WorksheetsBahasa Melayu Sekolah Rendah
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
Keadaan Aliff Imran _____ menyebabkan dia tidak mahu menyertai perlumbaan jalan kaki.
bagai cicak makan kapur
bagai kumbang putus tali
bagai itik pulang petang
bagai balak terendam
Siti Norhana dan Nurul Amirah _____ kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.
bagai ayam disambar helang
bagai anjing dengan kucing
bagai katak di bawah tempurung
bagai melepaskan batuk di tangga
Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu _____ kerana mereka tidak mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan.
bagai bulan jatuh ke riba
bagai kaca jatuh ke batu
bagai duri dalam daging
bagai ayam disambar helang
Puan Zaiton _____ kerana lima ahli keluarganya telah maut dalam kemalangan itu tanpa diduga.
bagai melepas anjing tersepit
bagai dihiris dengan sembilu
bagai ayam disambar helang
bagai kaca jatuh ke batu
Oh Sik Lee dianggap _____ kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.
seperti lipas kudung
seperti ayam berak kapur
seperti bulan penuh purnama
seperti kera sumbang
Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya _____ .
bagai mendukung biawak hidup
bagai ayam mengeram telur
bagai pahat dengan penukul
bagai wau putus tali
Encik Baharuddin _____ setelah menerima panggilan ugutan dan pesanan ringkas daripada seseorang yang tidak dikenali.
bagai mencurah air ke daun keladi
bagai menghitung bulu kambing
bagai berumah di tepi pantai
bagai anjing buruk kepala
Mak Timah hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak dan jiran tetangganya _____ .
seperti rumput di tepi jalan
seperti tikus jatuh ke beras
seperti mendukung biawak hidup
seperti sudah jatuh ditimpa tangga
Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkok seperti _____ .
bumi dengan langit
aur ditarik songsang
pinang dibelah dua
ular kena palu
Setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar, Kumar telah melupakan ibu bapanya di kampung seperti _____ .
enau dalam belukar
kacang lupakan kulit
aur dengan tebing
dakwat dengan kertas
Kamaruzaman _____ kerana tidak tahu menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.
seperti mencurah garam ke laut
seperti kera mendapat bunga
seperti Belanda diberi tanah
seperti hujan jatuh ke pasir
Badrul Amin memastikan semua anaknya mendapat didikan ilmu agama yang mencukupi kerana baginya _____ .
tepuk dada tanya selera
segan bertanya sesat jalan
harapkan pegar, pegar makan padi
melentur buluh biarlah daripada rebungnya
Zamir tidak mengamalkan sikap _____ ketika mencari rumah rakannya di Kuala Lipis.
buang yang keruh ambil yang jernih
segan bertanya sesat jalan
sambil menyelam minum air
bagaimana acuan begitulah kuihnya
Sungguhpun Erra Fazira dan Umi Aida merupakan pasangan artis yang rapat, namun ada ketikanya mereka tidak sependapat seperti _____ .
rambut sama hitam, hati lain-lain
sambil menyelam minum air
ukur baju di badan sendiri
tepuk dada tanya selera
Penduduk di Taman Bintang sering melakukan kerja-kerja gotong-royong bagai _____ .
cincin dengan permata
kucing dengan anjing
aur dengan tebing
isi dengan kuku
Mei Ling tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya kerana dia yakin _____ .
lain di mulut lain di hati
tepuk dada tanya selera
indah khabar daripada rupa
belakang parang diasah lagikan tajam
Encik Tarmizi _____ kerana beliau menuruti semua arahan dan perintah yang diberikan oleh ketuanya.
seperti lembu dicucuk hidung
seperti anjing menyalak bukit
seperti tikus membaiki labu
seperti murai tercabut ekor
Semua teguran dan nasihat yang diberikan Cikgu Halim kepada murid-muridnya _____ kerana semua nasihatnya tidak mereka endahkan.
bagai haruan makan anak
bagai kambing dihalau ke air
bagai mencurah air ke daun keladi
bagai melepaskan batuk di tangga
Para pekerja binaan itu berasa cemas dan bimbang ketika musim hujan kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja _____ .
bagai gergaji dua mata
bagai pahat dengan penukul
bagai kucing kehilangan anak
bagai telur di hujung tanduk
Subramaniam seperti _____ kerana banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya.
katak di bawah tempurung
ayam disambar helang
kera mendapat bunga
murai tercabut ekor
Kehidupan Intan Najwa sungguh bahagia walaupun dia anak angkat kerana ibu bapanya menjaganya _____ .
bagai menatang minyak yang penuh
bagai kucing kehilangan anak
bagai kacang lupakan kulit
bagai aur dengan tebing
Perbuatan Imran menceritakan keburukan keluarganya itu _____ kepada jiran tetangganya.
seperti hujan jatuh ke pasir
seperti menanam tebu di bibir
seperti membuka pekung di dada
seperti musuh dalam selimut
Segala janji manis wakil insurans itu _____ kerana setelah mendapat pelanggan, beliau tidak lagi datang memberi perkhidmatan.
bagai mencurah air ke daun keladi
bagai menyusu kera di hutan
bagai anjing menyalak bukit
bagai menanam tebu di bibir
Zulfa dan Hasnah tercengang-cengang apabila tiba di Bandaraya Kaherah _____ .
seperti rusa masuk kampung
seperti kerbau dicucuk hidung
seperti kera mendapat bunga
seperti si buta kehilangan tongkat
Walaupun Badrul dan Badri merupakan pasangan kembar, namun watak mereka jauh berbeza _____ .
seperti tikus jatuh ke beras
seperti langit dengan bumi
seperti pungguk rindukan bulan
seperti mentimun dengan durian
Austin seperti _____ apabila ditemubual oleh wartawan setelah berjaya menjadi pemenang dalam peraduan menulis cerpen sempena Hari Kebangsaan yang lalu.
katak disimbah air
gagak pulang ke benua
melukut di tepi gantang
harimau menyembunyikan kukunya
Pasangan Dato' Khalid dan Dato' Seri Siti Nurhaliza sememangnya sepadan jika disatukan laksana _____ .
lembu kasi
batik lasam
kunyit dengan kapur
garam dengan asam
Pelakon Maya Karin bagai _____ apabila dianugerahkan Pelakon Wanita Terbaik tahun 2007.
melepas anjing tersepit
bulan penuh purnama
haruan makan anak
itik pulang petang
Abang Safuan _____ kerana kamera yang cuba dibaikinya sudah tidak boleh digunakan lagi.
bagai si kudung mendapat cincin
bagai anjing dengan kucing
bagai tikus membaiki labu
bagai kumbang putus tali
Kehidupan Kaswani _____ semenjak tinggal bersama keluarga angkatnya yang kaya tetapi tidak membenarkannya keluar seorang diri.
umpama burung di dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung
umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang
umpama ayam menetas anak itik, anaknya ke air juga
umpama bunga mekar dipakai, layu dibuang
Penduduk Kampung Panchor _____ sejak pukul lapan pagi untuk membaiki jambatan yang rosak.
ringan tulang
ringan tangan
mandi kerbau
mandi keringat
Semua murid _____ untuk mendengar taklimat Program Hari Kokurikulum yang akan diadakan di Hutan Lipur Ulu Licin, Berus pada minggu depan.
pasang badan
pasang telinga
ambil berat
ambil hati
Emak menjadi _____ ketika memilih kain yang beraneka corak dan warna di kedai itu.
rambang mata
lupa daratan
serkap jarang
lipas kudung
Cikgu Luster tiba-tiba _____ apabila beliau mengetahui anak muridnya telah meniru semasa ujian dijalankan.
ada angin
atas angin
naik angin
khabar angin
Kejayaan perenang Malik Mydin merentasi Selat Inggeris telah menjadi _____ rakyat Malaysia.
buah tangan
buah mulut
buah hati
buah pena
_____ Puan Anita apabila mendapat berita bahawa suaminya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Makan hati
Hancur hati
Besar hati
Jatuh hati
Yoke Lan _____ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi pencuri.
pekak badak
lepas tangan
makan hati
tidur mati
Semua barang itu dijual dengan _____ dalam Pameran Jom Heboh.
harga diri
harga mati
tanda mata
tanda harga
Azizi dan anak-anaknya _____ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang.
langkah kanan
langkah bendul
langkah seribu
langkah kiri
Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik _____ .
otak cair
otak udang
mulut murai
mulut tempayan
Kuding mengambil sekeping roti berkrim sebagai _____ sebelum pergi ke sekolah.
alas perut
ikat perut
perut busuk
perut kosong
Kesemua _____ Tuan Haji Azhar dan Puan Hajah Azilah sudah mendirikan rumah tangga.
anak tut
anak tiri
anak bini
anak beranak
Nenek Sunarti tidak pernah membaca surat khabar ataupun majalah kerana dia _____ .
buta hati
buta huruf
buta kayu
buta gaji
Tan Leong tidak mempunyai adik-beradik. Oleh sebab itu, dia dianggap _____ .
anak buah
anak emas
anak tunggal
anak bongsu
Sabariah menarik diri dalam acara pertunjukan fesyen di sekolahnya kerana dirinya yang _____ .
bidan terjun
bongkok udang
pening lalat
puteri lilin
Abang saya suka berenang manakala kakak hanya suka bermain di _____ kerana dia takut ombak.
atas pagar
luar pagar
gigi air
bawah angin
Farida perlu menguatkan suara apabila bercakap kerana neneknya _____ .
pasang telinga
telinga kuali
pekak badak
telinga lintah
Zuhairi merupakan _____ pasukan bola baling Daerah Song peringkat sekolah rendah.
lipas kudung
ayam tambatan
orang tengah
bekas tangan
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid terpaksa _____ bagi menyelesaikan kes keracunan makanan di kantin sekolah.
campur tangan
gila bayang
ambil ringan
buah hati
Perbuatan memberi atau menerima _____ ketika menjalankan tugas boleh dikenakan tindakan tatatertib.
duit hantaran
duit pecah
duit raya
duit kopi
