untuk membentuk satu nukleus lebih berat
pembelahan satu nukleus berat kepada dua nukleus lebih ringan
Pembelahan nuklear dan pelakuran nuklear membebaskan jumlah tenaga yang besar, E seperti yang ditunjukkan oleh persamaan di bawah. Apakah m?
E = mc2
Cacat jisim
Jisim genting
Jumlah jisim sebelum tindak balas nuklear
Jumlah jisim selepas tindak balas nuklear
Pernyataan berikut merupakan langkah berjaga-jaga semasa menggunakan bahan radioaktif kecuali
sisa radioaktif perlu dikeraskan dan ditanam jauh ke dalam tanah
mengendalikan bahan radioaktif menggunakan penyepit
memakai lencana filem semasa mengendalikan bahan radioaktif
menyimpan bahan radioaktif dalam kotak kayu yang dilabel dengan simbol radioaktif
