wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kata banyak makna

Total questions: 10

Worksheet time: 3hrs 30mins

Name
Class
Date
1.
I   Cahaya hari ini sangat hangat sekali.
II  Tidak lama lagi, abang akan memperoleh cahaya mata. 
III Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup.
IV  Air muka Suraya cahaya sekali setelah mendengar berita baik itu. 
a)
I dan II
b)
II dan III
c)
I dan IV
d)
III dan IV
2.
I   Pegawai makan suap itu telah berjaya diberkas.
II  Perjalanan kami tadi makan masa selama setengah jam.
III  Letupan bom telah makan beberapa buah bangunan.
IV  Kemalangan itu berpunca daripada brek keretanya yang tidak makan
a)
I, II dan III
b)
I, II dan IV
c)
I, III dan IV
d)
II, III dan IV
3.
I   Nilai eksport Malaysia susut 10 peratus akibat kegawatan ekonomi.
II   Paras air di sungai itu telah susut dengan mendadak.
III   Tudung merah itu susut kerana menggunakan cecair peluntur yang berlebihan.
IV   Badannya semakin susut kerana tidak lalu makan. 
a)
I,II dan III
b)
I,II dan IV
c)
II, III dan IV
d)
Semua di atas. 
4.
I   Rapuh sungguh keropok yang digoreng ibu.
II  Cawan dan pinggan yang rapuh itu dimasukkan ke dalam kotak.
III Tiang rumah itu rapuh akibat dimakan anai-anai.
IV  Pemuda pemudi zaman sekarang berjiwa rapuh kerana mudah terpengaruh budaya luar. 
a)
I dan III
b)
II dan III
c)
II dan IV
d)
III dan IV
5.
I   Kapal layar itu bergerak mengikut haluan angin.
II   Dia tidak haluan pendapat dengan bapanya.
III  Label pada haluan perahu itu terpaksa dicat semula kerana telah pudar.
IV  Hidup kita akan terumbang-ambing sekiranya tidak mempunyai haluan yang betul. 
a)
I dan II
b)
II dan III
c)
I, III dan IV
d)
II, III dan IV
6.
I   Kebanyakan harga barang turut naik setelah harga minyak naik.
II   Artis baharu itu mempunyai nada suara yang naik.
III   Peniaga itu memukul adunan apam balik itu sehingg naik.
IV   Kami mula naik seram apabila terdengar suara anjing menyalak. 
a)
I dan II
b)
II dan IV
c)
I, II dan III
d)
I, III dan IV
7.
I   Fikiran ayah runcing memikirkan keadaan adik yang sakit sejak bulan lalu.
II  Perselisihan faham antara Masitah dengan Anisa semakin runcing.
III  kayu-kayu runcing akan dipacakkan ke tanah untuk memagari tanamannya.
IV   Rakyat negara itu berada dalam keadaan runcing berikutan kejadian taufan yang melanda negara tersebut. 
a)
I dan II
b)
II dan III
c)
I, II dan III
d)
II, III dan IV
8.
I   Izham lahir dalam keluarga doktor perubatan yang terkenal.
II   Sajak itu lahir daripada hati sanubarinya yang suci.
III   Pokong kacang bendi itu lahir daripada benih yang disemai seminggu yang lalu.
IV  Pelan kompleks sukan itu lahir daripada perbincangan kami kelmarin. 
a)
I, II dan III
b)
I, II dan IV
c)
I, III dan IV
d)
II, III dan IV
9.
I  "Janganlah tawar lagi," kata penjual itu.
II "Saya akan tawar jawatan pengurus kepadanya," kata pemilik syarikat itu.
III  Pidatonya tawar dan tidak bersemangat langsung.
IV   Bisa gigitan lebah di tangannya semakin tawar setelah dia makan ubat itu. 
a)
I dan II
b)
II dan III
c)
I, III dan IV
d)
Semua di atas.
10.
I Keputusan pertandingan itu umum secara tergesa-gesa.
II  Cerita-cerita seperti ini sudah umum kepada kami.
III  Kami berbincang secara umum sahaja tentang perkara tersebut.
IV  Tarikh hari raya puasa akan dimaklumkan kepada umum pada minggu hadapan. 
a)
I dan II
b)
III dan IV
c)
II, III dan IV
d)
semua di atas.