wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

PILIH PERIBAHASA YANG SESUAI


Penduduk Kampung Selesa selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu __________________________.

a)

bagai aur dengan tebing

b)

bagai pinang dibelah dua

c)

bagai kacang lupakan kulit

d)

seperti anjing dengan kucing

2.

PILIH PERIBAHASA YANG SESUAI


Permintaan pemilik rumah setinggan terhadap kerajaan itu _________________.

a)

seperti api dalam sekam

b)

seperti gajah masuk kampung

c)

bagai Belanda meminta tanah

d)

bagai menatang minyak yang penuh

3.

PILIH PERIBAHASA YANG SESUAI


Lee dikatakan _____ kerana tidak pandai menghargai hadiah yang diberi oleh kawannya.

a)

bagai itik pulang petang

b)

bagai kera dapat bunga

c)

bagai bertepuk sebelah tangan

d)

bagai menatang minyak yang penuh

4.

PILIH PERIBAHASA YANG SESUAI


Sikap Carrie yang menganiaya Connie yang telah membantunya diibaratkan sebagai ____________.

a)

bagai kumbang putus tali

b)

seperti cincin dengan permata

c)

bagai kelip-kelip terbang malam

d)

bagai melepaskan anjing tersepit

5.

PILIH PERIBAHASA YANG SESUAI


Perasaan Encik Lee ______ apabila anaknya hanya lulus dua mata pelajaran dalam peperiksaan UPSR.

a)

seperti rusa masuk kampung

b)

seperti belut pulang ke lumpur

c)

seperti pungguk rindukan bulan

d)

seperti kaca terhempas ke batu

6.

PILIH PERIBAHASA YANG SESUAI


Air mukanya _______ kerana dijangkiti penyakit H1N1.

a)

seperti isi dengan kuku

b)

seperti ayam berak kapur

c)

bagai tikus membaiki labu

d)

bagai dakwat dengan kertas

7.

PILIH PERIBAHASA YANG SESUAI


Nasihat ibu kepada Ramesh ____________ kerana Ramesh langsung tidak mempedulikan nasihatnya.

a)

seperti sampah hanyut

b)

seperti gergaji dua mata

c)

seperti ayam patuk anaknya

d)

bagai mencurah air di dalam keladi.

8.

PILIH PERIBAHASA YANG SESUAI


Encik Ali dan Puan Fatimah menjaga anak angkat mereka ____________.

a)

seperti ular kena palu

b)

seperti bumi dengan langit

c)

seperti anjing dengan kucing

d)

bagai menatang minyak yang penuh

9.

PILIH PERIBAHASA YANG SESUAI


Mulut Joo Min ____ apabila tiada guru di dalam kelas.

a)

bagai dihiris sembilu

b)

bagai murai tercabut ekor

c)

bagai menarik rambut di dalam tepung

d)

bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

10.

PILIH PERIBAHASA YANG SESUAI


Jia Ling _____ kerana kurang membaca.

a)

bagai abu di atas tunggal

b)

bagai pinang dibelah dua

c)

bagai bertepuk sebelah tangan

d)

seperti katak di bawah tempurung

11.

PILIH PERIBAHASA YANG SESUAI


Pendatang asing yang baru datang bekerja di Kuala Lumpur itu _____________.

a)

bagai itik pulang petang

b)

seperti rusa masuk kampung

c)

bagai bulan dipagari bintang

d)

air dicencang tidak akan putus

12.

PILIH PERIBAHASA YANG SESUAI


Mak cik itu _____ apabila mendapati dompetnya hilang.

a)

bagai ayam berak dapur

b)

bagai ayam disambar helang

c)

bagai kucing kehilangan anak

d)

bagai mencurah air ke dalam keladi

13.

PILIH PERIBAHASA YANG SESUAI


Pengurus syarikat itu tidak berpuas hati dengan cara Chee Meng bekerja _______.

a)

bagai bulan jatuh ke riba

b)

bagai dakwat dengan kertas

c)

bagai bulan penuh purnama

d)

bagai melepaskan batok di tangga

14.

PILIH PERIBAHASA YANG SESUAI


Shamsul dan isterinya Mastura sangat secocok _________.

a)

seperti kerbau dicucuk hidung

b)

seperti rusa masuk kampung

c)

bagai pinang dibelah dua

d)

seperti api dalam sekam

15.

PILIH PERIBAHASA YANG SESUAI


Menolong Rudi ______ kerana dia hanya mengharapkan simpati ahli keluarga tanpa mahu berusaha.

a)

bagai aur dengan tebing

b)

bagai bunyi perian pecah

c)

bagai ayam dimakan tungau

d)

bagai mendukung biawak hidup

16.

PILIH PERIBAHASA YANG SESUAI


Pui Man dikatakan ______ kerana membuat kerja apabila disuruh sahaja.

a)

bagai pahat dengan penukul

b)

bagai ayam disambar helang

c)

bagai menatang minyak yang penuh

d)

bagai menarik rambut di dalam tepung

17.

PILIH PERIBAHASA YANG SESUAI


Lily yang jelita ______ diminati oleh ramai pemuda.

a)

seperti isi dengan kuku

b)

bagai murai tercabut ekor

c)

bagai bulan purnama penuh

d)

seperti katak di bawah tempurung

18.

PILIH PERIBAHASA YANG SESUAI


Puan Lee dan suaminya berasa bimbang kerana keadaan anak mereka _______ setelah terlibat dalam kemalangan.

a)

seperti cicak makan kapur

b)

bagai telur di hujung tanduk

c)

bagai sirih pulang ke gagang

d)

seperti kerbau dicucuk hidung

19.

PILIH PERIBAHASA YANG SESUAI


Walaupun Ming dan abangnya bergaduh, namun demikian hubungan mereka seperti ______________

a)

ular kena palu

b)

batu jatuh ke lubuk

c)

kacang lupakan kulit

d)

air dicencang tidak akan putus

20.

PILIH PERIBAHASA YANG SESUAI


Kehidupan Wen sekeluarga akhirnya _________, apabila kedua-dua orang abangnya berjaya menjawat jawatan tinggi di ibu kota.

a)

bagai kain tiga hasta

b)

bagai kumbang putus tali

c)

bagai Belanda meminta tanah

d)

seperti kaca terhempas ke batu