NEW
Font size
WorksheetsKATA GANDA
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Makanan yang disajikan kepada para tamu dalam majlis perkahwinan tersebut ______ belaka.
baik-baik
enak-enak
besar-besar
segar-segar
Adik menangis kerana takut akan ______ yang sedang merangkak di atas pagar rumah kami.
kelip-kelip
jentik-jentik
patung-patung
sumpah-sumpah
______ yang ditumis dalam masakan itu menimbulkan aroma yang menyelerakan.
Saki-baki
Kuih-muih
Rempah-ratus
Lauk-pauk
Keadaan di staduim menjadi ______ apabila penyanyi terkenal itu muncul di atas pentas.
porak-peranda
gegak-gempita
gembar-gembur
serbah-serbih
Majlis persandingan kakak Nora diadakan secara ______ pada malam tahun baharu.
riuh-rendah
hingar-bingar
gilang-gemilang
terang-benderang
Semua jemputan yang hendak ke majlis rumah terbuka itu perlu meneliti peta yang disediakan kerana jalannya ______.
bersimpang-siur
berlekak-lekuk
bersesat-barat
berpindah-randah
Perasaannya ______ sejak anak bongsunya disahkan menghidap penyakit kronik.
haru-biru
kelam-kabut
gundah-gulana
tunggang-langgang
Semua peserta pertandingan perahu layar peringkat antarabangsa itu ______ mengawal perahu masing-masing.
berulang-alik
bertungkus lumus
berbolak-balik
bersorak-sorai
Kanak-kanak itu menangis ______ kerana ditinggalkan ibunya.
teresak-esak
terkebil-kebil
terbahak-bahak
tergagap-gagap
Ada ______ bahawa Firdaus akan dilantik sebagai ketua pengawas yang baharu di sekolah itu.
ura-ura
mata-mata
angan-angan
undang-undang
