wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tahun 4 - Kata Kerja

Total questions: 40

Worksheet time: 1hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

Amir _________ kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.

a)

merintih

b)

mengeluh

c)

mengenang

d)

mengerang

2.

Badan Nabilah ________ kerana ketakutan.

a)

menggeliat

b)

menggeletar

c)

menggelupur

d)

menggelepar

3.

Pengemis itu __________ oleh pekerja restoran tersebut.

a)

dihalang

b)

dibuang

c)

dihalau

4.

Mak Cik Hasnah sedang ________ bawang di dapur.

a)

menumbuk

b)

mengetuk

c)

memukul

d)

memalu

5.

Ibu _________ kelapa untuk mendapatkan santannya.

a)

memicit

b)

melenyek

c)

memerah

d)

menindih

6.

Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba __________.

a)

merenggut

b)

menyambar

c)

merampas

d)

mengambil

7.

Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang akan ________ pameran lukisan.

a)

melaksanakan

b)

menjalankan

c)

mengadakan

8.

Kampung Berlian dengan Kampung Permata _________ oleh sebatang sungai.

a)

terbelah

b)

terpisah

c)

terpecah

d)

terbahagi

9.

Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan kita perlulah _________nya terlebih dahulu.

a)

merancang

b)

menimbang

c)

melaksana

d)

melihat

10.

Lily ________ buku cerita yang dipinjamnya kepada Suhaimi.

a)

memberikan

b)

menyerahkan

c)

memulangkan

d)

menghulurkan

11.

Peniaga itu ________ keuntungan dengan mengenakan harga jualan yang tinggi kepada pelanggan-pelanggannya.

a)

meraih

b)

mencapai

c)

mengaut

d)

mengais

12.

Mulut adik _________ semasa mendengar cerita yang disampaikan oleh nenek.

a)

tertutup

b)

tersengih

c)

terlopng

d)

terkoyak

13.

Fauzan _________ kedatangan Encik Azam ke rumahnya dengan ramah.

a)

menunggu

b)

menyambut

c)

mengajak

d)

menyua

14.

Banduan itu terpaksa ________ di penjara selama lima tahun akibat kesalahan mencuri.

a)

menetap

b)

menginap

c)

meringkup

d)

menumpang

15.

Syarikat Seri Wangi mampu ________ projek kerajaan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit.

a)

menganjurkan

b)

melaksanakan

c)

meningkatkan

d)

mengadakn

16.

Kaki adik _______ kerana memakai kasut yang ketat itu.

a)

melecit

b)

melekit

c)

melecur

d)

melecet

17.

Elina _________ perca-perca kain itu pada selimut yang koyak.

a)

melekatkan

b)

menampalkan

c)

mencantumkan

d)

membahagikn

18.

Sang Kancil yang cerdik itu berjaya ________ sungai yang dalam dengan tipu helahnya.

a)

melepasi

b)

melangkahi

c)

mengharungi

d)

menyeberangi

19.

Lidahnya melecur kerana ________ air yang masih panas itu.

a)

terhisap

b)

tertelan

c)

tersedut

d)

terhirup

20.

Bekalan air di kawasan kami sering _________.

a)

terkandas

b)

terganggu

c)

terpotong

d)

terhalang

21.

Rasidah ________ sebaik sahaja dia terjaga daripada tidur.

a)

mendengkur

b)

mendepang

c)

menggeliat

d)

menganga

22.

Murid-murid Tahun Empat Al-Bathoni ketawa berdekah-dekah apabila mendengar celoteh guru kelas merka yang ________ hati.

a)

menggeletek

b)

menyentuh

c)

menggores

d)

mencuit

23.

Setelah menanak nasi, ibu _________ ikan senangin untuk dimasak kari.

a)

menghiris

b)

menyiang

c)

menyisik

24.

Ismail jatuh terduduk apabila ________ kulit pisang

a)

terpijak

b)

terpegang

c)

tersentuh

25.

Anggota polis trafik akan ________ pemandu yang melanggar undang-undang jalan raya.

a)

mendenda

b)

memarahi

c)

menyaman

d)

menasihati

26.

Pak Long tidak berselera _________ nasi walaupun sesuap kerana dia demam.

a)

menjamah

b)

menyuap

c)

mencubit

d)

menelan

27.

Penunggang motosikal itu telah _________ rantai leher wanita itu.

a)

meninggung

b)

menyambar

c)

merenggut

d)

merampas

28.

Hasil eksperimen itu akan ______ dalam kumpulan masing-maisng terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada beliau.

a)

diumumkan

b)

dinyatakan

c)

dibahaskan

d)

dibincangkan

29.

Osman _______ jalanya ke dalam anak sungai itu.

a)

membalingkan

b)

melemparkan

c)

menebarkan

30.

Puan Anita ________ air mawar di pusara suaminya yang terkorban akibat kemalangan jalan raya.

a)

merenjis

b)

menyiram

c)

menyimbah

d)

menuangkan

31.

Laksamana Hang Tuah ________ perut pahlawan Majapahit itu dengan sebilah keris.

a)

menjolok

b)

mencocok

c)

mencucuk

d)

merodok

32.

Suhaila duduk ________ dengan santunnya sambil melayan tetamunya.

a)

bersila

b)

berlunjur

c)

bersimpuh

d)

bertinggung

33.

Cucu Pak Leman ________ kaki datuk mereka yang lenguh-lenguh itu.

a)

memicit-micit

b)

menekan-nekan

c)

menepuk-nepuk

d)

menggenggam-genggam

34.

Ibu bapa perlu ________ anak-anak mereka supaya berjaya dalam hidup.

a)

membimbing

b)

memandu

c)

mengajar

d)

mengawasi

35.

Puan Leona ________ kejadian kecurian di rumahnya kepada kawan-kawannya.

a)

menceritakan

b)

mengadu

c)

meracau

d)

meleter

36.

Tukang kayu itu sedang ________ mata gergaji dengan pengikir.

a)

mengikis

b)

mengikir

c)

mengasah

37.

Hati Cinderalla ________ apabila mendengar kisah sedih yang menimpa pemuda malang itu.

a)

terdiam

b)

tercalar

c)

tersayat

d)

tersentuh

38.

Kita perlu berusaha gigih sejak dari awal tahun lagi untuk ________ keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

a)

memiliki

b)

mendapati

c)

mempunyai

d)

memperoleh

39.

Pendekar Harimau ________ sebilah keris pada pinggangnya.

a)

melekat

b)

menyisip

c)

membubuh

d)

menyangkut

40.

Pokok bunga itu telah _________ oleh Aqilah.

a)

disimbah

b)

disiram

c)

direnjis

d)

dibilas