WorksheetsPenjodoh Bilangan Tahun 3
Total questions: 25
Worksheet time: 19mins
Kakak menjahit se__________baju kurung untuk adik.
helai
keping
pasang
belah
Pak Samad menanam beberapa _______serai di kebunnya.
rumpun
pokok
batang
kuntum
Puan Halimah meletakkan dua__________di atas meja di ruang tamu rumahnya.
kuntum
batang
jambak
rumpun
Ibu membeli ................................ cincin emas.
sebuah
sebentuk
seketul
Bapa Amira membeli ................... durian di gerai buah-buahan.
sebiji
seulas
setongkol
Saya memerhati ...................... cendawan berwarna merah.
sekaki
sebiji
sekuntum
Aisyah meletakkan .................. payung di tepi almari.
sepotong
segulung
sekaki
Ayah membeli ............................... coklat untuk kami.
sebungkus
sekotak
seikat
Cikgu memakai .............................. cermin mata yang cantik.
sebuah
sepasang
sebentuk
Encik Fauzi memberikan ..............................kamera digital kepada anaknya.
sebiji
sebentuk
sebuah
Bapa membeli ____________kereta yang baharu.
sebiji
sebuah
sebutir
sehelai
Sani makan beberapa _______durian yang diambil dari kebun datuknya.
ketul
biji
buah
ulas
Imah menerima se______ surat daripada rakannya yang sedang menuntut di sebuah universiti di luar negara.
helai
pucuk
cucuk
belah
__________ bunga kenanga terselit pada sanggul Sofia.
sejambak
sekuntum
sejambangan
sebatang
Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu, kata Mak Cik Salmah kepada Jamilah.
cubit
cuit
colet
genggam
