Font size
WorksheetsPendidikan Islam Tahun 3 : Sirah ( Meneladani Sofat Tabligh)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Apakah maksud Tabligh
Menyampaikan
Bercakap Benar
Sifat Tabligh merupakan sifat ________________ kepada para Nabi
Harus
Wajib
Para Nabi menyampaikan ______1________ yang diterima daripada ______2_______ kepada umatnya.
1. Kitab
2. Malaikat
1. Wahyu
2. Allah SWT
Pilih kenyataan yang salah
Nabi Muhammad gigih menyampaikan dakwah walaupun mendapat tentangan hebat Kaum Musyrikin
Sebagai umat Islam, kita tidak perlu bertanggungjawab dalam menyampaikan ajaran Islam kepada orang lain.
"Rasulullah berpesan kepada umatnya : Sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat" . Maksud hadis ini ialah :
Kita perlu sampaikan kebaikan islam kepada orang lain walaupun sekecil-kecil perkara.
Kita perlu pentingkan diri untuk tidak menyampaikan ilmu orang lain
Nabi Muhammad telah memulakan dakwah secara rahsia kepada orang-orang yang rapat dengan baginda. Siapakah golongan yang rapat dan terlebih dahulu memeluk islam, KECUALI?
Khadijah binti Khuwailid
Abu Bakar as-Siddiq
Umar al-Khatabb
Cabaran Nabi dalam dakwah secara rahsia ialah, Bapa saudaranya iaitu Abi Thalib tidak menerima dakwah baginda.
Betul
Salah
Adakah Nabi Muhammad telah naik ke Bukit Sofa untuk kepada penduduk Mekah beriman kepada Allah?
Ya
Tidak
Apakah cabaran yang diterima Nabi Muhammad ketika peristiwa di Bukit Sofa untuk menyeru penduduk Mekah beriman kepada Allah?
Kaum Musyrikin Mekah marah, mencaci, menghina dan memulaukan nabi dan keluarga
Abu Lahab bapa saudara nabi sangat menyokong dakwah Rasullulah di Mekah
Apakah cabaran yang diterima nabi sewaktu menyampaikan dakwah di Thoif?
Nabi telah diejek,dihina dan dilontarkan batu hingga nabi cedera dan berdarah
Kehadiran nabi diterima baik dengan diberikan tempat tinggal dan makanan yang sedap
Adakah Nabi berputus asa dalam menyampaikan dakwah?
Ya
Tidak
Adakah nabi meneruskan menyampaikan ajaran Islam melalui penulisan untuk diutuskan kepada Raja dan pemimpin negara seperti kerajaan Rom?
Betul
Salah
Apakah cabaran yang diterima nabi setelah mengutuskan surat kepada raja atau pemimpin negara tersebut?
Sebahagian pemimpin menolak dan menentang ajaran agama Islam, malah ada yang ingin memerangi umat Islam
Kesemua pemimpin negara bersetuju untuk menerima ajaran Islam dan ingin bertemu Nabi Muhammad dengan segera
Apakah tindakan nabi, setelah menerima pelbagai cabaran ketika menyampaikan ajaran negara Islam seperti peristiwa di Bukit Sofa dan di Thoif?
Tidak berputus asa, sabar, merancang strategi dan tidak membalas dengan kekerasan
Berputus asa, mengasingkan diri daripada orang ramai dan berdendam
Apakah kepentingan Nabi Muhammad bersifat tabligh? Pilih 2 JAWAPAN.
Akhlak mulia diamalkan dalam kehidupan
Amalan penyembahan berhala semakin meningkat
Ajaran Islam tersebar luas
Berdasarkan kisah keunggulan sifat tabligh Nabi Muhammad SAW, apakah ciri-ciri pendakwah dalam menyampaikan ajaran agama Islam? Pilih 2 JAWAPAN.
Amanah dan bertanggungjawab
Berani kerana benar dan sabar menghadapi ujian
Berputus ada dan suka mengguris hati orang lain
Kamu menasihati Haikal yang sedang menconteng dinding sekolah. Kemudian Haikal memarahi kamu dengan kata-kata kesat. Apakah tindakan kamu selepas itu?
Memberitahu guru yang bertugas
Memberitahu rakan-rakan sekelas
Memberitahu kakak dan abang di kelas Tahun 6
Pada pendapat anda, apakah sepatutnya dilakukan oleh Haikal setelah dinasihati?
Pilih 2 cara sebaran ilmu yang akan kamu lakukan.
Berkongsi kisah nabi dan rasul yang kamu pelajari kepada rakan dan keluarga
Memberikan nasihat dan teguran yang betul kepada rakan dan adik beradik yang membuat salah
Menyebarkan berita palsu
Berikan 2 hikmah yang diperoleh sekiranya kita menyampaikan ajaran agama kepada orang ramai.
Agama Islam dapat berkembang luas
Mengeratkan hubungan silaturahim sesama makhluk
Sikap berpecah belah semakin berleluasa
