Font size
WorksheetsISTIHSAN
Total questions: 16
Worksheet time: 8mins
Apakah maksud Istihsan dari segi istilah ?
TERDAPAT 1 JAWAPAN YANG TERBAIK.
Berpindah dari suatu hukum yang sudah diberikan kepada hukum lain yang sebanding dengannya ekoran ada suatu sebab yang dinilai lebih sesuai.
Membuat sesuatu hukum yang baik dan berfaedah untuk kepentingan masyarakat yang tidak ada sebarang nas khusus untuk dijadikan dasar sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak boleh dilaksanakan.
Mencegah sesuatu perkara yang boleh membawa ke arah kerosakan dan bahaya.
Berikan 6 bahagian Istihsan.
(Nama penuh ikut sebiji dalam buku)
(Sila letak tanda dash/tolak "-" pada setiap jawapan)
TERDAPAT 6 JAWAPAN YANG TERBAIK.
(a)
Yang manakah contoh yang diberikan untuk "Istihsan berasaskan nas" ?
TERDAPAT 1 JAWAPAN YANG TERBAIK.
Jual Salam atau tempahan
Mewakafkan harta mudah dipindahkan
Puasa tidak batal apabila makan secara terlupa
Membersihkan perigi bernajis
Yang manakah contoh yang diberikan untuk "Istihsan berasaskan ijmak" ?
TERDAPAT 1 JAWAPAN YANG TERBAIK.
Membersihkan perigi bernajis
Pemberian zakat kepada Bani Hasyim
Burung menyambar seperti helang, daingnya dikira najis
Jual Salam atau tempahan
Yang manakah contoh yang diberikan untuk "Istihsan berasaskan 'urf " ?
TERDAPAT 1 JAWAPAN YANG TERBAIK.
Mewakafkan harta mudah dipindahkan
Pemberian zakat kepada Bani Hasyim
Jual Salam atau tempahan
Membersihkan perigi bernajis
Yang manakah contoh yang diberikan untuk "Istihsan berasaskan darurah " ?
TERDAPAT 1 JAWAPAN YANG TERBAIK.
Burung menyambar seperti helang, daingnya dikira najis
Mewakafkan harta mudah dipindahkan
Membersihkan perigi bernajis
Puasa tidak batal apabila makan secara terlupa
Yang manakah contoh yang diberikan untuk "Istihsan berasaskan maslahah" ?
TERDAPAT 1 JAWAPAN YANG TERBAIK.
Membersihkan perigi bernajis
Burung menyambar seperti helang, daingnya dikira najis
Mewakafkan harta mudah dipindahkan
Pemberian zakat kepada Bani Hasyim
Yang manakah contoh yang diberikan untuk "Istihsan berasaskan qiyas tidak nyata" ?
TERDAPAT 1 JAWAPAN YANG TERBAIK.
Burung menyambar seperti helang, daingnya dikira najis
Jual Salam atau tempahan
Membersihkan perigi bernajis
Mewakafkan harta mudah dipindahkan
Istihsan yang manakah meletakkan pengecualian Juz'i daripada Asal Kulli atau berpindah daripada hukum Kulli (umum) kepada Istisna'i (pengecualian)
TERDAPAT 1 JAWAPAN YANG TERBAIK.
Istihsan berasaskan ijmak
Istihsan berasaskan 'urf
Istihsan berasaskan darurah
Istihsan berasaskan qiyas tidak nyata
Bahagian Istihsan yang manakah menjaga kepentingan atau kemaslahatan muamalat dalam masyarakat
TERDAPAT 1 JAWAPAN YANG TERBAIK.
Istihsan berasaskan ijmak
Istihsan berasaskan maslahah
Istihsan berasaskan qiyas tak nyata
Istihsan berasaskan 'urf
Bahagian Istihsan yang manakah berlaku pada masalah yang menjadi amalan dan kebiasaan masyarakat dan ia bertentangan dengan kaedah umum.
TERDAPAT 1 JAWAPAN YANG TERBAIK.
Istihsan berasaskan nas
Istihsan berasaskan maslahah
Istihsan berasaskan darurah
Istihsan berasaskan 'urf
Bahagian Istihsan yang manakah terhasil setelah semua ulama mujtahid berfatwa tentang sesuatu masalah berlawanan dengan kaedah umum mengenai masalah yang serupa dengannya
TERDAPAT 1 JAWAPAN YANG TERBAIK.
Istihsan berasaskan ijmak
Istihsan berasaskan nas
Istihsan berasaskan qiyas tak nyata
Istihsan berasaskan 'urf
Terbentuk sumber disepakati atau sumber sampingan yang dikenali dengan dalil ....
TERDAPAT 1 JAWAPAN YANG TERBAIK.
Qat'i
Zanni
Zahir
Zinnah
Apakah perbezaan antara Qiyas dan Istihsan ?
TERDAPAT 2 JAWAPAN YANG TERBAIK.
Qiyas = dua peristiwa atau kejadian
Istihsan = satu peristiwa atau kejadian
Istihsan = dua peristiwa atau kejadian
Qiyas = satu peristiwa atau kejadian
Pada Qiyas yang dicari seorang mujtahid ialah.....
Manakala Istihsan yang dicari ialah.....
TERDAPAT 2 JAWAPAN YANG TERBAIK.
Persamaan 'illah dari dua peristiwa atau kejadian
Dalil mana yang lebih kuat atau paling tepat digunakan untuk menetapkan hukum dari dua peristiwa
Persamaan 'illah dari satu peristiwa atau kejadian
Dalil mana yang lebih kuat atau paling tepat digunakan untuk menetapkan hukum dari satu peristiwa
Perselisihan di antara ulama dan imam mazhab mengenai kehujahan Istihsan merupakan perselisihan dari sudut ....
TERDAPAT 1 JAWAPAN YANG TERBAIK.
Makna
Lafaz
