wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penjodoh Bilangan

Total questions: 74

Worksheet time: 37mins

Name
Class
Date
1.

Penjodoh bilangan ialah __________ yang menyertai kata bilangan apabila menunjukkan bilangan sesuatu nama.

a)

frasa

b)

predikat

c)

subjek

d)

perkataan

2.

Se___________ kapal perang sedang mengharungi Lautan Pasifik.

a)

angkatan

b)

longgok

c)

rumpun

d)

puak

3.

Setiap kelas diminta berdiri dalam dua ________ di tapak perhimpunan.

a)

beratur

b)

baris

c)

kawan

d)

lembar

4.

Beberapa ___________ tiang elektrik sudah mula terpacak di tepi jalan di kampung itu.

a)

papan

b)

naskhah

c)

batang

d)

orang

5.

Hamidah dihadiahi Ghazali se_______ cincin berlian.

a)

buku

b)

biji

c)

berkas

d)

bentuk

6.

Mak Tijah membawa beberapa ________ lidi untuk dijual di pasar.

a)

berkas

b)

bilah

c)

laras

d)

papan

7.

Sebelum meninggal dunia, Pak Sudin mewasiatkan se_______ tanah sawahnya kepada Azrul.

a)

cekak

b)

bidang

c)

bungkus

d)

butir

8.

Petani itu menjumpai dua ______ telur ular sawa di kebunnya.

a)

batang

b)

bentuk

c)

biji

d)

bungkus

9.

Dua ________ parang yang dipesan itu telah siap ditempanya.

a)

gugus

b)

gelung

c)

laras

d)

bilah

10.

Sebelum bertugas di sini beliau telah tinggal di dua _______ bandar di Kedah ini.

a)

buah

b)

butir

c)

bentuk

d)

biji

11.

Yu Zhe membeli dua _______ sabun mandi di kedai.

a)

ikat

b)

buku

c)

butir

d)

papan

12.

Dua _________ nasi lemak itu habis dimakannya pagi itu.

a)

jambak

b)

genggam

c)

bungkus

d)

butir

13.

Lai Ern telah menemui dua ______ peluru hidup tertanam di tanah kebunnya.

a)

gumpal

b)

helai

c)

laras

d)

butir

14.

Guan Xiang menggunakan beberapa _________ kertas berwarna untuk lukisannya.

a)

cebis

b)

cekak

c)

cubit

d)

cucuk

15.

Se________ pucuk paku yang telah siap diikat itu dijual dengan harga RM1.

a)

kepal

b)

cekak

c)

jemput

d)

bentuk

16.

Kakak memasukkan se_______ garam lagi ke dalam gulainya.

a)

genggam

b)

cubit

c)

bungkus

d)

ketul

17.

Abang Bosco membawa pulang lima puluh ________ sate untuk kami.

a)

ketul

b)

papan

c)

cucuk

d)

batang

18.

Tiga ______ tembakan meriam kedengaran sayup-sayup dari pelabuhan.

a)

hidang

b)

bidang

c)

das

d)

peluru

19.

Beberapa ________ rumah kedai hangus dijilat api petang semalam.

a)

longgok

b)

angkatan

c)

papan

d)

deret

20.

Khor Jing Hao menepuk beberapa ______ nyamuk yang berterbangan di kuping telinganya.

a)

ekor

b)

biji

c)

ketul

d)

longgok

21.

Beberapa _________ kawat duri digunakan oleh Yan Bin untuk memagari kebun pisangnya.

a)

angkatan

b)

gelung

c)

lembar

d)

papan

22.

Zean Hong mengambil beberapa ______ padi untuk dibanting.

a)

tangkai

b)

kepal

c)

gemal

d)

longgok

23.

“Campakkan se________ beras untuk ayam-ayam ini,” kata Abg Hafizu.

a)

genggam

b)

butir

c)

longgok

d)

kotak

24.

Ali Baba ternampak se________ penyamun memasuki gua batu itu.

a)

puak

b)

gerombolan

c)

deret

d)

kawan

25.

Fong Chun Sen membeli se_______ anggur ketika melawat adiknya di hospital.

a)

kuntum

b)

longgok

c)

gugus

d)

biji

26.

Lim Yu Yang memasukkan se_______ filem lagi ke dalam kameranya.

a)

papan

b)

deret

c)

gelung

d)

gulung

27.

Beberapa _________ awan hitam kelihatan menabiri langit biru.

a)

longgok

b)

gumpal

c)

ketul

d)

gerombolan

28.

Lee Zhong Jie menjahit se______ baju baru untuk adiknya.

a)

helai

b)

keping

c)

kotak

d)

lembar

29.

Beberapa ________ bawang putih dimasukkan oleh emak ke dalam kuali gorengannya.

a)

keping

b)

hiris

c)

belah

d)

potong

30.

Ayah meminta satu ________ lagi makanan untuk tetamu yang baru tiba.

a)

berkas

b)

deret

c)

hidang

d)

papan

31.

Lee Jia Le membelek-belek beberapa ________ sayur kangkung sebelum membelinya.

a)

laras

b)

lembar

c)

ikat

d)

ketul

32.

Se_______ kunci rumah tertinggal oleh Seo Jun di perhentian bas.

a)

kuntum

b)

ketul

c)

ikat

d)

jambak

33.

Mirabelle menggubah se_________ bunga untuk diletakkan di ruang tamu.

a)

papan

b)

kuntum

c)

jambangan

d)

ketul

34.

Kho Khai Wei meminta isterinya menambahkan se________ gula ke dalam cawannya.

a)

jemput

b)

ketul

c)

deret

d)

butir

35.

Harga se_______ payung yang elok buatannya melebihi RM15.

a)

kawan

b)

kandang

c)

kaki

d)

kerat

36.

Yoyo Ern mempunyai beberapa ______ kambing di belakang rumahnya.

a)

deret

b)

angkatan

c)

kebun

d)

kandang

37.

Se________ burung merpati terbang ke bumbung rumah Yu Zhe.

a)

deret

b)

pasukan

c)

gerombolan

d)

kawan

38.

Saya suka makan beberapa _______ nasi kosong setiap kali makan.

a)

kepal

b)

keping

c)

kuntum

d)

kotak

39.

Saya memberi se________ roti kepadanya pagi tadi.

a)

kotak

b)

keping

c)

papan

d)

lembar

40.

En. Dave memotong beberapa ________ kayu contoh untuk murid mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi.

a)

kawan

b)

ketam

c)

kerat

d)

keping

41.

Anjing itu kelihatan menggonggong se________ tulang.

a)

laras

b)

butir

c)

deret

d)

ketul

42.

Hamirul terjumpa se_______ mancis di tempat kejadian kebakaran itu.

a)

papan

b)

kotak

c)

kuntum

d)

deret

43.

Lim Yi Chong menghadiahi guru kelasnya se________ bunga pada Hari Guru.

a)

kuntum

b)

papan

c)

kerat

d)

biji

44.

Dua _______ meriam lama tersergam megah di pintu masuk muzium itu.

a)

kepal

b)

laras

c)

das

d)

jambak

45.

Se_______ benang itu digunakan untuk menjahit tampalan pada baju ayah yang telah koyak.

a)

butir

b)

lembar

c)

longgok

d)

bilah

46.

Di pasar borong, harga se________ ikan adalah murah.

a)

pasukan

b)

puak

c)

longgok

d)

kumpulan

47.

Sebelum ke tempat kerja, abang pasti akan membelek-belek se_________ akhbar yang dilanggannya dahulu.

a)

picis

b)

keping

c)

lembar

d)

naskhah

48.

Dua _______ kanak-kanak masih bermain di taman permainan walaupun hari telah senja.

a)

baris

b)

buah

c)

papan

d)

orang

49.

Emak membeli beberapa _______ petai di pasar tani.

a)

papan

b)

kuntum

c)

berkas

d)

angkatan

50.

Kakak mengenakan se________ anting-anting pada malam itu.

a)

pasang

b)

butir

c)

kuntum

d)

baris

51.

Dua _______ durian sekejap sahaja dimakan oleh abang.

a)

pangsa

b)

pangsapuri

c)

deret

d)

patah

52.

Malaysia berbangga dengan kejayaan cemerlang beberapa _______ negara dalam kegiatan sukan.

a)

kumpulan

b)

pasukan

c)

puak

d)

kawan

53.

Encik Zul diminta menyampaikan se________ dua kata sempena majlis perpisahannya.

a)

potong

b)

patah

c)

ulas

d)

titik

54.

Beberapa _______ padi telah dilanyak kerbau sebelum sempat dituai.

a)

patah

b)

petak

c)

potong

d)

pucuk

55.

Pak Kundur memiliki beberapa ______ rumah sewa.

a)

depa

b)

potong

c)

pintu

d)

pangsa

56.

Emak menghantar beberapa ______ kuih ke rumah Mak Cik Leha.

a)

ruas

b)

butir

c)

deret

d)

potong

57.

Adik mengirimi ibu se_______ surat dari London.

a)

pucuk

b)

pangsa

c)

butir

d)

utas

58.

Guru disiplin telah menemui beberapa _______ rokok di dalam tandas murid lelaki.

a)

pucuk

b)

biji

c)

butir

d)

puntung

59.

Murid tersebut membacakan beberapa ________ pantun sempena Minggu Antidadah.

a)

suap

b)

rawan

c)

rangkap

d)

baris

60.

Hamidi memukat ikan menggunakan se______ pukat.

a)

rawan

b)

bidang

c)

utas

d)

urat

61.

Aini meminta se_____ tebu daripada ibunya untuk dimakan.

a)

rangkap

b)

ruas

c)

butir

d)

baris

62.

Kakak menanam se_______ buluh Jepun untuk dijadikan perhiasan.

a)

ruas

b)

rumpun

c)

tandan

d)

angkatan

63.

Mak Cik Marina membeli se______ pisang untuk dibuat pengat.

a)

ruas

b)

batang

c)

sisir

d)

ulas

64.

Teh Yu Zhe makan beberapa _____ nasi sebelum ke sekolah.

a)

peluru

b)

batang

c)

ruas

d)

suap

65.

Pak Laham membeli dua _______ kelapa tua untuk kenduri kahwin anak perempuannya.

a)

tandan

b)

sikat

c)

sisir

d)

ketul

66.

Hyun Bin membawa se______ mangga muda untuk isterinya.

a)

longgok

b)

utas

c)

urat

d)

tangkai

67.

Bakar hanya minum se______ air sebelum ke tempat kerjanya.

a)

ikat

b)

teguk

c)

ketul

d)

butir

68.

Beberapa _________ pasir dan batu ditimbun oleh pekerja itu untuk menurap jalan.

a)

timbun

b)

ketul

c)

ruas

d)

gelung

69.

Beberapa ______ dakwat telah tertumpah di atas lantai.

a)

ruas

b)

titik

c)

butir

d)

biji

70.

Mak Siti memberikan beberapa ______ limau kepada adik Harlina.

a)

ulas

b)

ruas

c)

batang

d)

puntung

71.

Dia membacakan beberapa _______ pantun sebelum memulakan syarahannya dalam pertandingan itu.

a)

pintu

b)

untai

c)

patah

d)

pangsa

72.

Beberapa ______ rambutnya gugur apabila disikat.

a)

gulung

b)

sisir

c)

untai

d)

urat

73.

Rotan yang diperoleh itu disikat dengan se_______ tali.

a)

ketul

b)

patah

c)

untai

d)

utas

74.

Dua _______ kanak-kanak masih bermain di taman permainan walaupun hari telah senja.

a)

baris

b)

buah

c)

papan

d)

orang