wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Tahun 4 - Zaman Air Batu

Total questions: 20

Worksheet time: 2hrs 40mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Air Batu?

a)

Zaman ketika bumi ditimpa hujan berterusan

b)

Zaman ketika permukaan bumi diliputi oleh air batu

c)

Zaman ketika bumi dilanda kemarau yang panjang

d)

Zaman gelap di mana cahaya matahari tidak dapat menembusi bumi

2.

Mengapakah pada Zaman Air Batu hampir keseluruhan permukaan bumi diliputi air batu yang tebal?

a)

Pergerakan glasier

b)

Suhu bumi meningkat

c)

Iklim bumi sangat sejuk

d)

Tiada laut dan lautan

3.

Zaman Air Batu diliputi oleh air batu yang tebal disebabkan ...

a)

mengalami peningkatan suhu yang ketara.

b)

mengalami penurunan suhu yang ketara.

c)

mengalami musim kemarau yang berpanjangan.

d)

mengalami hujan berpanjangan dan mengakibatkan banjir.

4.

_______________________ ialah timbunan ais yang bergerak perlahan-lahan meneruni cerun atau merebak ke permukaan laut

a)

Glasier

b)

Gunung

c)

Banjaran

d)

Air Batu

5.

Mengapakah pencairan air batu berlaku ketika Zaman Air Batu?

a)

Peningkatan air laut

b)

Peningkatan suhu bumi

c)

Pembebasan gas oksigen

d)

Pembentukan pulau-pulau

6.

Antara berikut, yang manakah bukan Kepulauan Melayu?

a)

Tanah Melayu

b)

Thailand

c)

Sumatera

d)

Mindanao

7.

Apakah tindakan yang menunjukkan cara menjaga alam sekitar?

a)

Menebang pokok tua

b)

Menggunakan beg plastik

c)

Mengitar semula barangan

d)

Menggalakkan pembalakan

8.

Jika kita tidak menghargai alam sekitar pada zaman sekarang, apakah akibatnya pada masa akan datang?

a)

Pergerakan glasier akan berhenti

b)

Membekalkan sumber air minuman

c)

Bumi tidak lagi sesuai didiami

d)

Menjadi kawasan tadahan hujan

9.

Negara Malaysia terletak di benua

a)

Afrika

b)

Asia

c)

Amerika Utara

d)

Antartika

10.

X merupakan lautan

a)

Cina Selatan

b)

dalam

c)

Hindi

d)

Melaka

11.

Lautan bermaksud kawasan laut luas yang mempunyai

a)

himpunan air masin dan dibatasi benua

b)

himpunan air tawar dan dibatasi benua

c)

dalam dan berbahaya

d)

pelbagai hidupan yang unik

12.

Benua X dan Y ialah

a)

X: Asia Y: Afrika

b)

X: Afrika Y: Asia

c)

X: Amerika Y: Melaka

d)

X: Korea Y: Rusia

13.
Bagaimanakah benua dan lautan terbentuk?
a)
A) Bumi berputar pada paksinya
b)
B) Pergerakan glasier
c)
C) Terbitnya matahari di ufuk timur dan tenggelamnya matahari di ufuk barat
d)
D) Keadaan bumi yang kian tenat
14.
Terdapat 5 lautan di dunia iaitu....
a)
Pasifik, Atlantik, Hindi, Antartika & Selatan
b)
Atlantik, Hindi, Artik, Asia & Selatan
c)
Pasifik, Atlantik, Hindi, Artik & Selatan
d)
Pasifik, Antartika,Asia, Selatan & Atlantik
15.
Apakah ciri-ciri Zaman Air Batu ?
I     cuaca sangat sejuk
II    sungai dilitupi air batu
III   sinaran matahari sangat terik
IV  wujud kawasan laut yang luas
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
16.

Berikut merupakan negara di Asia Tenggara, KECUALI ...

a)

Malaysia

b)

Thailand

c)

India

d)

Laos

17.

Apakah kesan perubahan Zaman Air Batu Akhir di Asia Tenggara?

a)

Penurunan paras air laut di Pentas Sunda.

b)

Suhu di Asia Tenggara semakin sejuk.

c)

Mamaot dan Sloth mula berpindah ke Asia Tenggara.

d)

Kenaikan paras air laut di Pentas Sunda.

18.

Berikut merupakan perubahan bentuk muka bumi pada Zaman Air Batu Akhir.


i - Suhu bumi meningkat.

ii - Ais mula mencair.

iii - Berubah suhu kepada sederhana sejuk.

iv - Air melimpah ke kawasan rendah sehingga membentuk tasik dan laut.

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

i, ii dan iii

d)

i, ii dan iv

19.

Apakah haiwan yang wujud pada Zaman Air Batu Akhir?

a)

Sloth, harimau dan panda.

b)

mamot, gajah dan singa.

c)

Mamot, sloth dan harimau bertaring lengkung.

d)

Mamot, sloth dan harimau bintang.

20.

Apakah nama jenis rumah orang Eskimo yang tinggal di Kutub Utara?

a)

Rumah Batu

b)

Rumah Ais

c)

Rumah Igloo

d)

Gua Air Batu