wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bab 3 (Bahagian II)

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah dua prinsip utama Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson? (Buku teks m/s 56)

I. Penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri

II. Sempadan negara berasaskan negara bangsa

III. Mengehadkan saiz angkatan tentera

IV. Keamanan dan kerjasama antarabangsa

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Apakah dua prinsip utama Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson? (Buku teks m/s 56)

I. Penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri

II. Sempadan negara berasaskan negara bangsa

III. Mengehadkan saiz angkatan tentera

IV. Keamanan dan kerjasama antarabangsa

a)

II dan III

b)

III dan IV

c)

I dan II

d)

I dan IV

3.

Mengapakah Kesatuan Melayu Muda (KMM) bekerjasama dengan Jepun? (Buku teks m/s 80)

a)

Supaya Tanah Melayu akan terus berada di bawah pemerintahan Jepun

b)

Supaya Tanah Melayu Melayu mendapat kemerdekaan

c)

Supaya ekonomi Tanah Melayu semakin maju

d)

Supaya dapat menyatukan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak

4.

Apakah strategi yang digunakan oleh tentera Jepun untuk menawan Tanah Melayu? (Buku teks m/s 68)

a)

Serang hendap

b)

Perang gerila

c)

Sekatan ekonomi

d)

Serangan kilat

5.

Perkembangan Revolusi Industri di Eropah menyebabkan berlaku persaingan dalam kalangan kuasa imperialis. Apakah bentuk persaingan yang wujud? (Buku teks m/s 54)

I. Untuk menambah kekuatan ketenteraan

II. Untuk mendapatkan tanah jajahan

III. Untuk memperoleh bahan mentah

IV. Untuk menghasilkan senjata moden

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

6.

Apakah nama novel yang menceritakan kekejaman tentera Jepun terhadap masyarakat awam? (Buku teks m/s 73)

a)

Nyawa di-hujong Pedang

b)

Putera Gunung Tahan

c)

Anak Mat Lela Gila

d)

Melor Kuala Lumpur

7.

Bagaimanakah Bintang Tiga mentadbir Tanah Melayu? (Buku teks m/s 84)

I. Memperkuatkuasa undang-undang sendiri

II. Menubuhkan mahkamah yang dikendalikan oleh Komunis

III. Bekerjasama dengan British

IV. Memberi layanan yang baik terhadap orang Melayu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Apakah fungsi Giyu Tai? (Buku teks m/s 80)

a)

Pasukan tentera sukarela untuk membantu Jepun mempertahankan Tanah Melayu

b)

Pasukan tentera yang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu

c)

Menentang pendaratan tentera Jepun di Kelantan

d)

Membantu pertahanan persisiran pantai dan menjaga ketenteraman awam

9.

Apakah kesan serangan Blitzkrieg oleh Jerman? (Buku teks m/s 60)

a)

Negara-negara di Eropah Barat dikuasai oleh Jerman

b)

Jerman melancarkan Operasi Barbosa

c)

Jerman keluar daripada Liga Bangsa-Bangsa

d)

Rusia diserang oleh Jerman

10.

Siapakah tokoh dalam gambar di atas? (Buku teks m/s 57)

a)

Franklin Roosevelt, Presiden Amerika Syarikat

b)

Mustafa Kemal Ataturk, Presiden Republik Turki

c)

Joseph Stalin, Presiden Kerajaan Komunis Rusia

d)

Winston Churchill, Perdana Menteri Britain

11.

Ilustrasi menggambarkan Liga Bangsa-Bangsa gagal melaksanakan Perjanjian Perlucutan Senjata 1934. Apakah faktor yang membawa kepada kegagalan tersebut? (Buku teks m/s 59)

a)

Jepun menakluki Manchuria

b)

Itali menyerang Habsyah

c)

Parti Fasis berjaya menguasai kerajaan Itali

d)

Jerman memperbesar angkatan tenteranya

12.

Apakah fungsi Gerakan Fi-Sabilillah yang ditubuhkan oleh orang Melayu? (Buku teks m/s 84)

a)

Mempertahankan maruah orang Melayu

b)

Bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun

c)

Menginginkan kemerdekaan Tanah Melayu bersama Indonesia

d)

Menyelesaikan pergaduhan kaum

13.

Semasa pendudukan Jepun, sekolah dimulakan dengan perhimpunan pagi menghadap negara Jepun dan menyanyikan lagu kebangsaan Jepun. Apakah nama lagu kebangsaan Jepun? (Buku teks m/s 72)

a)

Kimigayo

b)

Nippon Go

c)

Hakko Ichiu

d)

Nippon Seishin

14.

Amerika Syarikat melancarkan pengeboman terhadap Jepun sebanyak dua kali iaitu pada 6 Ogos 1945 di Hiroshima dan 8 Ogos 1945 di Nagasaki. Mengapakah Amerika Syarikat melancarkan pengeboman tersebut? (Buku teks m/s 82)

a)

Menambah kekuatan kuasa paksi

b)

Menamatkan Perang Dunia Kedua

c)

Kemerosotan ekonomi Amerika Syarikat

d)

Menguji kekuatan senjata

15.

Tokoh dalam gambar di atas menubuhkan pasukan Tentera Selempang Merah untuk menentang Bintang Tiga di Johor. Siapakah nama tokoh tersebut? (Buku teks m/s 84)

a)

Kiai Salleh

b)

Dato Onn Jaafar

c)

Abdul Razak bin Abdul Hamid

d)

Tengku Noordin

16.

Penguasaan Bintang Tiga di Tanah Melayu adalah untuk jangka masa yang singkat iaitu selama (Buku teks m/s 84)

a)

10 hari

b)

12 hari

c)

16 hari

d)

14 hari

17.

Hukuman penjara dikenakan terhadap sesiapa yang mencetak dan mengedarkan tulisan berkaitan agama dan politik Islam tanpa keizinan sultan. Bagaimanakah British memastikan hukuman ini dilaksanakan? (Buku teks m/s 52)

a)

Menubuhkan Biro Siasatan Politik (Political Intelligence Bureau)

b)

Menubuhkan Jabatan Siasatan Jenayah (Criminal Intelligence Department)

c)

Memperkenalkan Publishing and Book Enactment 1915

d)

Memperkenalkan Enakmen Undang-Undang Islam 1904

18.

Fasisme dan Nazisme merupakan dua gerakan politik radikal yang wujud masing-masing di Itali dan Jerman. Siapakah pemimpin kedua-dua gerakan tersebut? (Buku teks m/s 58)

a)

Fasisme; Benito Mussolini dan Nazisme; Adolf Hitler

b)

Fasisme; Adolf Hitler dan Nazisme; Benito Mussolini

c)

Fasisme; Joseph Stalin dan Nazisme; Franklin Roosevelt

d)

Fasisme; Franklin Roosevelt dan Nazisme Joseph Stalin

19.

Anggota tentera ini mendapat latihan di India dan Sri Lanka dan kemudiannya dihantar ke Tanah Melayu melalui kapal selam atau diturunkan melalui payung terjun dari kapal terbang. Apakah nama pertubuhan anggota tentera yang dimaksudkan ini? (Buku teks m/s 76)

a)

Force 136

b)

Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu

c)

Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA)

d)

Parti Komunis Malaya (PKM)

20.

Jepun menggunakan propaganda seperti slogan untuk menanamkan semangat antipenjajah Barat dalam kalangan negara Asia. Antaranya ialah (Buku teks m/s 68)

I. Dua orang dan satu perjuangan

II. Operasi Barbarossa

III. Semangat Asia

IV. Asia untuk Orang Asia

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV