WorksheetsKESALAHAN BAHASA TINGKATAN 2
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Name
Class
Date
1.
Ali memberitahu guru sekolahnya yang dia tidak dapat menghadiri latihan sukan pada petang ini.
a)
yang
b)
bahawa
c)
iaitu
d)
ialah
2.
Encik Salim telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian bersempena dengan sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah.
a)
dianugerahi
b)
dianugerah
c)
di anugerahkan
d)
dianugerahkan
3.
Berkat sokongan dan dorongan ______________ ibu bapanya, Aina telah berjaya dalam bidang perniagaannya.
a)
ke dua
b)
kedua-dua
c)
kedua
d)
ke 2
4.
_________________ yang berbangkit akan dibincangkan kemudian.
a)
Lain-lain hal
b)
Hal lain-lain
c)
Hal lain
d)
Hal-hal lain
5.
Fazura menangis teresak-esak ____________ diberitahu tentang berita yang sedih itu
a)
apabila
b)
sebelum
c)
bila
d)
kerana
6.
Semua rakyat harus memiliki semangat cinta dengan tanah air.
a)
akan
b)
kepada
c)
untuk
d)
dengan
7.
Beberapa orang pengkaji sejarah turut membentang kertas kerja-kerja tentang sejarah Melayu di nusantara.
a)
kerja-kerja
b)
kerja
c)
membentangkan
d)
bentangkan
8.
Kami begitu leka menikmati pemandangan di Pulau Pangkor yang terlalu indah sekali.
a)
indah
b)
terlalu indah
c)
terlalu indah sekali
d)
sekali indah
9.
Semua pelajar-pelajar dikehendaki berada di dataran pada jam 3.30 petang ini.
a)
Semua pelajar-pelajar
b)
pelajar-pelajar
c)
Semua
d)
pelajar
10.
Sebahagian besar dari kumpulan remaja Malaysia kurang gemar membaca buku ilmiah.
a)
daripada
b)
dari
c)
oleh
d)
yang
100 %
