wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PEND.ISLAM SIRAH THN 3

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud tabligh?

a)

Membenarkan

b)

Menyampaikan

c)

Amanah

d)

Bijaksana

2.

Tabligh merupakan sifat _________ bagi para nabi.

a)

Wajib

b)

Mustahil

c)

Sunat

d)

Harus

3.

Berikut adalah peristiwa yang menunjukkan keunggulan sifat tabligh Nabi Muhammad S.A.W kecuali

a)

Peristiwa dakwah secara rahsia

b)

Peristiwa di Bukit Sofa

c)

Peristiwa di Thaif

d)

Peristiwa penurunan wahyu

4.

Dalam peristiwa dakwah secara rahsia, siapakah orang yang rapat dengan Nabi Muhammad S.A.W yang memeluk agama Islam?

a)

Khadijah binti Khuwailid

b)

Saidina Abu Bakar

c)

Khalid Al-Walid

d)

Zaid bin Harithah

5.

Apakah cabaran yang baginda Nabi Muhammad S.A.W hadapi ketika peristiwa di Bukit Sofa?

a)

Kaum Musyrikin mencaci dan memulaukan Nabi Muhammad

b)

Kaum Musyrikin menyambut baik seruan Nabi Muhammad

c)

Kaum Musyrikin memeluk agama Islam

d)

Kaum Musyrikin melontar batu sehingga Nabi Muhammad cedera

6.

Apakah tindakan Nabi Muhammad S.A.W kepada kaum Musyrikin ketika dibaling batu sehingga cedera dalam peristiwa di Thaif?

a)

Nabi Muhammad tetap cekal dan sabar

b)

Nabi Muhammad tidak membalas perbuatan mereka dengan kekerasan

c)

Nabi Muhammad meminta malaikat menghempap mereka dengan gunung

d)

Nabi Muhammad tidak berputus asa dalam berdakwah

7.

Berikut merupakan kepentingan Nabi Muhammad S.A.W bersifat tabligh kecuali

a)

Penyembahan berhala semakin banyak ditinggalkan

b)

Akhlak mulia diamalkan dalam kehidupan

c)

Ajaran Islam tersebar luas

d)

Ajaran islam tidak tersebar luas

8.

Kamu menasihati Haikal yang sedang menconteng dinding sekolah. Kamu telah dimarahi oleh Haikal dengan kata-kata kesat. Apakah tindakan kamu?

a)

Memarahi kembali Haikal dengan kata-kata kesat

b)

Sabar dan terus menasihati Haikal

c)

Melaporkan perkara tersebut pada guru disiplin

d)

Tidak berkawan dengan Haikal selepas kejadian tersebut

9.

Apakah perkara yang sepatutnya dilakukan oleh Haikal setelah dinasihati?

a)

Menerima nasihat tersebut dan tidak mengulangi perbuatan itu

b)

Mengejek kawan yang menasihati perbuatannya itu

c)

Tidak mengendahkan nasihat yang diberi kepadanya

d)

Memarahi kawan dengan kata-kata kesat.

10.

Kita perlu menyampaikan sesuatu ilmu yang baik kepada orang lain walaupun ilmu tersebut hanya sepotong ayat. Apakah kebaikan yang dapat kita perolehi jika menyampaikan ilmu yang baik kepada orang lain?

a)

Mendapat hinaan daripada masyarakat

b)

Mendapat pahala berpanjangan jika ilmu disebar luaskan

c)

Tidak dihormati oleh masyarakat

d)

Orang lain mendapat manfaat daripada ilmu tersebut