NEW
Font size
WorksheetsSEJARAH KSSM TINGKATAN 4 BAB 10
Total questions: 24
Worksheet time: 24mins
Bilakah tarikh kemerdekaan negara? (Buku teks m/s 234)
30 Ogos 1957
31 Ogos 1957
16 September 1963
16 September 1960
"Bebas daripada penjajahan, kurungan atau naungan"
Takrif kemerdekaan tersebut adalah mengikut
(Buku teks m/s 234)
Kamus Oxford
Buku Teks Sejarah Tingkatan 4
Kamus Dewan
Akhbar Utusan Melayu
"Setiap negara berhak menguruskan sendiri negaranya, walaupun sukar supaya setiap komuniti hidup dalam harmoni"
Siapakah yang menyatakan maksud kemerdekaan seperti di atas?
(Buku teks m/s 234)
Nelson Mandela
Sayyid Jamal al-Din al-Afghani
Rashid Rida
Mahatma Gandhi
"Kemerdekaan bererti bebas selama-lamanya"
Definisi kemerdekaan ini dinyatakan oleh
(Buku teks m/s 235)
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Soekarno
Tun Fuad Stephens
Tunku Abdul Rahman
"Merdeka juga bermaksud menghayati semangat jiwa merdeka dengan menyayangi negara sepenuh hati dan sanggup berkorban untuk negara ini dengan apa-apa cara sekalipun"
Maksud kemerdekaan di atas adalah menurut (Buku teks m/s 235)
Tunku Abdul Rahman
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tun Temenggong Jugah anak Barieng
Tun Fuad Stephens
Jawatankuasa Pemilihan Lagu Kebangsaan dibentuk untuk mencipta lagu kebangsaan. Apakah nama lagu kebangsaan negara kita?
(Buku teks m/s 236)
Terang Bulan
Inilah Barisan Kita
Negaraku
Demi Negara
Lagu kebangsaan negara berasal daripada lagu
(Buku teks m/s 236)
Terang Bulan
Negaraku
Tanggal 31
Jalur Gemilang
Siapakah yang mencipta reka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu? (Buku teks m/s 236)
Tunku Abdul Rahman
Yaacob Abdul Latiff
Mohamed Hamzah
S. E. Jewkes
Bunga apakah yang dipilih oleh Tunku Abdul Rahman sebagai bunga kebangsaan?
(Buku teks m/s 236)
Bunga raya
Bunga teratai
Bunga mawar
Bunga orkid
Gambar di atas menunjukkan bendera British diturunkan sebagai tanda berakhirnya pentadbiran British. Apakah nama bendera British?
(Buku teks m/s 238)
Malayan Union
God Save The Queen
Union Jack
Great Britain
"Bapa Kemerdekaan Tanah Air" adalah gelaran yang diberi kepada
(Buku teks m/s 239)
Sardon Jubir
Tuan Haji Masood Hayati
Tunku Abdul Rahman
Dato Abdul Razak Hussein
Gambar di atas menunjukkan upacara sambutan kemerdekaan pada pagi 31 Ogos 1957. Di manakah sambutan tersebut berlangsung?
(Buku teks m/s 240)
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
Putrajaya
Padang Banda Hilir, Melaka
Padang Kelab Selangor
Negara kita mengamalkan konsep Raja Berperlembagaan setelah merdeka iaitu _______________________ menjadi ketua utama negara.
(Buku teks m/s 242)
Yang di-Pertuan Besar
Yang di-Pertuan Agong
Sultan
Gabenor
Bagaimanakah rakyat memilih kerajaan dan pemerintah di bawah sistem demokrasi berparlimen?
(Buku teks m/s 242)
bermusyawarah
perbincangan
pilihan raya
perhimpunan
Siapakah yang dilantik sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama?
(Buku teks m/s 242)
Dato Abdul Razak Hussein
Sardon Jubir
Tahir Abdul Majid
Tunku Abdul Rahman
Mengapakah Anglo Malayan Defence Agreement (AMDA) termeterai?
(Buku teks m/s 243)
Bantuan pendidikan
Bantuan pertahanan
Bantuan ekonomi
Bantuan kewangan
Di bawah PBB, negara kita terlibat dalam misi pasukan pengaman di
(Buku teks m/s 243)
Croatia
Canada
Congo
Chile
Siapakah yang menganggotai pertubuhan Komanwel?
(Buku teks m/s 243)
Negara-negara Asia yang pernah dijajah
Negara-negara yang pernah diserang Jepun
Negara-negara bekas jajahan British
Negara-negara yang mempunyai hubungan baik dengan British
"Kerajaan mempelbagaikan keluaran pertanian supaya tidak hanya bergantung pada pengeluaran getah"
Pernyataan di atas merujuk kepada
(Buku teks m/s 244)
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Rancangan Buku Merah
Rancangan Malaya Pertama 1956-1960
"Buku ini mengandungi projek berkaitan dengan kemudahan asas seperti jalan kampung, jambatan, surau, bekalan air dan bekalan elektrik"
Pernyataan di atas merujuk kepada
(Buku teks m/s 244)
Rancangan Buku Hijau
Rancangan Buku Merah
Rancangan Buku Putih
Rancanan Buku Kuning
Penyata Rahman Talib memberi penenkanan kepada bahasa _________________ sebagai bahasa pengantar di sekolah.
(Buku teks m/s 245)
Inggeris
Melayu
Melayu dan Inggeris
Melayu dan Mandarin
Fasal 1 Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menetapkan bahawa
(Buku teks m/s 245)
Agama Islam sebagai agama persekutuan
Hak istimewa orang Melayu terjamin
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu dilonggarkan
Apakah fungsi Jabatan Penerangan?
(Buku teks m/s 245)
Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Mengkaji semula sistem pendidikan negara
Menyampaikan maklumat peristiwa di dalam dan luar negara
Membangunkan infrastruktur di luar bandar
Antara berikut, yang manakah lambang negara selain lagu kebangsaan dan bendera kebangsaan?
(Buku teks m/s 247)
I. Jata Negara
II. Menara Berkembar Petronas
III. Kereta Api Tanah Melayu
IV. bunga kebangsaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
