wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ RAMADHAN TAHUN 2

Total questions: 10

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Berpuasa pada bulan Ramadhan merupakan Rukun Islam yang _________________

a)

Pertama

b)

Kedua

c)

Ketiga

d)

Keempat

2.

Berikut adalah orang yang diwajibkan berpuasa kecuali ______________

a)

Orang yang telah baligh

b)

Orang yang berakal

c)

Kanak-kanak

d)

Orang Islam

3.

Niat berpuasa pada bulan Ramadhan adalah seperti berikut :

a)

اُصَلّى فَرْضَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ اَدَاءً مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku solat fardhu subuh dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Ta'ala.

b)

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.

c)

الَّلهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيمَا رَزَقْتَنَا، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya : Ya Allah, berkatilah rezeki yang engkau berikan kepada kami, dan peliharalah kami daripada seksaan api neraka.

d)

بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوتُ وَأَحْيَا

Maksudnya : Dengan nama-Mu, Ya Allah aku mati dan aku hidup.

4.

Maksud puasa ialah _______________________

a)

Menunaikan solat secara beramai-ramai.

b)

Menunaikan ibadah-ibadah sunat seperti membaca al-quran dan solat sunat pada waktu malam.

c)

Menahan diri daripada makan, minum dan melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari disertai dengan niat.

d)

Menziarahi kota Makkah sekiranya berkemampuan

5.

Kita digalakkan memperbanyakkan ____________________ ketika di bulan Ramadhan.

a)

Bergaduh

b)

Bermain

c)

Membaca al-Quran

d)

Berbual

6.

Menipu ketika berpuasa boleh ___________________ pahala puasa.

a)

Mengurangkan

b)

Menambahkan

c)

Memanjangkan

7.

Shafiq telah berniat puasa pada bulan Ramadhan tetapi tidak bersahur, puasa Shafiq _________________

a)

Tidak sah

b)

Sah

c)

Batal

8.

Aiman minum air paip sambil mengambil wudhu tanpa dilihat oleh sesiapa pun, puasa Aiman _______________

a)

Sah

b)

Batal

c)

Makruh

9.

Aqila tidur sepanjang hari pada siang bulan Ramadhan, perbuatan Aqila itu ___________________

a)

Haram

b)

Wajib

c)

Makruh

d)

Harus

10.

Berikut adalah perkara yang membatalkan puasa KECUALI ________________

a)

Makan dan minum dalam keadaan terlupa.

b)

Muntah dengan sengaja

c)

Keluar darah haidh atau nifas

d)

Gila