wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PEND SIVIK & KEWARGANEGARAAN

Total questions: 15

Worksheet time: 1hrs 15mins

Name
Class
Date
1.

Bimbingan orang mahir dalam sesuatu bidang seperti bidang muzik dan sukan merupakan contoh pendidikan

a)

secara formal

b)

secara tidak formal

c)

jarak jauh

d)

berterusan

2.

Pendidikan sepanjang hayat amat penting dalam pembinaan

a)

kesejahteraan negara

b)

pembangunan negara

c)

modal insan yang berkualiti

d)

jati diri

3.

Kemahiran ini perlu dikuasai agar kita dapat memahami dan mengingati pelajaran dengan lebih efektif

a)

kemahiran membaca

b)

kemahiran berfikir

c)

kemahiran ICT

d)

kemahiran pengurusan masa

4.

Pendidikan sepanjang hayat mampu melahirkan masyarakat yang

I Maju

II Berdisiplin

III Berdaya saing

IV Empati

a)

I, II dan III

b)

I, III dan IV

c)

II, III dan IV

d)

Semua di atas

5.

Kepentingan pendidikan sepanjang hayat ialah________

I Tuntutan daya saing global

II Membantu pembinaan modal insan negara yang berkualiti

III Mewujudkan peluang pekerjaan

IV Menawarkan perkhidmatan percuma

a)

I, II dan III

b)

I, III dan IV

c)

II, III dan IV

d)

semua di atas

6.

Apakah yang dimaksudkan dengan masyarakat?

a)

Kumpulan yang dapat bertindak dengan sendiri

b)

Sekumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat

c)

Golongan yang mampu mentafsir nilai

d)

Norma masyarakat

7.

Kebolehan memahami perasaan orang lain atau berkongsi perasaan tersebut bermaksud

a)

Menghargai nyawa

b)

Empati

c)

Jati diri

d)

Cinta akan keamanan

8.

Suhaimi sering membantu orang yang memerlukan seperti menderma wang dan pakaian.Tindakan Suhaimi jelas menunjukkan bahawa beliau mempunyai sifat

a)

jati diri

b)

setia kawan

c)

empati

d)

belas kasihan

9.

Ibu bapa yang cemerlang dapat melahirkan anak-anak yang

a)

stabil

b)

cemerlang

c)

ego

d)

sensitif

10.

Apakah perkara-perkara yang harus diberi perhatian oleh ibu bapa dalam mendidik dan mengasuh anak-anak?

a)

Pilih kasih terhadap anak-anak

b)

Memahami keperluan dan kehendak anak-anak

c)

Mengongkong kebebasan anak-anak

d)

Bersikap autokratik dalam mendidik anak-anak

11.

Antara yang berikut, manakah faktor utama yang perlu diambil kira bagi menentukan pasangan hidup?


I Keperibadian

II Ekonomi

III Latar belakang keluarga

IV Kecerdasan IQ

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

12.

Antara yang berikut, manakah ciri-ciri keluarga yang sihat?

I Mengadakan aktiviti riadah bersama

II Mengamalkan pemakanan seimbang

III Menghadapi masalah secara bersendirian

IV Mempraktikkan ajaran agama dan nilai-nilai moral

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

13.

Apakah persiapan-persiapan yang harus dilakukan untuk membentuk keluarga ke arah masyarakat mapan?

I Perkahwinan mendapat restu daripada ibu bapa

II Mempunyai kewangan yang mantap

III Memiliki ilmu keibubapaan

IV Memiliki emosi yang berubah-ubah

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

14.

Antara yang berikut, manakah merupakan cara pengurusan kewangan yang cekap?

I Berhemah dalam berbelanja

II Merancang perbelanjaan dengan baik

III Berbelanja menggunakan kad kredit sepenuhnya

IV Menabung wang untuk kecemasan dan masa hadapan

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

15.

Antara yang berikut, manakah merupakan kepentingan memiliki kewangan yang stabil dalam sesebuah keluarga?

I Menimbulkan konflik keluarga

II Memenuhi keperluan asas keluarga

III Menjamin kebahagiaan keluarga

IV Mengurangkan perbalahan dalam keluarga

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV