wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PRE-TEST- UNIT 2 usahawan dan 4 quadran aliran wang tunai

Total questions: 20

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Manakah berikut BUKAN empat orang dalam kuadran aliran wang menurut Robert Kiyosaki.

a)

Pekerja sendiri

b)

Pemilik Perniagaan

c)

Penganggur

d)

Pelabur

2.

Manakah berikut menerangkan tentang pemilik perniagaan?

a)

Menanam modal dalam suatu perniagaan dan perusahaan.

b)

Seseorang yang menggajikan pekerja

c)

Meniaga mengikut masanya untuk mendapat upah

d)

Pendapatannya merupakan pendapatan tetap setiap bulan

3.

Manakah berikut menerangkan tentang pendapatan pasif?

a)

Royalti penulisan buku

b)

Doktor pakar perubatan secara separuh masa di klinik

c)

Pekerja rutin 8 jam bekerja

d)

Mengajar kelas tusyen pada waktu malam

4.

Kelebihan menjalankan perniagaan berkonsepkan pemasaran berangkai?

a)

risiko minimum

b)

modal permulaan tidak tinggi

c)

memahami sistem yang diciptanya

d)

menggunakan sumber yang banyak

5.

Manakah berikut menerangkan tentang pelaburan jangka masa panjang?

a)

wang tunai dan kredit

b)

Kenderaan dan jentera

c)

insurans

d)

Hartanah dan komoditi

6.

Encik Chua peniaga telur. Dia mendapat bekalan telur daripada Pak Salleh. Siapakah Pak Salleh?

a)

Pembeli

b)

Peniaga

c)

Pembekal

d)

Pengilang

7.

Faktor-faktor yang mempengaruhi nilai pulangan pelaburan bagi hartanah adalah seperti berikut kecuali:

a)

Lokasi

b)

Keadaan ekonomi

c)

Jumlah wang yang dipunyai individu

d)

Situasi politik

8.

Antara berikut, yang manakah faktor yang perlu diambil kira oleh seorang pelabur sebelum membuat pelaburan?

a)

Potensi risiko pelaburan

b)

Tahap pulangan

c)

Jenis tanah

d)

Aspek kecairan

9.
Apakah jenis sistem perniagaan seperti logo tersebut? 
a)
konvensional 
b)
pemasaran berangkai 
c)
berangkaian 
d)
francais 
10.

Penulis novel memperoleh pendapatan secara ______

a)

aktif

b)

pasif

c)

bulanan

d)

jualan lukisan

11.

Perniagaan Francais melibatkan dua pihak dari segi perjanjian urus niaga. Siapakah pihak yang terlibat tersebut?

a)

Francaisor dan Pelanggan

b)

Pembeli dan Penjual

c)

Francaisor dan Francaisi

d)

Francaisi dan Penjual

12.

Berikan dua ciri umum francais mengikut Akta Francais 1988?

a)

Perniagaan mesti dikendalikan mengikut sistem yang telah ditetapkan oleh francaisor

b)

Francaisi berhak untuk menggunakan cap atau rahsia dagangan milik francaisor

c)

Francaisor tidak bertanggungjawab untuk memberikan bantuan kepada francaisi

d)

Francaisi tidak mengenakan bayaran dalam bentuk fi atau bentuk balasan lain kepada francaisor

13.

Organisasi manakah menjalankan perniagaan francais?

a)

Klinik Pergigian Amin dan Menot

b)

Persatuan Badminton Malaysia

c)

Kedai runcit makcik kiah

d)

KFC dan Mcdonald

14.

Francaisor merupakan syarikat _________ yang memiliki hak asal atas _________ produk.

a)

jenama dan barang

b)

induk dan sistem

c)

induk dan jenama

d)

kecil dan imej

15.

Rajah berikut menunjukkan perubahan bentuk milikan perniagaan.


Butik Afieq Butik Afieqa dan Ajeera

Diubah kepada


Mengapakah Afieqa mengambil tindakan tersebut?

I. Perniagaan berterusan

II. Menanggung liabiliti terhad

III. Dapat berkongsi kepakaran

IV. Mengumpul modal lebih besar


a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Antara yang berikut, manakah kelebihan perniagaan bersaiz kecil?

I Kos overhed yang rendah

II Menikmati kos pengeluaran yang rendah

III Mudah untuk mengubah strategi perniagaan

IV Mudah untuk mendapatkan pekerja yang mahir

a)

I dan III

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

II dan IV

17.

Manakah berikut merupakan perniagaan berkonsep pemasaran berangkai (mlm)?

a)

pemilikan perniagaan tunggal

b)

konsep kedai adalah sama

c)

kos memulakan perniagaan tinggi

d)

kos memulakan perniagaan rendah

18.

Berikan takrif pinjaman

a)

kemudahan pinjaman yang ditawarkan oleh penyedia kredit

b)

komitmen tambahan selepas membuat pinjaman

c)

perkhidmatan pinjaman yang disediakan oleh penyedia kredit yang perlu dilunaskan beserta kadar faedah

19.

Antara berikut, nyatakan contoh pinjaman bercagar.

a)

Pinjaman Peribadi

b)

Pinjaman Sewa Beli

c)

Pinjaman Perumahan

d)

Pinjaman Pendidikan

20.

Antara lokasi berikut, yang manakah mempunyai nilai hartanah yang paling tinggi?

a)

Pusat bandar raya

b)

Luar bandar

c)

Kampung

d)

Pekan