Worksheetspendidikan moral tingkatan 2 m
Total questions: 10
Worksheet time: 2mins
Nyatakan sama ada tindakan di bawah ini WAJAR atau TIDAK WAJAR .
Dato’ Zainal tidak suka bergaul dengan orang yang berbeza taraf dengannya
WAJAR
TIDAK WAJAR
Zaid enggan mengakui kesalahannya kerana bimbang akan menjatuhkan air mukanya sendiri.
WAJAR
TIDAK WAJAR
Cikgu Hairi kembali semula ke sekolah untuk mengajar pelajarnya setelah selesai urusannya di Jabatan Pelajaran.
WAJAR
TIDAK WAJAR
Kim Wah tidak menyalahkan orang lain apabila berlaku sesuatu masalah sebaliknya dia menyiasat terlebih dahulu perkara itu.
WAJAR
TIDAK WAJAR
Batrisya mencium tangan ibunya sebelum pergi ke sekolah.
WAJAR
TIDAK WAJAR
Sanjeet meminjam duit daripada "along" untuk melangsungkan majlis perkahwinannya.
WAJAR
TIDAK WAJAR
Farish melakukan kerja yang diamanahkan kepadanya dengan penuh dedikasi.
WAJAR
TIDAK WAJAR
Marina rajin membersihkan halaman rumahnya walaupun tidak disuruh oleh ibunya.
WAJAR
TIDAK WAJAR
Puan Juriah merotan anaknya kerana gagal dalam peperiksaan SPM.
WAJAR
TIDAK WAJAR
Azam tidak mahu bercakap dengan bapanya kerana mereka sering bercanggah pendapat.
WAJAR
TIDAK WAJAR
