wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BENTUK PENTADBIRAN BARAT DI SARAWAK & SABAH

Total questions: 13

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Sarawak dibahagikan kepada lima bahagian oleh Dinasti Brooke. Bahagian-bahagian itu dipecahkan kepada....

a)

Wilayah dan daerah

b)

Daerah dan kampung

c)

Wilayah dan kampung

d)

Daerah dan mukim

2.

Asas pemilikan dan kekuasaan telah diubah oleh Dinasti Brooke. Bagaimanakah asas tersebut ditentukan?

a)

Bangsa

b)

Sempadan

c)

Hak percukaian

d)

Dialek pertuturan

3.

Pembahagian pentadbiran oleh SBUB pada awalnya adalah mengikut residensi, iaitu Residensi Pantai Timur dengan pusat pentadirannya di Sandakan dan Residensi Pantai Barat. Apakah pusat pentadbiran bagi Residensi Pantai Barat?

a)

Kudat

b)

Tawau

c)

Jesselton

d)

Lahad Datu

4.

Apakah jawatan yang bertugas untuk membantu Pegawai Daerah menjalankan pentadbiran pada peringkat daerah di Sabah?

a)

Ketua Anak Negeri

b)

Penasihat British

c)

Penghulu

d)

Majistret

5.

Ciri-ciri personaliti dan kepakaran adalah penting untuk melantik pentadbir berasaskan kaum di Sabah. Apakah pentadbir tersebut?

a)

Ketua etnik

b)

Kapitan Cina

c)

Ketua Majistret

d)

Ketua Anak Negeri

6.

Apakah peranan Mahkamah Adat di Sarawak?

a)

Menggubal dasar-dasar kerajaan

b)

Meluluskan undang-undang negeri

c)

Mengiktiraf undang-undang bertulis

d)

Mengadili kesalahan masyarakat tempatan

7.

Dinasti Brooke mengamalkan dasar ......

a)

perkauman

b)

perintah dan pecah

c)

pecah dan perintah

d)

pentadbiran

8.

Pilih dua mahkamah yang diwujudkan di Sabah.

a)

Mahkamah Tinggi

b)

Mahkamah Anak Negeri

c)

Mahkamah Sivil

d)

Mahkamah Majistret

9.

Mengapakah orang tempatan masih dilibatkan dalam pentadbiran Dinasti Brooke?

a)

Dasar terbuka James Brooke

b)

Desakan pemimpin tempatan

c)

Menjimatkan perbelanjaan

d)

Kekurangan pegawai Eropah

10.

Siapakah yang bertanggungjawab kepada lembaga pengarah syarikat SBUB di London?

a)

Gabenor

b)

Ketua Anak Negeri

c)

Residen Kaunselor

d)

Residen

11.

Pilih 2 pernyataan yang benar, berkaitan tugas-tugas jawatan Ketua Anak Negeri di Sabah.

a)

Menyelesaikan kes harta pusaka

b)

Menguruskan pentadbiran negeri

c)

Menjaga keamanan daerah

d)

Memungut cukai

12.

Raja Putih Sarawak mengetuai pentadbiran dibantu Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri. Pentadbiran di setiap bahagian diketuai oleh ......

a)

Residen Kaunselor

b)

Gabenor

c)

Residen

d)

Residen General

13.

Pilih nama-nama Raja Putih Sarawak yang betul.

a)

Charles Vyner Brooke

b)

James Brooke

c)

Charles Brooke

d)

Anthony Brooke