wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

EJAAN YANG BETUL - SET 2

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Kilang yang dibina di negara Jepun dan Eropah bergantung kepada sektor ______________ untuk terus menjanakan keuntungan.

a)

perindusterian

b)

peindustrian

c)

perindustrian

2.

Dia mengenali Pak Uteh yang gila harta itu dan disebabkan Pak Utehlah kini dia ________ kedana.

a)

pape

b)

papa

3.

Kasih sayang yang dicurahkan kepadanya telah beralih kepada adik tirinya selepas ___________ yang tidak dapat dielakkan.

a)

trajedi

b)

tragedi

4.

Pelbagai aspek yang berkaitan dengan pengurusan pelancongan diperkenalkan bagi _____________ kesan negatif industri ini.

a)

meminimakan

b)

meminimumkan

5.

Kita harus menghargai kesungguhan pihak sekolah dalam memerangi gejala ______________ dan ponteng sekolah.

a)

vandalisme

b)

vandalisma

6.

Kegiatan penerokaan tanah di kawasan hulu itu menyebabkan ________________ sungai yang teruk.

a)

pencemaran

b)

pencemeran

7.

Pihak kerajaan terpaksa memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk _____________ pendatang tanpa izin di negara ini.

a)

membayai

b)

membiayai

8.

Sejak belakangan ini, semakin ramai remaja yang terlibat dalam masalah sosial sehingga membimbangkan banyak pehak.

a)

pehak

b)

pihak

9.

Kami berasa ________ terharu dengan perhatian dan bantuan yang kami terima.

a)

sunguh

b)

sungguh

10.

Ibu bapa harus menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak agar mereka menjadi ____________ yang berguna.

a)

insan

b)

insang

11.

Hakim menfailkan saman di mahkamah untuk menuntut ___________ tanah datuknya.

a)

hakmilik

b)

hak milik

12.

Pelibatan murid dalam kegiatan kokurikulum akan memperkasakan ______________ dan jati diri mereka.

a)

sahsiah

b)

syahsiah

13.

Cuti persekolahan dilanjutkan ______________nya akibat banjir yang melanda Pantai Timur baru-baru ini.

a)

tempuh

b)

tempoh

14.

Kaunter pengaduan awam membuktikan ketelusan sesebuah ____________ memberikan perkhidmatan mereka.

a)

orgenisasi

b)

organisasi

15.

Semua pihak perlu bekerjasama dan ________________ tenaga untuk menjaga kebersihan pesisiran pantai di negara kita.

a)

menggembeleng

b)

menggembleng

16.

Banjir besar itu telah menenggelamkan semua _____________ di rumahnya dan menyebabkan Amir mengalami kerugian yang besar.

a)

perabot

b)

perabut

17.

Sambutan ulang tahun perkahwinannya yang _________ telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

a)

ke-8

b)

ke 8

18.

Orang ramai mengunjungi tempat-tempat ______________ pada hari cuti untuk menikmati suasananya yang tenang dan damai.

a)

rekriasi

b)

rekreasi

19.

Golongan muda yang menggemari makanan ringan perlu mengubah tabiat tersebut untuk melahirkan generasi yang sihat dan _______________.

a)

berdayasaing

b)

berdaya saing

20.

Individu yang mengalami masalah keyakinan diri sering berasa _________________ ketika membuat keputusan.

a)

was-was

b)

waswas