WorksheetsBijak Bahasa
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Siti disayangi oleh ibu dan bapanya kerana dia anak yang patuh.
Perkataan seerti bagi patuh ialah...
sopan
baik
rajin
taat
Adila berasa gerun kerana sampan yang dinaikinya bergoyang-goyang.
Perkataan seerti bagi gerun ialah...
mabuk
bimbang
penat
takut
Pengetua mendenda murid-murid itu kerana sering melanggar peraturan sekolah.
Perkataan seerti bagi mendenda ialah...
menyaman
memukul
menghukum
memarahi
Sebuah jambatan yang teguh akan dibina merentangi sungai yang lebar itu.
Perkataan seerti bagi teguh ialah...
moden
panjang
kukuh
indah
Air telaga itu telah tercemar.
Perkataan seerti bagi telaga ialah...
perigi
tasik
sungai
kolam
Makanan yang Cik Yati jual di pasar malam itu sungguh laris.
Perkataan seerti bagi laris ialah...
habis
laku
lazat
terkenal
Sultan Mahmud sedang beradu dengan lenanya.
Perkataan seerti bagi beradu ialah...
makan
duduk
membaca
tidur
Budak lelaki itu menggali lubang dengan tangannya.
Perkataan seerti bagi menggali ialah ...
menanam
menyumbat
mengorek
menebuk
Cik Munah pergi ke bandar dengan menaiki kereta.
Perkataan seerti bagi bandar ialah ...
desa
kota
dusun
kebun
Sepatu kulit Osman telah dibelikan oleh kakaknya di luar negeri.
Perkataan seerti bagi sepatu ialah...
Setokin
Seluar
Capal
Kasut
