Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Quizizz BM Tahun 3 Unit 14 Kata Ganda Berentak

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Emak menyimpan _______________ di dalam peti sejuk yang dibeli dari Cameron Highlands.

a)

kuih- muih

b)

rempah-ratus

c)

sayur-mayur

d)

porak-peranda

2.

Majlis perkahwinan abang sangat meriah dengan kehadiran _____________________.

a)

sanak-saudara

b)

batu-batan

c)

mandi-manda

d)

kacau-bilau

3.

Kami ber __________________________ di Air Terjun Durian Tunggal

a)

mandi-manda

b)

mundar-mandir

c)

riuh-rendah

d)

kacau-bilau

4.

Ibu menyediakan _____________untuk minuman petang.

a)

batu-batan

b)

lauk-pauk

c)

saki-baki

d)

kuih-muih

5.

Murid sekolah ber_______________ membersihkan kawasan sekolah.

a)

lintang-pukang

b)

hiruk-pikuk

c)

riuh-rendah

d)

gotong-royong

6.

Salah satu tanda keracunan makanan ialah pesakit akan mengalami ________.

a)

kusut-masai

b)

huru-hara

c)

calar-balar

d)

cirit-birit

7.
Setiap kali tiba musim perayaan __________________ akan berkumpul beramai-ramai di rumah datuk.
a)
makcik - makcik
b)
saudara-mara
c)
adik beradik
8.
______________ yang dijual dipasar pagi kelihatan lebih segar dan menarik.
a)
sayur -mayur
b)
sayur kobis
c)
buah - buahan
9.
Pihak pemaju menggunakan ________________ yang berkualiti tinggi untuk membina bangunan asrama itu.
a)
batu -batu
b)
batu kecil
c)
batu-bata
10.
Azmi lari _________________ kerana dikejar anjing ketika pulang dari sekolah.
a)
kelam-kabut
b)
lintang-pukang
c)
sesat barat
11.
Badan Pak Hassan ___________________ ketika merentasi hutan untuk pulang ke rumahnya.
a)
calar-balar
b)
luka-luka
c)
liku-liku
12.
Keadaan menjadi _______________ ketika bandar itu dilanda gempa bumi.
a)
kusut-masai
b)
sorak-sorai
c)
huru-hara
13.
Pemandangan ______________________ yang menjadi latar tasik itu sangat memukau pengunjung yang melihatnya.
a)
kayu-kayan
b)
batu-batan
c)
gunung-gunang
14.
Pada hujung minggu yang lalu, penduduk Taman Astakona telah mengadakan aktiviti _______________ membersihkan taman perumahan mereka.
a)
gaduh-gaduh
b)
gopoh-gapah
c)
gotong-royong
15.

Rambut Makcik Limah kelihatan _____________ kerana sudah lama tidak dicuci.

a)

harum wangi

b)

kusut-masai

c)

keras-kejung