wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU TAHUN 5

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Datuk saya bukan sahaja pemurah_________ baik hati kerana sering membantu orang-orang miskin di kampung

a)

lantaran

b)

malahan

c)

manakala

d)

walaupun

2.

Ayah menempah _____________ untuk kami sekeluarga semasa bercuti di Melaka.

a)

rumah sakit

b)

rumah tangga

c)

rumah terbuka

d)

rumah tumpangan

3.

Rina membelek-belek beberapa __________ majalah yang ingin dibelinya di kedai itu.

a)

biji

b)

keping

c)

lembar

d)

naskhah

4.

Jam itu tergantung ___________ dinding.

a)

dari

b)

pada

c)

kepada

d)

di

5.

Ah Meng dan kawannya sedang mengepam bola-bola yang ___________ di dalam stor sukan.

a)

kecut

b)

kemik

c)

kendur

d)

kempis

6.

Ali menggaru-garu kakinya yang gatal kerana digigit ______________.

a)

kunang-kunang

b)

labah-labah

c)

pijat-pijat

d)

labi-labi

7.

Penyambut tetamu itu _____________ senyuman yang manis kepada pelanggan yang datang.

a)

berukir

b)

terukir

c)

diukirkan

d)

mengukirkan

8.

Sultan Perak akan membuat lawatan rasmi ke Filipina. ______________ akan berada di sana selama seminggu.

a)

Baginda

b)

Beta

c)

Beliau

d)

Patik

9.

Kita hendaklah melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai. Peribahasa yang sesuai ialah __________________.

a)

alah biasa tegal biasa

b)

bagai tikus membaiki labu

c)

alang-alang mandi biar basah

d)

berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian

10.

Semasa ekspedisi berbasikal itu, mereka ___________ berkayuh sepanjang 10 kilometer.

a)

berhempas-pulas

b)

bersimpang-siur

c)

berlintang-pukang

d)

bertunggang-langgang