NEW
Font size
WorksheetsT5 Bab 2.4 Pertukaran Asing (JU Ekonomi P.Pinang)
Total questions: 10
Worksheet time: 7mins
Antara yang berikut ,keadaan yang manakah
akan menyebabkan nilai Ringgit Malaysia jatuh ?
I Syarikat Baba menambahkan pelaburan
di negara lain
II Malaysia meningkatkan import susu lembu
dari Australia
III Malaysia menjadi destinasi yang semakin diminta oleh
pelancong dari negara China
IV Syarikat multinasional di Malaysia mendapat lebih
banyak kontrak pengangkutan daripada firma asing
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara yang berikut, yang manakah tujuan kerajaan
memerlukan pertukaran asing dalam ekonomi ?
I Mengeksport barangan keluaran tempatan
II Membayar balik pinjaman kerajaan
III Membuat pelaburan di luar negara
IV Meminimumkan kos pengeluaran
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah kesan daripada kejatuhan nilai Ringgit Malaysia ?
Import Malaysia akan berkurang
Eksport Malaysia akan berkurang
Harga barang Malaysia di luar negara
menjadi mahal
Imbangan dagangan
Malaysia boleh menjadi negatif
Pernyataan yang manakah mewujudkan permintaan
terhadap Ringgit Malaysia (RM)?
Rakyat Kedah melancong ke Bali, Indonesia
Malaysia mengimport beras dari Thailand
Malaysia mengeksport minyak sawit ke India
Syarikat First Solar Malaysia membuat pelaburan di Jerman
Bagi kadar pertukaran boleh ubah, nilai pertukaran mata wang asing ditentukan oleh
Bank Negara Malaysia
Kuasa permintaan dan penawaran barang
Jumlah penawaran mata wang negara berkenaan
Kuasa permintaan dan penawaran mata wang asing
Maklumat berikut berkaitan dengan kadar pertukaran
asing Antara Ringgit Malaysia (RM) dengan Dolar
Singapura (SGD)
" RM3.50 = SG $1.00"
Berapakah nilai barang dalam Ringgit Malaysia
jika harga barang ialah SG$8 750.00 ?
RM29 300
RM30 625
RM31 670
RM31 700
Pada bulan yang lepas, Amin telah berbelanja
NZD3 750 semasa melancong di New Zealand
Berapakah jumlah perbelanjaan Amin dalam Ringgit
Malaysia sekiranya kadar pertukaran ialah
NZD1 = RM3.20 ?
RM9 000
RM12 000
RM15 000
RM18 000
Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu urus niaga.
"Syarikat AKK mengeksport 30 000 unit
Mee Segera Super ke Indonesia"
Antara yang berikut, yang manakah benar ?
Permintaan Ringgit Malayisa meningkat
Permintaan Ringgit Malaysia menurun
Penawaran Ringgit Malaysia meningkat
Penawaran Ringgit Malaysia menurun
Pernyataan yang manakah mewujudkan
penawaran terhadap Ringgit Malaysia ?
I Pelabur Korea mambuat pelaburan di Malaysia
II Pengimport Vietnam mengimport barang
elektronik dari Malaysia
III Syarikat LKIM menyewa kapal kargo dari China
IV Rakyat Malaysia melancong ke London
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Kadar pertukaran asing sesebuah negara boleh meningkat apabila
Eksport lebih daripada import
Import sama dengan eksport
Eksport sesebuah negara merosot
Import sesebuah negara meningkat
