wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perniagaan Ting 4- Klasifikasi Perniagaan

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat di bawah berkaitan dengan Encik Hasan, pengusaha kilang keropok.

Encik Hasan adalah seorang pengusaha kilang

keropok di Besut, Terengganu. Beliau menghasilkan pelbagai jenis keropok yang diedarkan melalui para pemborong. Beliau menggaji seramai 15 orang pekerja tetap di kilangnya. Pada puratanya, hasil jualan tahunan adalah sebanyak RM750, 000.

Klasifikasikan saiz perniagaan Encik Hasan mengikut saiz dan sektor

a)

kecil

Perkilangan

b)

Kecil

pembinaan

c)

sederhana

Perkilangan

d)

besar

perkhidmatan

2.

Maklumat berikut berkaitan dengan kilang roti


Kilang Roti Fatimah menjalankan pengeluaran secara intensif buruh.Ia dikategori sebagai perniagaan saiz sederhana kerana memiliki saiz buruh yang ramai.

Kriteria diatas merujuk kepada

a)

Syer pasaran

b)

Bilangan buruh

c)

Jumlah modal

d)

Jumlah jualan tahunan

3.

Pasangan manakah yang benar mengenai perniagaan bersaiz besar yang terlibat dalam sektor perkhidmatan?

a)

Jumlah jualan tahunan: RM300,000 hingga kurang daripada 3juta

Bil pekerja tetap: 5 hingga kurang daripada 30

b)

Jumlah jualan tahunan: 2 juta ke atas

Bil pekerja tetap : 75 orang hingga 200 orang

c)

Jumlah jualan tahunan:RM3 juta hingga kurang daripada

20 juta

Bil pekerja tetap : Antara 30 hingga 75 orang

d)

Jumlah jualan tahunan :RM3 juta hingga kurang daripada 20 juta

Bil pekerja tetap :Antara 75 hingga 200 orang

4.

Gambar mewakili salah satu sektor perniagaan.


Gambar menunjukkan satu aktiviti dalam sektor perniagaan. Apakah sektor tersebut?

a)

Sektor Primer

b)

Sektor Sekunder

c)

Sektor Tertier

d)

Sektor Awam

5.

Berikut merupakan maklumat Perniagaan Kilang Batik Indah.


Jualan Tahunan : 5 Juta

Bilangan Pekerja Tetap : 70 orang


Saiz perniagaan Syarikat Batik Indah ialah

a)

Besar

b)

Sederhana

c)

Kecil

d)

Antarabangsa

6.

Sektor manakah mengeluarkan bahan mentah untuk kegunaan sektor kedua?

a)

Sektor mikro

b)

Sektor utama

7.

Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu perniagaan.


"Sebuah pusat beli-belah Sunway Velocity Mall telah dibuka di Cheras, Kuala Lumpur"


Apakah klasifikasi perniagaan bagi pusat beli-belah tersebut?

a)

sektor utama

b)

sektor kedua

c)

sektor ketiga

d)

sektor keempat

8.

Pernyataan yang manakah benar tentang sektor ketiga?

a)

Membekalkan perkhidmatan tertentu kepada pengguna

b)

Melibatkan pembinaan dan pemasangan barang

c)

Memproses bahan mentah untuk menjadikan barang separuh siap

d)

Mendapatkan sumber semula jadi untuk mengeluarkan bahan mentah

9.

. Pada awal tahun 1990an, sektor yang manakah merupakan penyumbang utama kepada eksport Malaysia?

a)

Sektor mikro

b)

Sektor utama

c)

Sektor kedua

d)

Sektor ketiga

10.

Mengapakah perniagaan bersaiz kecil dan sederhana lebih fleksibel berbanding dengan perniagaan besar?

a)

Layanan peribadi yang diberikan dapat menarik lebih ramai pelanggan

b)

Risiko perniagaan bersaiz kecil dan sederhana adalah lebih rendah

c)

Pekerja dapat membantu membuat perubahan dengan lebih cepat

d)

Proses membuat keputusan lebih mudah untuk pemilik perniagaan kecil