NEW
Font size
WorksheetsLatihan Tatabahasa 1
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Cik Nureen ________ menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia lima tahun yang lalu.
sudah
pernah
sedang
hendak
Aizat dan kawan-kawannya ________ menyertai ekspedisi mendaki Gunung Jerai semasa cuti persekolahan akhir tahun nanti.
akan
telah
masih
sedang
Pekerja kilang elektronik itu ________ bertutur dalam bahasa Jepun dengan baik.
mahu
dapat
sudah
hendak
“Minuman kotak yang berperasa strawberi itu tidak boleh diminum kerana ________ tamat tarikh luputnya,” kata ibu kepada adik.
akan
telah
belum
pernah
Semangat patriotisme iaitu cinta akan tanah air ________ disemai dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
harus
belum
sedang
hendak
Muhammad Aiman Irfan ________ tidur ketika kami sampai di rumahnya pagi tadi.
mahu
harus
masih
sudah
“Tentera Portugis ________ menjajah dan menakluki negeri Melaka,” kata Cikgu Farhana.
mahu
sudah
pernah
sedang
Pakaian yang dijemur oleh kakak pagi tadi ________ kering lagi kerana cuaca mendung sepanjang hari.
dapat
belum
pernah
sedang
Pak Cik Azli ________ menghabiskan ubat antibiotik yang diberikan oleh Doktor Samsiah yang merawat penyakitnya itu.
mesti
masih
pernah
sedang
Rombongan murid-murid Sekolah Kebangsaan Convent, Ipoh ________ dalam perjalanan ke Melaka Bandar Bersejarah.
akan
telah
harus
sedang
Pasukan Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki, Tapah ________ menjadi johan dalam perlawanan bola sepak semalam.
akan
telah
mesti
harus
Khairul dan keluarganya ________ melancong ke Pulau Langkawi pada cuti persekolahan pertengahan tahun nanti.
dapat
pernah
sedang
hendak
“Kalau ________ berilah sedikit masa lagi untuk saya menyiapkan kerja ini,” kata Jeya Kumar kepada majikannya.
mahu
boleh
masih
sudah
Majlis berkhatan beramai-ramai murid Sekolah Kebangsaan Taman Medan ________ diadakan minggu hadapan.
akan
belum
pernah
sedang
Pak Darus ________ memulakan kerja membajak tanah sawahnya dengan menggunakan traktor pada pagi itu.
mesti akan
akan dapat
sudah pernah
sedang hendak
1.“Usahlah _____________ risau tentang perkara itu,” kata Hamdan kepada kawan-kawannya.
kita
kami
kalian
mereka
____________ akan menyambut hari ulang tahun keputeraan yang ke-65 pada minggu hadapan.
Patik
Beliau
Hamba
Baginda
Adik menangis kerana berasa ______________ ketika berada di atas menara yang tinggi itu.
takut
gayat
gusar
cemas
Faiz tidak dapat __________________ aktiviti perkhemahan itu kerana dia mengikuti keluarganya menziarahi datuknya yang berada di kampung.
menyertai
menjalani
mendekati
menduduki
Wakil rakyat itu akan terus menabur jasa kepada masyarakat di kawasan beliau ____________ termampu.
jika
selagi
apabila
sehingga
