wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ 2 PEMAHAMAN

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Encik Raja sangat dihormati kerana _______ bertugas sebagai pegawai polis yang adil dan saksama.

a)

dia

b)

kita

c)

mereka

d)

beliau

2.

Roslina berasa kagum melihat orang ______ itu yang sangat cekap membuat kerja.

a)

kecil

b)

kerdil

c)

renek

d)

nipis

3.

Nenek ________ air mawar pada pasangan pengantin baharu itu.

a)

menyiram

b)

membuang

c)

merenjis

d)

menyimbah

4.

"_______ akan melaksanakansegala titah perintah _________,"kata Hang Tuah kepada Sultan Mahmud.

a)

Hamba.......tuanku

b)

Baginda......patik

c)

Patik....tuanku

d)

Tuanku....patik

5.

Sultan Mahmud sangat _______ terhadap tukang masaknya.

a)

gering

b)

murka

c)

beradu

d)

santap

6.

_______ roda basikal Alif telah rosak.

a)

Jejari

b)

Tetupai

c)

Kekuda

d)

Tetulang

7.

Arnab yang comel itu berteduh di _________ pokok yang rendang.

a)

atas

b)

tepi

c)

bawah

d)

sisi

8.

Zarif _______ menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya.

a)

tekun

b)

setia

c)

taat

d)

sabar

9.

Pilih peribahasa yang sesuai bagi gambar yang ditunjukkan.

a)

Air dicincang tidak akan putus

b)

Bagai pungguk rindukan bulan

c)

Bagai mencurah air ke daun keladi

d)

Seperti aur dengan tebing

10.

Pondok buruk itu telah dibaiki semula oleh penduduk kampung.

Pilih perkataan sinonim bagi buruk.

a)

indah

b)

cantik

c)

lama

d)

usang

11.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Kepala adik botak licin setelah digunting oleh ayah.

b)

Lauk asam pedas itu licin dimakan oleh Amirul.

c)

Lantai yang licin itu mengakibatkan Aiman terjatuh.

d)

Pakaian yang licin itu menampakkan susuk tubuhnya yang gemuk.

12.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.


Qishmina berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.

a)

Mengapakah Qishmina pergi ke luar negara?

b)

Siapakah yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara?

c)

Kemanakah Qishmina pergi?

d)

Qishmina melanjutkan pelajaran ke universiti awam mana?

13.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.


Berapakah harga sepasang baju kurung biru itu?

a)

Sepasang baju kemaja ini ialah Rm150.00.

b)

Harga dua pasang ialah RM150.00.

c)

Harga sepasang baju kurung merah ini ialah RM150.00.

d)

Harga baju kurung biru ini ialah RM150.00 sepasang.

14.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Murid-murid perlu mematuhi peraturan sekolah.

a)

Peraturan sekolah perlu dipatuhi oleh murid-murid.

b)

Peraturan sekolah perlu mematuhi murid-murid.

c)

Murid-murid perlu dipatuhi oleh peraturan sekolah.

d)

Mematuhi murid-murid perlu peraturan sekolah

15.

Pilih ayat yang betul.

a)

Taqif bersetuju untuk pulang ke kampung halamannya.

b)

Syed makan dua buku roti canai pagi tadi.

c)

Alia tidak sahaja rajin, malahan juga bijak.

d)

Peserta Rumah Merah berlari lebih pantas daripada peserta Rumah Biru.

16.

Tulis perkataan yang betul bagi perkataan yang bergaris dalam ruang yang disediakan.


Anas menyampaikan bahawa dia tidak pandai berenang.

(a)  

17.

Tulis perkataan yang betul bagi perkataan yang bergaris dalam ruang yang disediakan.


Syah berjaya meletakkan gol kemenangan pasukannya.

(a)  

18.

Tulis perkataan yang betul bagi perkataan yang bergaris dalam ruang yang disediakan.


Pelancong asing itu menarik dengan budaya masyarakat Malaysia.

(a)  

19.

"______ bising di perpustakaan," kata pustakawan itu kepada Asshadid dan Adi.

a)

Tolong

b)

Usah

c)

Jangan

d)

Sila

20.

________ bawa sijil asal ketika menghadiri temuduga.

a)

Tolong

b)

Usah

c)

Jangan

d)

Sila