WorksheetsPeribahasa
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Kerjaya dan hidup Ahmad sangat berjaya sejak tinggal di bandar. Kesibukan dan kemewahan yang dimilikinya menyebabkan dia leka terhadap orang tuanya di kampung. Sikap Ahmad diibaratkan
seperti harimau menyimpan kuku
seperti kacang lupakan kulit
seperti si kudung mendapat cincin
seperti monyet mendapat bunga
Jessryna berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam pelajaran kerana rajin berusaha walaupun datang daripada keluarga yang sederhana. Kejayaan yang dikecapinya diibaratkan
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
ikut resmi padi, makin menjadi makin tunduk
diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Sikap merendah diri Datuk Jamawi menyebabkan beliau disenangi oleh para pekerjanya. Baginya
tiada rotan akarpun berguna
ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
sudah terhantuk baru terngadah
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
" Orang yang zahirnya nampak baik tetapi di dalam dirinya mempunya niat jahat yang tersembunyi"
Peribahasa yang sesuai bagi kenyataan di atas ialah
seperti anjing menyalak bukit
bagaikan mencurah air ke daun keladi
seperti gunting dalam lipatan
telunjuk lurus kelengkeng berkait.
Shahrin tidak mengaku memecahkan cermin di kedai itu walaupun terdapat beberapa orang saksi yang melihat kejadian itu. Sikapnya diibaratkan
menangguk di air keruh
membesarkan kerak nasi
lempar batu sembunyi tangan
marahkan pijat kelambu dibakar
"Bagai ayam disambar helang"
Peribahasa di atas membawa maksud
melawan siapapun di hadapannya
orang yang hilang secara tiba-tiba
bergaduh apabila berjumpa
sentiasa mencari kesalahan orang lain
Aiman keletihan dan menjadi ____________________ setelah seharian bekerja di kilang tanpa henti.
sakit hati
berat mata
besar diri
buka langkah
Kerani kilang itu berasa ____________________ atas sikap pekerja-pekerja di bawahnya sering ____________________
sakit hati .............cari akal
berat mata ............... cerai kasih
lapang dada ............. curi hati
sakit hati .......curi tulang
Keperibadian anak-anak perlu dibentuk sejak kecil lagi, bak kata pepatah _______________________
alah bisa tegal biasa
menegakkan benang yang basah
membujur lalu melintang patah
melentur buluh biarlah dari rebungnya
Setiap kali berlaku kes pecah rumah, Shafiq sering menjadi ____________________ penduduk kampungnya.
ayam tambatan
kambing hitam
kera sumbang
kacang hantu
Perasaan Suriamah bagai _______________ apabila mengetahui bahawa tunangnya menyukai gadis lain.
melukut di tepian gantang
kucing kehilangan anak
kaca terhempas ke batu
kumbang terputus tali
Pengemis tua itu terpaksa _________________ kerana tiada makanan untuk dimakan.
ikut jejak
ikat perut
curi tulang
gulung tikar
Pepatah "Yang lama dikelek, yang baharu didukung "bermaksud
Adat yang menyusahkan dalam kehidupan baharu
Adat yang yang harus ditinggalkan dalam dunia moden
Adat yang lama harus menjadi keutamaan walau sudah mencapai hidup moden
Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu
Pepatah " Bara yang digenggam biar sampai menjadi arang " bermaksud..
Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaan
Mengerjakan kerja yang sukar hendaklah dibuat secara berhati-hati.
Mengerjakan kerja yang berat hendaklah meminta pertolonga kawan
Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah dilakukan dengan pantas
Pepatah " ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuanya " bermaksud..
kesilapan yang dilakukan oleh seseorang hanya ditanggung oleh dirinya sendiri
kesilapan yang tidak disengajakan boleh dimaafkan bila-bila masa.
kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain menerima akibatnya.
kesilapan melakukan seuatu yang disengajakan.
Hidup Siti semakin susah kerana terpaksa mencari rezeki untuk keluarganya sendirian sedangkan suaminya malas bekerja. Keadaannya diibaratkan
menghitung bulu kambing
mendukung biawak hidup
lebah menghimpun madu
pahat dengan penukul
Wanita itu cantik tetapi sering dipulaukan oleh rakan-rakan kerana sikapnya seperti _______________
bunga teratai
bunga melati
bunga kasturi
bunga dedap
Hakim akhirnya pulang ke kampung halaman setelah bertahun-tahun tinggal di luar negara. Keadannya seperti
sirih pulang ke gangang
pelita kehabisan minyak
gagak pulang ke benua
duduk di dalam duri
Jurujual itu _____________________ untuk memujuk suri rumah agar membeli barangan yang dipromosikannya.
indah khabar dari rupa
ada udang di sebalik batu
pucuk dicita ulam mendatang
bertanam tebu di tepi bibir
Maksud bidalan " ikan di hulu tuba di hilir " ialah
Perbuatan yang mengancam diri
Perbuatan yang berani
Perbuatan yang sia-sia
Perbuatan yang tidak bermoral
