wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Bab 3

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud Zaman Prasejarah

a)

A. Manusia hidup secara nomad

b)

B. Manusia tidak tahu membaca

c)

C. Manusia hidup dalam kesejukan

d)

D. Manusia belum mengenali tulisan

2.

Zaman Batu Baru merujuk kepada

a)

A. Zaman Paleolitik

b)

B. Zaman Mesolitik

c)

C. Zaman Neolitik

d)

D. Zaman Logam

3.

Apakah ciri-ciri Zaman Logam?

I Menetap di kawasantanahtinggi

II Membuatperalatandaripadabatu

III Menjalankankegiatanberburudanbertani

IV Menggunakanperalatandaripadagangsadanbesi

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

4.

Senarai berikut menunjukkan lokasi Zaman Prasejarah di dunia.

· Catal Huyuk

· Gobekli Tepe

Lokasi Zaman prasejarah tersebut terletak di

a)

A. Turki

b)

B. China

c)

C. Britain

d)

D. Sepanyol

5.

Mengapakah gua dipilih sebagai tempat kediaman oleh manusia Zaman Paleolitik?


I. Boleh bercucuk tanam

II. Membekalkan sumber air

III. Selamat daripada binatang buas

IV. Melindungi daripada cuaca buruk

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

6.

Mengapakah aktiviti pengumpulan makanan tidak lagi dilakukan pada Zaman Logam?

a)

A. Hasil makanan berkurangan

b)

B. Manusia hidup berpindah randah

c)

C. Mematuhi arahan ketua masyarakat

d)

D. Kemajuan dalam bidang pertanian dan penternakan

7.

Apakah kesan penempatan kekal manusia Zaman Neolitik?

I. Mengamalkan animisme

II. Wujud sistem bermasyarakat

III. Aturan kehidupan yang lebih baik dibentuk

IV. Teknologi membuat logam semakin berkembang

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

8.

Pernyataan berikut merujuk kepada kepercayaan manusia Zaman Prasejarah.


-Mereka mempercayai setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat, iaitu jiwa dan roh orang mati.


Apakah kepercayaan tersebut?

a)

A. Animisme

b)

B. Penyembahan patung

c)

C. Kehidupan selepas mati

d)

D. Kepercayaan kepadaTuhan

9.

Apakah perbezaan aktiviti pertanian pada Zaman Prasejarah dengan pada masa kini?

a)

A. Keperluan sendiri

b)

B. Secara besar-besaran

c)

C. Melibatkan modal yang besar

d)

D. Penggunaan peralatan canggih

10.

Pilih pasangan yang betul

a)

A. Logam- Gua Niah

b)

B. Neolitik- Jenderam Hilir

c)

C. Mesolitik- Lembah Mansuli

d)

D. Paleolitik- Sungai Tembeling

11.

Batu megalit telah ditemui di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada penemuan tersebut?

a)

A. Nilai kreatif dan inovatif

b)

B. Memanfaatkan sumber alam

c)

C. Batu penting dalam kehidupan

d)

D. Amalan kepercayaan dan ritual

12.

Pada pendapat anda, mengapakah generasi muda pada hari ini perlu memelihara dan memulihara tinggalan Zaman Prasejarah ? (KBAT)

a)

A. Mengukuhkan jati diri

b)

B. Sebagai rujukan pengkajian sejarah

c)

C. Memahami cara hidup zaman silam

d)

D. Menjadikan iktibar dalam kehidupan

13.

Mengapakah kita perlu mengkaji kehidupan masyarakat pada Zaman Prasejarah? (KBAT)


I Mengumpulkan artifak

II Mempelajari teknologi zaman purba

III Memahami perkembangan tamadun manusia

IV Mencontohi kegigihan dan semangat berusaha

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan IV

d)

D. III dan IV

14.

Antara berikut, manakah bukan lokasi Zaman Prasejarah di Asia Tenggara ?

a)

A. Bangkok, Thailand

b)

B. Lenggong, Perak Malaysia

c)

C. Sa Hyun, Vietnam

d)

D. Gua Tabon, Filipina

15.

Senaraikan 3 tahap di Zaman Batu

(a)