wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SEJARAH BAB 5 KESULTANAN MELAYU MELAKA ( CIKGU ROS )

Total questions: 15

Worksheet time: 1hrs 15mins

Name
Class
Date
1.

1. Bilakah bermulanya pengasasan Kesultanan Melayu Melaka ?

a)

Awal abad ke – 15

b)

Akhir abad ke – 13

c)

Awal abad ke- 14

d)

Awal abad ke-13

2.

2. Apakah yang menghalang tiupan angin Monsun Barat Daya terhadap pelabuhan Melaka ?

a)

Pulau Sumatera

b)

Gunung Ledang

c)

Banjaran Titiwangsa

d)

Pulau Jawa

3.

3. Rajah berikut berkaitan dengan Lokasi petempatan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka?


LOKASI X ----- Pusat Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka


Apakah Lokasi X?

a)

Muara Sungai Linggi

b)

Muara Sungai Bertam

c)

Muara Sungai Merbok

d)

Muara Sungai Kesang

4.

4. Pemerintah Melaka berasal daripada zuriat keturunan anak Raja Palembang. Bukti tersebut bersumberkan kepada______________

a)

Sulalatus Salatin

b)

Hikayat Hang Tuah

c)

Hikayat Raja-Raja Pasai

d)

Salasilah raja- raja Melayu

5.

5. Berdasarkan pernyataan berikut:


Pembesar X berperanan menjadi ketua Duta dan

menjadi ketua Utusan semasa zaman

Kesultanan Melayu Melaka.


Pembesar X ialah………………….

a)

Bendahara

b)

Laksamana

c)

Temenggung

d)

Penghulu Bendahari

6.

6. Apakah antara kandungan Hukum kanun Melaka?

a)

Peranan Nakhoda

b)

Undang – Undang Syariah

c)

Perlantikan Syahbandar

d)

Peraturan laut

7.

7. Apakah peranan temenggung terhadap Kesultanan Melayu Melaka.

I. Pegawai Protokol

II. Ketua urus setia istana

III. Ketua syahbandar

IV. Penguasa bandar dan Kota Melaka

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

8. Pernyataan berikut berkaitan dengan sistem perundangan yang digunakan oleh kesultanan Melayu Melaka.


HUKUM

KANUN MELAKA


Perundangan tersebut telah ditulis semasa

pemerintahan……………………………

a)

Sultan Alauddin Riayat Shah

b)

Sultan Muzaffar Shah

c)

Sultan Iskandar Syah

d)

Sultan Mansur Shah

9.

9. Apakah bentuk perkhidmatan yang disediakan oleh golongan berikut terhadap kesultanan Melayu Melaka.


Golongan Kiwi

a)

Menjamin keselamatan

b)

Menguatkuasakan sistem perundangan

c)

Membekalkan minuman dan makanan

d)

Menyewakan tempat letak barang

10.

10. Berapakah bilangan fasal yang terdapat didalam undang-undang laut Melaka.

a)

25 fasal

b)

30 fasal

c)

44 fasal

d)

45 fasal

11.

11. Berapakah bilangan bahasa yang dipertuturkan di pelabuhan Melaka?

a)

78 bahasa

b)

80 bahasa

c)

82 bahasa

d)

84 bahasa

12.

12. Berapakah kadar cukai yang dibayar oleh pedagang berikut kepada pelabuhan Melaka?


CEYLON

a)

3%

b)

4%

c)

5%

d)

6%

13.

13. Jadual di bawa berkaitan dengan suatu peristiwa yang berlaku di Melaka


Tarikh:11 September 1509

Peristiwa: X


Apakah X?

a)

Permulaan penyerangan Portugis

b)

Kedatangan Lopez de Sequeira

c)

Kegagalan rundingan dengan Portugis

d)

Perpindahan kesultanan Melaka ke Johor

14.

1. Antara berikut, yang manaka merupakan faktor kemerosotan Kesultanan Melayu Melaka?

I. Penaklukan China

II. Serangan Siam

III. Kelemahan Sultan Mahmud Shah

IV. Persaingan kuasa pembesar Melaka

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

1. Antara yang berikut, manakah tindak balas Melaka terhadap serangan tentera Portugis?

a)

Menggunakan tentera darat

b)

Menggunakan tentera berkuda

c)

Menggunakan tentera bergajah

d)

Menggunakan armada perang yang besar