wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah: Bab 3 - Zaman Prasejarah

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud zaman prasejarah?

a)

Manusia hidup berpindah randah

b)

Manusia belum tahu bertani

c)

Manusia belum mengenal tulisan

d)

Manusia belum tahu membina rumah

2.

Bilakah manusia mula menangkap ikan sebagai sumber makanan?

a)

Zaman Paleolitik

b)

Zaman Mesolitik

c)

Zaman Neolitik

d)

Zaman Logam

3.

Apakah asas teknologi pada zaman logam?

a)

Batu

b)

Tulang binatang

c)

Besi dan gangsa

d)

Besi dan tembaga

4.

Apakah tujuan binaan Stonehenge di Britain?

a)

Mengkaji bintang

b)

Tembok pertahanan

c)

Kawasan petempatan

d)

Kawasan pembuatan barangan

5.

Di manakah lokasi tapak Zaman Besi paling menonjol di Asia Tenggara?

a)

Sa Hyun, Vietnam

b)

Lenggong, Malaysia

c)

Gua Liang, Indonesia

d)

Ban Ching, Thailand

6.

Mengapakah pada zaman Neolitik aktiviti pengumpulan makanan semakin berkurangan?

a)

Manusia mula berdagang

b)

Berlaku ancaman binatang buas

c)

Sumber makanan berkurangan

d)

Manusia menjalankan pertanian

7.

Apakah maksud nomad?

a)

Manusia menghasilkan makanan

b)

Manusia mencipta peralatan

c)

Manusia berpindah randah

d)

Manusia mula menetap

8.

Mengapakah manusia pada Zaman Neolitik menguruskan mayat dengan teliti dan dikebumikan dengan sempurna?

a)

Menghormati si mati

b)

Percaya kehidupan selepas mati

c)

Menjalankan tanggungjawab

d)

Mengelakkan sumpahan

9.

Apakah istilah yang dikaitkan dengan kepercayaan terhadap alam semula jadi?

a)

Ritual

b)

Realisme

c)

Animisme

d)

Simbolisme

10.

Apakah kepentingan penemuan peralatan logam di Klang Selangor?

a)

Membuktikan kewujudan Zaman Logam di negara kita

b)

Menonjolkan kebolehan dan kemahiran manusia

c)

Menunjukkan wujud kawasan penempatan awal

d)

Membuktikan kewujudan kegiatan perdagangan

11.

Bilakah tempoh masa zaman Mesolitik?

a)

2.5 juta tahun - 8000 SM

b)

12000 - 4000 SM

c)

10000 - 2000 SM

d)

3500 - 500 M

12.

Apakah nama fosil dan sisa tulang yang berusia antara 94000 - 12000 M yang dijumpai di Gua Liang Batu, Indonesia?

a)

Flores Man

b)

Flores Woman

c)

Flower Man

d)

Flower Woman

13.

Manusia pada zaman ________________ telah membina rumah yang diperbuat daripada batu, tanah liat dan kayu.

a)

Paleolitik

b)

Mesolitik

c)

Neolitik

d)

Logam

14.

Zaman ketika manusia belum mengenali sistem tulisan disebut sebagai _________________.

a)

zaman Paleolitik

b)

zaman Mesolitik

c)

zaman Logam

d)

zaman Prasejarah

15.

Senarai berikut menunjukkan lokasi Zaman Prasejarah di dunia.


*Catal Huyuk

*Gobekli Tepe


Lokasi Zaman Prasejarah tersebut terletak di

a)

Turki

b)

Britain

c)

India

d)

Sepanyol

16.

Pisau Tembeling


Apakah fungsi pisau tersebut?

a)

Menuai padi

b)

Memburu binatang

c)

Menangkap ikan

d)

Menghiris makanan

17.

Apakah jenis sistem perdagangan yang diamalkan pada zaman Neolitik?

a)

import - eksport

b)

Perdagangan bebas

c)

Menggunakan mata wang

d)

Barter

18.

Pada Zaman Logam, manusia tahu membuat peralatan mereka daripada .....


I besi

II kaca

III perak

IV gangsa

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

19.

Berikut adalah benar tentang zaman Paleolitik kecuali

a)

zaman batu lama

b)

melakukan aktiviti pelayaran

c)

menggunakan peralatan yang diperbuat daripada tulang binatang

d)

melakukan aktiviti memburu binatang

20.

Pernyataan berikut merujuk kepada kepercayaan manusia Zaman Prasejarah.


Mereka mempercayai setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat, iaitu jiwa dan roh orang mati.


Apakah kepercayaan tersebut?

a)

Kehidupan selepas mati

b)

Penyembahan patung

c)

Animisme

d)

Kepercayaan kepada Tuhan