Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sebatian Karbon - Kimia T5 KBSM

Total questions: 30

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Yang manakah bukan sebatian organik?

a)

Gula

b)

Air

c)

Petrol

d)

Lemak

2.

Apakah mangkin yang digunakan dalam proses penghidratan propena?

a)

Vanadium (V) oksida

b)

Asid fosforik

c)

Nikel atau platinum

d)

Serbuk ferum

3.

Antara berikut,pasangan yang manakah betul

a)

III

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

I, II, III dan IV

4.

Sebatian ini dihasilkan daripada tindakbalas antara

a)

asid etanoik dan propanol

b)

asid etanoik dan etanol

c)

asid propanoik dan etanol

d)

asid propanoik dan propanol

5.

Yang manakah formula yang betul bagi sebatian R?

a)

C3H7COOC2H5

b)

C2H5COOC2H5

c)

CH3COOC2H4

d)

CH3COOC2H5

6.

Namakan sebatian ini

a)

2-metilbutan-2-ol

b)

2-metilpropan-2-ol

c)

2-metilpropan-1-ol

d)

2-metilbutan-1-ol

7.

Antara berikut, yang manakah isomer bagi butena?

a)

I dan III

b)

II dan IV

c)

I, II dan III

d)

I, II dan IV

8.

Apakah yang dimaksudkan dengan isomerisme?

a)

Isomerisme adalah fenomena di mana dua atau lebih atom mempunyai formula molekul yang sama tetapi berbeza formula strukturnya.

b)

Isomerisme adalah fenomena di mana dua atau lebih molekul mempunyai formula molekul yang sama tetapi berbeza formula strukturnya.

c)

Isomerisme ialah molekul yang mempunyai sifat kimia dan sifat fizik yang sama.

d)

Isomerisme ialah atom yang mempunyai sifat kimia dan sifat fizik yang sama.

9.

Yang manakah bukan sifat bagi asid etanoik?

a)

Berbau cuka

b)

Tidak larut di dalam air

c)

Cecair tidak berwarna

d)

Takat didih yang rendah

10.

Pentena boleh bertukar menjadi pentana melalui proses

a)

Penukargantian

b)

Penghidrogenan

c)

Penghidratan

d)

Pengoksidaan

11.

Antara berikut yang manakah bukan sifat fizikal bagi ester?

a)

Neutral

b)

Tidak boleh mengalirkan elektrik

c)

Berbau manis

d)

Larut di dalam air

12.

Namakan ester yang terbentuk apabila asid propanoik bertindakbalas dengan metanol

a)

metil propanoat

b)

etil propanoat

c)

propil metanoat

d)

propil etanoat

13.

Yang manakah betul mengenai sebatian organik?

a)

Biasanya logam

b)

Wujud dalam semua benda hidup

c)

Bergabung dengan karbon untuk membebaskan haba

d)

Bukan berasal dari benda hidup

14.

Yang manakah merupakan kumpulan berfungsi untuk alkohol?

a)

CH

b)

CO

c)

OH

d)

H

15.

Alkohol + Asid --> X + Air

Persamaan kimia di atas menunjukkan satu tindak balas kimia. Apakah X?

a)

Minyak

b)

Etanol

c)

Ester

d)

Glukosa

16.

Pernyataan manakah benar bagi lemak tepu?

a)

Terdiri daripada hidrogen dan karbon

b)

Takat lebur rendah

c)

Diperbuat daripada lemak haiwan

d)

Mempunyai ikatan ganda dua di dalam rantai karbon

17.

Rajah 1 menunjukkan keratan rentas buah kelapa sawit. Bahagian berlabel P, Q dan R manakah mengandungi minyak?

a)

P dan Q

b)

P dan R

c)

Q dan R

d)

P, Q dan R

18.

Apakah yang berlaku apabila barangan yang diperbuat daripada getah asli jika terdedah kepada udara dan cahaya matahari?

a)

Menjadi rapuh

b)

Menjadi elastik

c)

Menjadi lembut

d)

Menjadi cecair

19.

Proses yang manakah menjadikan getah asli lebih kuat dan kenyal?

a)

Pempolimeran

b)

Penyahpolimeran

c)

Pemvulkanan

d)

Peneutralan

20.

Unsur manakah yang membentuk kira-kira 96% dalam semua benda hidup?

a)

Karbon, Hidrogen, Oksigen, Nitrogen

b)

Karbon, Hidrogen, Oksigen, Fosforus

c)

Karbon, Hidrogen, Helium, Oksigen

d)

Karbon, Hidrogen, Kalsium, Oksigen

21.

Karbon membentuk ikatan kovalen yang sangat kuat dengan karbon dan unsur lain kerana

a)

Ia mempunyai 6 proton

b)

Ia mempunyai jisim paling besar berbanding unsur lain

c)

Ia mempunyai 4 elektron valens

d)

Ia membentuk hampir 20% jisim badan kita

22.

Berapakah ikatan kovalen yang dimiliki oleh setiap karbon dalam molekul yang ditunjukkan?

a)

4

b)

2

c)

8

d)

6

23.

Berapakah bilangan atom karbon dalam propena?

a)

1

b)

3

c)

4

d)

5

24.

Berapakah bilangan atom hidrogen yang terdapat di dalam butana?

a)

4

b)

6

c)

8

d)

10

25.

Apakah formula am bagi alkana?

a)

2n+2

b)

CnH2n+2

c)

CnH2n

d)

CnHn

26.

Semakin panjang rantai hidrokarbon, semakin ___________________ takat didih.

a)

Rendah

b)

Tinggi

27.

Namakan sebatian ini.

a)

Heksana

b)

2,3-dimetilbutana

c)

etilbutana

d)

2,2-dimetilbutana

28.

Berikan nama sebatian ini.

C3H8

a)

Propena

b)

Butana

c)

Butena

d)

Propana

29.

Sebatian karbon ini merupakan sumber utama bagi tenaga

a)

Asid nukleik

b)

Karbohidrat

c)

Protein

d)

Lemak

30.

Lemak tak tepu boleh ditukarkan menjadi lemak tepu melalui proses

a)

Penghidratan

b)

Penghidrogenan

c)

Pengoksidaan

d)

Pembakaran