NEW
Font size
WorksheetsKATA GANTI NAMA
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Walaupun Ramesh anak orang kaya, namun _________________ tidak sombong.
dia
baginda
beliau
mereka
Encik Amin sentiasa menggalakkan anak-anaknya agar menceburi bidang sukan yang digemari oleh ___________________.
dia
kita
mereka
kami
"Pada pendapat __________________ , bilakah keputusan ujian itu akan diumumkan?" tanya Faizal kepada kawan-kawannya.
kita
kalian
dia
awak
Menteri Besar Selangor melawat ke rumah anak yatim. __________________ mendermakan wang kepada anak-anak yatim itu.
Beliau
Baginda
Dia
Mereka
"Sila duduk. ___________________ akan dilayan sebentar lagi," kata kerani itu kepada pengunjung bank.
Kita
Anda
Kamu
Engkau
"Mudah-mudahan ____________________ akan berjaya dalam peperiksaan UPSR," kata ibu kepada abang.
awak
kamu
kita
anda
"____________________ datang membawa perutusan daripada kerajaan Siam," kata Hang Tuah kepada Sultan Mansur.
Patik
Saya
Beta
Kami
Sultan Kelantan akan membuat lawatan rasmi ke negara Jepun. _____________________ akan berada di sana selama seminggu.
Beta
Beliau
Dia
Baginda
"_______________________ akan mendenda kamu jika tidak menyiapkan latihan ini," kata Cikgu Santhi kepada Saeshvin.
Aku
Beta
Saya
Hamba
Keenam-enam orang pelajar itu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR. __________________ akan melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh.
Kita
Mereka
Beliau
Kami
"Mengapakah tuan puteri bermuram durja? Katakanlah kepada ______________________," kata Mak Inang Suri kepada Tuan Puteri Intan.
beta
patik
hamba
tuan hamba
"Laksamana, __________________ hendak pergi berburu. Buat persiapan dengan segera," titah Sultan Mahmud kepada Hang Tuah.
beta
patik
beliau
hamba
"Silalah datang ke rumah __________________ pada petang ini," kata Rakshan kepada Palanivell.
kita
kami
saya
awak
"Datuk berpesan supaya _____________________ rajin belajar agar berjaya dalam peperiksaan," kata Arulvelan kepada Vetri,
dia
kita
kami
mereka
________________________ menasihati adiknya supaya tidak bergaul dengan budak-budak nakal itu.
Dia
Patik
Engkau
Ku
"Sebagai murid, _____________________ mesti menghormati guru," kata Saarvin kepada kawan-kawannya.
kami
engkau
kita
kalian
"Nama __________________ Kasturi. Siapakah nama tuan hamba?" tanya pengembara itu.
patik
beta
hamba
kita
"______________________ tidak bersalah tuanku," kata Hang Jebat.
Patik
Beta
Saya
Aku
Putera raja itu bersemayam di istana itu bersama-sama dengan permaisuri ____________________.
beta
beliau
hamba
baginda
"Eh, Tamil Malar dan Neshakar pun ada di sini! Bilakah __________________ sampai?" tanya Thanussha.
awak
engkau
kalian
kita
