Font size
WorksheetsPQS Iman Sebagai Fitrah Manusia
Total questions: 10
Worksheet time: 4mins
Manakah kenyataan yang benar mengenai pengertian iman menurut bahasa:
Berasal dariada perkataan arab Amina bererti aman atau tenteram.
Iman bererti tasdiq iaitu membenarkan dengan hati.
Kepercayaan semata-mata pengakuan dan membenarkan sesuatu tanpa mendustakannya.
Perkara yang menyelamatkan seseorang daripada kekal dalam neraka jahannam dan memasukkannya ke syurga selama-lamanya.
Iman menurut istillah ialah membenarkan dengan hati dan mengamalkan ajaran-ajaran Allah yang di bawa oleh nabi Muhammad dengan anggota.
Betul
Salah
Fitrah manusia adalah beragama. Secara fitrahnya manusia telah beriman kepada Allah SWT sejak dalam alam ________ lagi.
Rahim
Roh
Barzakh
Dunia
Ulama telah menggariskan tahap keimanan kepada tiga martabat mengikut kadar kekuatan, ketaatan dan keikhlasan kepada Allah.
Betul
Salah
Iman para nabi dan rasul adalah iman yang paling tinggi dan sempurna daripada iman-iman yang lain kerana?
Mereka ialah orang yang paling kasih kepada Allah, taat, tetap pendirian dan ma'sum daripada dosa.
Iman mereka berdasarkan dalil dan hujah serta dikurniakan mukjizat.
Mereka diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan berita gembira dan berita menakutkan.
Mereka adalah dikalangan orang-orang awam.
Keimanan dan ma'rifah mereka kepada Allah SWT dengan nazhara (memikirkan kejadian alam) dan istidlal (mengemukakan dalil tentang kejadian alam) adalah keimanan ulama.
Betul
Salah
Perkara-perkara yang boleh membatalkan iman melalui:
Perkataan
Perbuatan dan amalan
Hati
Melahirkan rasa syukur, sabar dan redha dalam melaksanakan akidah dan menjalankan kehidpan seharian.
Kenyataan diatas merujuk kepada:
Kepentingan iman kepada manusia.
Perkara-perkara yang membatalkan iman.
Tahap keimanan seorang muslim.
Pengertian iman.
Keimanan mereka kepada Allah hanya dengan mendengar perkhabaran yang masyhur atau mengikut perkataan orang ramai tentang kewujudan Allah tanpa mengetahui dalil-dalil kewujudannya adalah ___________________
Iman orang-orang yang bertaqlid
Iman ulama
Iman para nabi dan rasul
Iman orang yang menjalankan syariah Allah
Meminta bantuan daripada syaitan atau makhluk halus untuk mendapatkan sesuatu perkara atau untuk menolak bala bencana, meminta nombor ramalan dan memuja kubur merupakan contoh perkara-perkara yang boleh membatalkan iman dari segi?
Perkataan
Perbuatan dan Amalan
I'tiqad (Hati)
