wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SIRAH : MENELADANI SIFAT TABLIGH TAHUN 3

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud tabligh?

a)

Bijaksana

b)

Menyampaikan

c)

Benar

2.

Sifat Tabligh merupakan sifat ________________ kepada para Nabi

a)

Harus

b)

Wajib

3.

Ajaran Islam tersebar dengan luas merupakan salah satu kepentingan Nabi Muhammad s.a.w bersifat tabligh.

a)

Betul

b)

Salah

4.

Para Nabi menyampaikan ___________ yang diterima daripada Allah kepada umatnya.

a)

1.kitab

b)

2.wahyu

5.

Para Nabi menyampaikan wahyu yang diterima daripada _____________?

a)

Umat

b)

Jin

c)

Rasul

d)

Allah

6.

Nabi dan rasul menerima wahyu daripada Allah dan menyampaikan kepada siapa?

a)

Umat Mereka

b)

Keluarga Mereka

c)

Malaikat

d)

Iblis dan Syaitan

7.

Apakah kepentingan Nabi Muhammad bersifat tabligh? Pilih 2 JAWAPAN.

a)

Akhlak mulia diamalkan dalam kehidupan

b)

Amalan penyembahan berhala semakin meningkat

c)

Ajaran Islam tersebar luas

8.

Bagaimanakah cara Nabi berdakwah pada peringkat awal dakwah?

a)

Dakwah secara menyeluruh

b)

Dakwah secara rahsia

c)

Dakwah di tempat tebuka

d)

Ceramah perdana

9.

Nabi Muhammad SAW menghadapi pelbagai cabaran dan ______________ dalam berdakwah.

a)

hasutan

b)

harapan

c)

dugaan

d)

kemeriahan

10.

Siapakah golongan sasar Nabi Muhammad ketika peringkat awal dakwah?

a)

Orang ramai

b)

Seluruh penduduk Mekah

c)

Orang yang rapat dengan Nabi Muhammad

d)

Penduduk Taif

11.

Saidatina Khadijah merupakan orang terawal yang memeluk agama Islam?

a)

Betul

b)

Salah

12.

Nabi Muhammad telah memulakan dakwah secara rahsia kepada orang-orang yang rapat dengan baginda. Siapakah golongan yang rapat dan terlebih dahulu memeluk islam, KECUALI?

a)

Khadijah binti Khuwailid

b)

Abu Bakar as-Siddiq

c)

Umar al-Khatabb

13.

Cabaran Nabi dalam dakwah secara rahsia ialah, Bapa saudaranya iaitu Abi Thalib tidak menerima dakwah baginda.

a)

Betul

b)

Salah

14.

"Rasulullah berpesan kepada umatnya : Sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat" . Maksud hadis ini ialah :

a)

Kita perlu sampaikan kebaikan islam kepada orang lain walaupun sekecil-kecil perkara.

b)

Kita perlu pentingkan diri untuk tidak menyampaikan ilmu orang lain

15.

Adakah Nabi Muhammad telah naik ke Bukit Sofa untuk kepada penduduk Mekah beriman kepada Allah?

a)

Ya

b)

Tidak

16.

Apakah cabaran yang diterima Nabi Muhammad ketika peristiwa di Bukit Sofa untuk menyeru penduduk Mekah beriman kepada Allah?

a)

Kaum Musyrikin Mekah marah, mencaci, menghina dan memulaukan nabi dan keluarga

b)

Abu Lahab bapa saudara nabi sangat menyokong dakwah Rasullulah di Mekah

17.

Apakah cabaran yang diterima nabi sewaktu menyampaikan dakwah di Thoif?

a)

Nabi telah diejek,dihina dan dilontarkan batu hingga nabi cedera dan berdarah

b)

Kehadiran nabi diterima baik dengan diberikan tempat tinggal dan makanan yang sedap

18.

Adakah Nabi berputus asa dalam menyampaikan dakwah?

a)

Ya

b)

Tidak

19.

Adakah nabi meneruskan menyampaikan ajaran Islam melalui penulisan untuk diutuskan kepada Raja dan pemimpin negara seperti kerajaan Rom?

a)

Betul

b)

Salah

20.

Apakah cabaran yang diterima nabi setelah mengutuskan surat kepada raja atau pemimpin negara tersebut?

a)

Sebahagian pemimpin menolak dan menentang ajaran agama Islam, malah ada yang ingin memerangi umat Islam

b)

Kesemua pemimpin negara bersetuju untuk menerima ajaran Islam dan ingin bertemu Nabi Muhammad dengan segera

21.

Apakah tindakan nabi, setelah menerima pelbagai cabaran ketika menyampaikan ajaran negara Islam seperti peristiwa di Bukit Sofa dan di Thoif?

a)

Tidak berputus asa, sabar, merancang strategi dan tidak membalas dengan kekerasan

b)

Berputus asa, mengasingkan diri daripada orang ramai dan berdendam

22.

Berdasarkan kisah keunggulan sifat tabligh Nabi Muhammad SAW, apakah ciri-ciri pendakwah dalam menyampaikan ajaran agama Islam? Pilih 2 JAWAPAN.

a)

Amanah dan bertanggungjawab

b)

Berani kerana benar dan sabar menghadapi ujian

c)

Berputus ada dan suka mengguris hati orang lain

23.

Kesan daripada sifat Tabligh Nabi Muhammad SAW kepada kaum .......................... maka semakin ramai yang meninggalkan penyembahan berhala.

a)

Muslimin

b)

Musyrikin

24.

Sifat Tabligh Nabi Muhammad SAW telah ........................... akhlak mulia dalam kehidupan masyarakat.

a)

Membentuk

b)

Menghapuskan

25.

Dengan sifat Tabligh Nabi Muhammad SAW amalan jahilliyah seperti menilik nasib dan hidup berpuak-puak dapat ............................ .

a)

Dikekalkan

b)

Dihapuskan

26.

Semasa Nabi Muhammad SAW berdakwah .......................... , baginda tetap sabar dan tenang walaupun di ejek dan di cederakan.

a)

di Taif

b)

di Gua Hira'

27.

Pilih 2 cara sebaran ilmu yang akan kamu lakukan.

a)

Berkongsi kisah nabi dan rasul yang kamu pelajari kepada rakan dan keluarga

b)

Memberikan nasihat dan teguran yang betul kepada rakan dan adik beradik yang membuat salah

c)

Menyebarkan berita palsu

28.

Pilih kenyataan yang salah

a)

Nabi Muhammad gigih menyampaikan dakwah walaupun mendapat tentangan hebat Kaum Musyrikin

b)

Sebagai umat Islam, kita tidak perlu bertanggungjawab dalam menyampaikan ajaran Islam kepada orang lain.

29.

Berikan 2 hikmah yang diperoleh sekiranya kita menyampaikan ajaran agama kepada orang ramai.

a)

Agama Islam dapat berkembang luas

b)

Mengeratkan hubungan silaturahim sesama makhluk

c)

Sikap berpecah belah semakin berleluasa

30.

Mengapa kita seharusnya menyambung dakwah nabi?

a)

Ajaran islam telah sampai ke nabi yang terakhir.

b)

Apabila nabi wafat, kerja dakwah tidak boleh diteruskan.

c)

kita tidak layak berdakwah.

d)

Supaya ajaran Islam terus tersebar luas.