wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA TAHUN 6

Total questions: 20

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia____________________.

a)

buta hati

b)

buta huruf

c)

buta gaji

d)

buta mata

2.

Fara Alia tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap___________________.

a)

anak buah

b)

anak emas

c)

anak tunggal

d)

anak bongsu

3.

Semasa menaiki pesawat ke Glasgow, Farish tidak henti-henti berbual kerana dia ____________.

a)

otak cair

b)

otak udang

c)

mulut murai

d)

mulut tempayan

4.

Herdiyana dan Fara Asiah ______________________ kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.

a)

bagai ayam disambar helang

b)

bagai anjing dengan kucing

c)

bagai katak di bawah tempurung

d)

bagai melepaskan batuk di tangga

5.

Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu________ kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan.

a)

bagai bulan jatuh ke riba

b)

bagai kaca jatuh di batu

c)

bagai duri dalam daging

d)

bagai ayam disambar helang

6.

Puan Zainab _____________ kerana lima ahli keluarganya telah maut dalam kemalangan itu.

a)

bagai melepas anjing tersepit

b)

bagai ayam disambar helang

c)

seperti lipas kudung

d)

bagai kaca jatuh ke batu

7.

Almukwan dianggap ________________ kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.

a)

seperti lipas kudung

b)

seperti ayam berak kapur

c)

seperti bulan penuh purnama

d)

seperti kera sumbang

8.

Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Atiqah dan adik-adiknya _______________

a)

bagai mendukung biawak hidup

b)

bagai ayam mengeram telur

c)

bagai pahat dengan penukul

d)

bagai wau putus tali

9.

Encik Safuan ________________________ setelah menerima panggilan ugutan dan pesanan ringkas daripada seorang yang tidak dikenali.

a)

bagai mencurah air ke daun keladi

b)

bagai menghitung bulu kambing

c)

bagai berumah di tepi pantai

d)

bagai anjing buruk kepala

10.

Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkok bagai

a)

bumi dengan langit

b)

pinang dibelah dua

c)

ular kena palu

d)

aur dan tebing

11.

Aiman __________________ kerana tidak tahu menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.

a)

seperti mencurah garam ke laut.

b)

seperti kera mendapat bunga

c)

seperti Belanda diberi tanah

d)

seperti hujan jatuh ke pasir

12.

Zulaika memastikan semua anaknya mendapat didikan ilmu agama yang mencukupi kerana baginya_______________.

a)

tepuk dada tanya selera

b)

segan bertanya sesat jalan

c)

harapkan pegar, pegar makan padi

d)

melentur buluh biarlah daripada rebungnya

13.

Zamir Azril tidak mengamalkan sikap ______________ ketika mencari rumah rakannya di Kuala Lipis.

a)

buang yang keruh ambil yang jernih

b)

segan bertanya sesat jalan

c)

sambil menyelam minum air

d)

bagaimana acuan begitulah kuihnya

14.

Khoirdatul Aliah tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya kerana dia yakin _________________

a)

lain di mulut lain di hati

b)

tepuk dada tanya selera

c)

indah khabar dari rupa

d)

belakang parang diasah lagikan tajam

15.

Lengkapkan peribahasa berikut.


"Seperti lembu dicucuk (a)   "

16.

Lengkapkan peribahasa yang berikut.


"Seperti tikus (a)   "

17.

Lengkapkan peribahasa berikut.


"Seperti murai (a)   "

18.

Lengkapkan peribahasa yang berikut.


"Bagai mencurah (a)   "

19.

Lengkapkan peribahasa yang berikut.


"Bagai telur (a)   "

20.

Lengkapkan peribahasa yang berikut.


"Bagai pinang (a)   "