NEW
Font size
WorksheetsPERIBAHASA
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Murid-murid itu kelihatan seperti ______ apabila melihat bangunan-bangunan pencakar langit di ibu negara.
aur dengan tebing
rusa masuk kampung
kacang melupakan kulit
pungguk merindukan bulan
Persahabatan antara Syafiq dan Mikael yang seperti ______ berkekalan sehingga dewasa.
isi dengan kuku
pahat dengan penukul
cincin dengan permata
api dalam sekam
Tidak mustahil budak itu akan memahami formula matematik itu jika diajar, bak kata orang ______
nasi sudah menjadi bubur
alah bisa tegal biasa
alang-alang mandi biarlah basah
belakang parang diasah lagikan tajam
Penduduk Taman Serasi bagai ______ kerana saling bekerjasama dalam sebarang urusan.
isi dengan kuku
aur dengan tebing
kumbang putus tali
anjing dengan kucing
Nasihat keluarganya ______ kerana tidak pernah dipedulikan oleh budak nakal itu.
seperti bulan dipagar bintang
seperti kacang melupakan kulit
seperti cicak makan kapur
seperti mencurahkan air ke daun keladi
Abang lebih suka membeli kasut kulit yang harganya mahal kerana baginya ______.
belakang parang diasah lagikan tajam
alah membeli menang memakai
kumbang putus tali
kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
Perangai Fatimah yang suka memasak itu sama seperti ibunya, ______.
ada gula ada semut
alah bisa tegal biasa
bagaimana acuan begitulah kuihnya
berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
Hamidah hanya membuat kerja rumah apabila disuruh oleh ibunya. Sikapnya seperti ______.
ular kena palu
pahat dengan penukul
pinang dibelah dua
kera mendapat bunga
Patutlah Mickey baik kepada Mouse kebelakangan ini, rupa-rupanya dia ______.
ada udang di balik batu
air ditetak tidak akan putus
bumi mana tidak ditimpa hujan
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
Encik Suhaimi dan isterinya menjaga anak tunggal mereka dengan penuh kasih sayang, ibarat ______.
pinang dibelah dua
bulan dipagar bintang
gergaji dua mata
menatang minyak yang penuh
