wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Segi Tiga Pertumbuhan (Geo Man 942/2)

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

"Kerjasama ekonomi antara tiga hingga empat buah negara ASEAN menumpukan pembangunan di sesuatu kawasan yang kecil di rantau ASEAN. Teras kerjasama ialah saling membantu atau melengkapi antara satu sama lain bagi memastikan setiap anggota dapat menikmati keuntungan dari kerjasama terebut."


Antara berikut, yang manakah merujuk kepada penyataan di atas?

a)

Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)

b)

Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)

c)

Segi Tiga Pertumbuhan (GT)

d)

Tabung Alam Sedunia (WWF)

2.

Tandakan BETUL bagi negara yang menganggotai BIMP-EAGA.

a)

Brunei

b)

Indonesia

c)

Timor Leste

d)

Thailand

e)

Filipina

3.

Tandakan BETUL bagi kerjasama segi tiga pertumbuhan dalam ASEAN.

a)

IMS-GT (Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Singapura)

b)

AFTA (Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN)

c)

BIMP-EAGA (Kawasan Pembangunan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina)

d)

IMT-GT (Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand)

4.

Tandakan BETUL bagi negara yang menganggotai IMS-GT.

a)

India

b)

Malaysia

c)

Singapura

d)

Indonesia

5.

Tandakan BETUL bagi negara yang menggangotai IMT-GT.

a)

Indonesia

b)

Malaysia

c)

Timor Leste

d)

Thailand

6.

Tandakan BETUL bagi peranan Malaysia dalam kerjasama menjaga alam sekitar dalam kalangan negara ASEAN.

a)

Malaysia bekerjasama dengan Indonesia & Singapura dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan masalah pencemaran air akibat tumpahan minyak dari kapal tangki di perairan Selat Melaka.

b)

Menjalinkan kerjasama antara Malaysia, Thailand & Filipina untuk menjaga Laut China Selatan.

c)

Mempercepatkan pembangunan sumber alam seperti sumber hutan & pelancongan.

d)

Malaysia membantu Indonesia memadamkan api di ladang kelapa sawit di Sumatera & Kalimantan yang sering terdedah dengan masalah kebakaran & menyebabkan fenomena jerebu.

7.

Tandakan BETUL bagi sebab kawasan segi tiga pertumbuhan di dalam ASEAN ditubuhkan.

a)

Perluasan pasaran & perdagangan

b)

Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi wilayah.

c)

Berjuang menentang lanun.

8.

Berikut merupakan masalah utama yang boleh menghalang kemajuan pembangunan ekonomi di kawasan segi tiga pertumbuhan ASEAN kecuali?

a)

Kegawatan ekonomi serantau akibat daripada kejatuhan nilai matawang menyebabkan banyak projek pembangunan tidak dapat dijalankan.

b)

Keadaan fizikal bentuk muka bumi yang bergunung-ganang, keadaan cuaca dan bencana alam menyukarkan pembangunan ekonomi serantau.

c)

Tumpahan minyak akibat daripada perlanggaran kapal tangki menyebabkan perairan Selat Melaka tercemar sehingga memusnahkan ekosistem marin.

d)

Masalah politik & keselamatan terutamanya melibatkan keselamatan di perairan & sempadan menyebabkan pembangunan ekonomi sukar dilaksanakan.

9.

Berikut merupakan Program Kerjasama pakatan segi tiga pertumbuhan yang telah dilaksanakan kecuali?

a)

Program kerjasama pelancongan untuk memajukan industri perhotelan & sumber maritim yang melibatkan kawasan Langkawi-Phuket-Acheh.

b)

Program kerjasama sektor pertanian & perikanan yang melibat projek erladangan getah & kelapa sawit di Sumatera Utara & sektor makanan (padi) di dataran Kedah-Perlis.

c)

Program kerjasama pembangunan sektor pengangkutan seperti pembukaan jalan raya yang menghubungkan Padang Besar & Satun dengan Kuala Perlis.

d)

Program kerjasama perkongsian teknologi dalam pelbagai bidang seperti bidang tenaga, pembangunan sumber manusia & telekomunikasi di dalam negara APEC.

10.

Tandakan BETUL bagi kepentingan kerjasama segi tiga pertumbuhan terhadap perkembangan ekonomi serantau.

a)

Penyebaran teknologi maklumat (IT) kepada penduduk di kawasan terlibat dapat dilaksanakan.

b)

Dapat berkongsi dalam pelaburan modal & menikmati keuntungan bersama.

c)

Dapat memperluaskan pasaran & perdagangan supaya dapat dijalankan dengan mudah dengan wujudnya kawasan bebas cukai.

d)

Dapat menjalinkan kerjasama dalam menjaga Laut China Selatan.