Font size
WorksheetsSains Tahun 6 - Pengawetan Makanan
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Apakah maksud pengawetan makanan?
Proses penyimpanan makanan sejukbeku
Pemprosesan makanan menghalang atau melambatkan pertumbuhan mikroorganisma
Proses melindungi makanan daripada rosak
Pemprosesan makanan supaya tahan lebih lama dan sedap dimakan
Cili, mangga muda dan timun adalah contoh makanan yang sesuai diawet melalui kaedah...
Pembungkusan vakum
Penyalaian
Penyejukbekuan
Penjerukan
Ketiadaan udara melalui kaedah pembungkusan vakum telah menyebabkan...
Bakteria akan mati
Bakteria tidak boleh bernafas
Bakteria tidak boleh bertumbuh dan membiak
Bakteria tidak aktif
Berapakah bacaan suhu bagi kaedah penyejukbekuan?
18oC ke bawah
18oC ke atas
0oC ke bawah
0oC ke atas
Di antara makanan berikut, manakah yang sesuai diawet melalui kaedah penyalaian?
Epal dan sotong
Pisang dan ikan
Mangga dan ikan bilis
Cendawan dan tomato
Kegunaan garam dalam kaedah pemasinan adalah untuk...
Menyingkirkan kelembapan pada makanan
Menambah kemasinan pada makanan
Menambah keenakan rasa makanan
Menambah kesegaran makanan
Di antara yang berikut manakah BUKAN kepentingan pengawetan?
Boleh mengatasi masalah bekalan makanan semasa kecemasan
Makanan yang dihasilkan oleh sesebuah negara dapat dinikmati di negara lain
Makanan mudah diangkut dan disimpan
Makanan lebih berkualiti dan lebih mahal
Berikut adalah ciri-ciri makanan yang rosak, kecuali...
berkulat
berubah warna
rasanya sedap
berubah tekstur
Bakteria dan fungi mudah tumbuh di atas makanan yang ............... dan terdedah pada udara.
lembap
lembut
keras
kering
Apakah cara pengawetan yang sesuai bagi buah ini ?
Penyejukbekuan
Pelilinan
Pemasinan
Pengeringan
Apakah cara pengawetan makanan yang ditunjukkan dalam gambar ?
Pengetinan dan pembotolan
Pendinginan
Pemasinan
Pendidihan
Bagaimanakah cara untuk mengelakkan makanan di dalam gambar ini rosak?
Penjerukan
Pempasteuran
pendinginan
Penyejukbekuan
Apakah faktor utama menyebabkan mikroorganisma mampu membiak dan merosakkan makanan?
Udara dan kanji
Udara dan Cahaya matahari
Air dan Cahaya matahari
Air dan Udara
Berapa suhu yang diperlukan semasa proses pendidihan?
70˚C
90˚C
100˚C
120˚C
Apakah bahan-bahan asas yang perlu disediakan semasa proses penjerukan?
Garam, larutan gula dan cuka.
Garam dan gula sahaja.
Garam dan cuka sahaja.
Cuka sahaja.
Antara berikut, manakah yang BENAR tentang pengawetan makanan?
proses yang mempercepatkan proses hidup mikroorganisma
proses untuk melambatkan poses hidup mikroorganisma
makanan akan menjadi tahan lebih lama
makanan akan cepat rosak
Apakah kaedah pengawetan yang sesuai bagi makanan jenis ini?
pempasteuran
pendidihan
pelilinan
pembungkusan vakum
Telur haiwan ini paling sesuai diawert dengan cara________________.
pendinginan
pembungkusan vakum
pemasinan
pempasteuran
Mengapakah kaedah pendinginan dapat membuatkan makanan tahan lebih lama?
suhu yang tinggi dapat membunuh kebanyakan mikroorganisma
suhu yang rendah menyebabkan mikroorganisma tidak dapat aktif dan lambat bertumbuh
keadaan brasid tidak sesuai bagi pertumbuhan mikroorganisma
ketiadaan udara menyebabkan mikroorganisma mati
Kaedah pengawetan ini memerlukan makanan dipanaskan sehingga suhu tertentu dan disejukkan dengan segera.
Pendidihan
Pendinginan
Pembotolan dan pengetinan
Pempasteuran
Antara syarat pertumbuhan bakteria berikut, yang manakah telah disingkirkan apabila daging ayam diawet melalui penyejukbekuan?
Udara
Air
Nutrien
Suhu yang sesuai
Satu lapisan pelindung disapu pada permukaan buah dan sayur. Lapisan ini mencegah kehilangan air dan menjadikan buah dan sayur kelihatan lebih menarik. Ia juga menghalang pertumbuhan kulat.
Apakah kaedah pengawetan ini?
Pengeringan
Pengasinan
Pelilinan
Penjerukan
Rajah 3 menunjukkan makanan dalam tin yang kemek. Mengapakah kita harus mengelak daripada membeli makanan dalam tin yang kemek?
Makanan di dalam tin yang kemek mungkin sudah kehilangan nilai nutrisinya
Makanan di dalam tin ini mungkin sudah dicemari bakteria
Tin yang kemek tidak boleh dikitar semula
Tin yang kemek tidak boleh diguna semula
Puan Jasmin terlupa untuk menyimpan makanan laut yang segar di dalam penyejuk beku. Apakah yang akan berlaku seminggu kemudian?
Makanan laut menjadi keras
Makanan laut menjadi kering
Jisim makanan laut berkurang
Makanan laut itu mengeluarkan bau yang busuk
Antara berikut, yang manakah bukan sumbangan teknologi pengawetan makanan kepada ekonomi negara?
Meningkatkan peluang pekerjaan
Meningkatkan industri pemakanan
Mengurangkan bilangan pelancong
Meningkatkan pendapatan negara melalui pengeksportan makanan
Apakah kebaikan kaedah pengetinan?
makanan kekal segar
makanan lebih lazat
makanan tahan lebih lama
nutrien dalam makanan dikekalkan
Antara proses-proses pengawetan yang berikut, yang manakah membolehkan bahan makanan disimpan paling lama?
pengeringan
penyejukbekuan
pengetinan
pemasinan
Yang manakah benar tentang kepentingan teknologi pengawetan makanan?
Pelbagai makanan dan pelbagai rasa
Makanan mudah disimpan dan diangkut untuk pasaran
Makanan mudah dimasak
Makanan yang ditinkan boleh menjadi bekalan ketika kecemasan
Apakah kelebihan kaedah pempasteuran?
Dapat membunuh bakteria
Sesuai untuk sayuran
Tidak merosakkan rasa makanan
Memberikan jangka hayat makanan tahan selama 2 tahun
Selepas minum segelas susu, Syazana berasa sakit perut dan muntah. Keadaan ini disebut...
A. Keracunan makanan
B. Gastrik
C. Alergi makanan
3 sebab mengapa makanan yang diawet penting bagi angkasawan dan pengembara:
Memastikan bekalan makanan yang bersih & selamat.
Boleh disimpan dalam tempoh yang lama.
Bekalan sumber makanan segar sangat terhad
Makanan sedap & berkhasiat
Pempasteuran biasanya digunakan untuk mengawet ....
air gula
air teh
air sirap
air susu
Ciri bagi makanan ini apabila rosak ialah... (pilih 2 jawapan)
berbau busuk
bertukar warna
berubah tekstur
berlendir
Makanan yang dijeruk biasanya direndam di dalam ..... (Pilih 2)
larutan gula
air paip
minyak
larutan garam
Makanan yang boleh diawet dengan kaedah pengeringan ialah..... (pilih 2)
Nyatakan ciri-ciri kerosakan makanan di atas
bertompok hitam
berlendir
berbau manis
lembik
Mengapakah makanan yang diawet dengan kaedah penjerukan tahan lebih lama?
keasidan yang rendah menyebabkan keadaan tidak sesuai untuk mikroorganisma bertumbuh dan membiak
keasidan yang tinggi menyebabkan keadaan tidak sesuai untuk mikroorganisma bertumbuh dan membiak
kepekatan gula yang tinggi menyebabkan keadaan yang sesuai untuk mikroorganisma bertumbuh dan membiak
kepekatan gula yang rendah menyebabkan keadaan yang tidak sesuai untuk mikrorganisma bertumbuh dan membiak
Mengapakah makanan di atas diawet menggunakan kaedah penyalaian tahan lebih lama?
kaedah pengasapan dalam tempoh yang lama menyebabkan pertumbuhan mikrorganisma terbantut
kaedah pengasapan dalam tempoh yang lama menyebabkan pertumbuhan mikroorganisma aktif
kaedah pengasapan menyebabkan makanan kehilangan air dan mikroorganisma menjadi aktif
kaedah pengasapan menyebabkan makanan kehilangan lembapan dan pertumbuhan mikrorganisma menjadi aktif
