wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Anda rasa anda tahu tentang COVID19?

Total questions: 25

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Apakah itu Novel Coronavirus?

a)

Spesies baru yang belum ditemui oleh manusia

b)

Sejenis penyakit influenza

c)

Famili virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selesema hinggalah penyakit teruk seperti MERS-CoV dan SARS-CoV

2.

Nyatakan 4 langkah pencegahahan COVID19 seperti yang disarankan oleh World Health Organization (WHO)

a)

Kerap membasuh tangan

b)

Menutup mulut dan hidung ketika bersin dan batuk

c)

Elak bersentuhan dengan individu yang bergejala

d)

Masak daging dan telur dengan sempurna

e)

Semua di atas

3.

Selepas batuk atau bersin, apakah yang perlu dilakukan?

a)

Basuh tangan

b)

Basuh tangan selama 20 saat

c)

Lap tangan menggunakan tisu

4.

Bagaimana anda boleh membantu untuk tidak menyebarkan virus ini?

a)

Berada di rumah rakan

b)

Berada di rumah sendiri

c)

Membuat atau menghadiri perhimpunan

5.

Apakah yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan penyebaran virus ini?

a)

Kurangkan memejamkan mata

b)

Tidak menyentuh mulut

c)

Tidak menyentuh mata, hidung dan mulut

6.

Ketika membeli barang keperluan, apa yang harus anda lakukan apabila bertemu dengan kawan rapat?

a)

Berbual seperti biasa

b)

Amalkan penjarakan sosial (social distance) sebanyak 1 meter atau lebih

c)

Peluk dan bersalaman

7.

Encik Abu baru sahaja sampai di rumah selepas balik dari membeli barang keperluan untuk keluarga. Apakah perkara pertama yang perlu beliau lakukan?

a)

Terus bermain dengan anaknya

b)

Terus mandi dan memasak

c)

Terus mandi dan merendam pakaian di dalam air yang bersabun

8.

Mengapakah kita perlu melakukan penjarakan sosial sebanyak 1 meter atau lebih sekiranya kita bergejalan atau nampak orang yang bergejala?

a)

Bimbang akan dijangkiti virus

b)

Percikan partikel boleh tersebar sejauh 1 meter ketika batuk atau bersin

c)

Malu dengan diri sendiri

9.

Berikan simptom-simptom sekiranya seseorang dijangkiti virus COVID19. (Lebih dari 1 jawapan)

a)

Sukar bernafas

b)

Demam

c)

Batuk

d)

Tanda-tanda penyakit selesema

10.

Berapa lamakah Novel Coronavirus dapat bertahan di luar badan manusia?

a)

Selama seminggu di udara dan di permukaan

b)

Selama dua minggu setengah atau lebih

c)

Beberapa jam dan beberapa hari

11.

Yang manakah yang lebih penting dalam mencegah jangkitan?

a)

Kerap membasuh tangan

b)

Memakai topeng muka

12.
  1. Apakah itu "fomite"?
a)

Pembasmi kuman gred hospital

b)

Pembawa penyakit

c)

Objek atau permukaan yang telah tercemar oleh virus

d)

Suplemen untuk meningkatkan imunisasi badan

13.

Berapakah jarak selamat untuk berjauhan dengan orang yang sakit?

a)

Sekurang-kurangnya 1 kaki (30 cm)

b)

Sekurang-kurangnya 3 kaki (1 meter)

14.

Yang manakah antara berikut merupakan individu yang paling berisiko untuk dijangkiti COVID-19? (Pilih 2 jawapan)

a)

Individu yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik

b)

Kanak-kanak

c)

Warga emas berusia 60 tahun ke atas

d)

Wanita mengandung

15.

Bolehkah anjing membawa jangkitan COVID-19 kepada manusia

a)

Ya

b)

Tidak

16.

Presiden Donald Trump memberitahu rakyat Amerika bahawa penyebaran coronavirus mungkin perlahan dengan cuaca yang lebih panas. Bolehkah virus COVID-19 merebak di iklim panas dan lembap?

a)

Ya

b)

Tidak

17.

Susulan penularan virus Koronavirus (COVID-19) yang semakin membimbangkan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan situasi itu sebagai ______.

a)

Endemik - penyakit atau wabak yang sentiasa wujud di sesuatu kawasan atau daerah tertentu.

b)

Epidemik - wabak yang menyerang sekumpulan manusia atau komuniti pada masa yang sama

c)

Pandemik - Merentasi wilayah dan melibatkan populasi yang besar. Wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad kepada sesuatu komuniti atau daerah semata-mata.

18.

Manakah antara berikut yang paling tepat menggambarkan jangka masa inkubasi COVID-19?

a)

Dalam tempoh 24 jam

b)

3 hingga 4 minggu

c)

2 hari ke 2 minggu

d)

Lebih sebulan

19.

Manakah antara berikut merupakan penemuan klinikal yang paling kerap dilaporkan pada pesakit dengan COVID-19?

a)

Cirit birit

b)

Bersin

c)

Demam panas

d)

Sakit kaki

20.

Bagaimanakah virus COVID-19 dapat tersebar?

a)

Melalui titisan yang keluar dari mulut dan hidung semasa anda batuk atau bernafas

b)

Melalui amalan meminum air yang tidak bersih

c)

Melalui permainan congkak

21.

Bolehkah anda mengesan jika seseorang mempunyai COVID-19?

a)

Ya - kerana seseorang yang menghidap COVID-19 kerap batuk

b)

Tidak - tidak semua orang dengan COVID-19 mempunyai simptom

c)

Ya - anda boleh mengetahui dari mana asal seseorang, bangsa dan etnik mereka

22.

Perlukah anda memakai topeng untuk melindungi diri anda semasa anda keluar?

a)

Ya - Pakai topeng setiap masa untuk mengelakkan COVID-19

b)

Tidak - Anda tidak perlu memakai topeng jika anda sihat dan tidak merawat orang yang sakit

23.

Antara berikut, yang manakah contoh jarak fizikal?

a)

Anda berhenti bercakap dengan orang yang anda tinggal bersama

b)

Anda berhenti bercakap dengan rakan anda di telefon

c)

Anda berhenti pergi ke tempat yang ramai dan mengunjungi rumah orang lain

24.

Bagaimanakah individu yang dijangkiti HIV dapat melindungi diri mereka dari COVID-19?

a)

Terus mengambil rawatan antiretroviral mereka

b)

Bersenam secara teratur, makan dengan baik dan jaga kesihatan mental mereka

c)

Basuh tangan mereka dengan kerap dan ikuti nasihat jarak jauh fizikal

d)

Semua jawapan

25.

Abu berasa gembira kerana ibunya disahkan _______ coronavirus.

a)

Positif

b)

Negatif

c)

Berjaya