wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA GANDA BERENTAK

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Saya berasa pening kepala apabila melalui jalan yang _________ itu.

a)

bengkang bengkok

b)

batu-batan

c)

kacau-bilau

d)

haru-biru

2.

Kaki Bali _______ oleh kesan cakaran kucing peliharaannya.

a)

calar-balar

b)

punah-ranah

c)

robak-rabik

d)

lekuk-lekak

3.

Badan saya terasa _______ setelah mandi air perigi yang sejuk itu.

a)

tawar-hambar

b)

kusut-masai

c)

comot-momot

d)

segar-bugar

4.

Encik Lokman mengawasi anak-anaknya yang sedang asyik ________ di pantai itu.

a)

mandi-manda

b)

riuh-rendah

c)

mundar-mandir

d)

kacau-bilau

5.

Sifat ________ yang ditunjukkan oleh tuan rumah menyenangkan hati para tetamu.

a)

remeh-temeh

b)

kelam-kabut

c)

ramah-tamah

d)

keluh-kesah

6.

Rambut Wenday _______ setelah bangun daripada tidur.

a)

huru-hara

b)

compang-camping

c)

robak-rabik

d)

kusut-masai

7.

Guru besar mengambil tindakan tatatertib _____ terhadap murid yang terlibat dengan kes buli itu.

a)

lambat-laun

b)

kelam-kelibut

c)

serta-merta

d)

remeh-temeh

8.

Pak Dolah tahu ______ tentang isu politik negara walaupun dia tinggal di kawasan pedalaman.

a)

lengang-lenggok

b)

serba-serbi

c)

simpang-siur

d)

hiruk-pikuk

9.

Musim kemarau telah menyebabkan kawasan tadahan air itu _______.

a)

kusut-masai

b)

haru-biru

c)

kering-kontang

d)

gundah-gulana

10.

Rumah Nenek Zaharah _______ dengan suara cucu-cucunya yang baru tiba dari Kuala Lumpur.

a)

tunggang-langgang

b)

riuh-rendah

c)

punah-ranah

d)

calar-balar

11.

Majlis perkahwinan anak sulung Encik Zahid telah diadakan secara _______________.

a)

riuh-rendah

b)

gilang-gemilang

c)

besar-besaran

d)

hiruk-pikuk

12.

Ibu telah menyediakan beberapa jenis________________ sebagai hidangan makan tengahari untuk menyambut kehadiran Pak Long sekeluarga.

a)

kuih-muih

b)

lauk-pauk

c)

agar-agar

d)

epok-epok

13.

Nenek sangat gembira menyambut kehadiran ________________ yang datang dari jauh kerana sudah lama tidak berjumpa.

a)

rakan-taulan

b)

sahabat-handai

c)

kawan-kawan

d)

saudara-mara

14.

Hidangan yang disediakan dalam jamuan itu ________________.

a)

manis-manis

b)

tawar-tawar

c)

gado-gado

d)

enak-enak

15.

Rendang itu sangat sedap kerana dimasak menggunakan _____ yang istimewa.

a)

rempah-ratus

b)

lauk-pauk

c)

sayur-mayur

d)

saki-baki